Salam....
Dalam pukul sepuloh pagi selepas sembahyang raya, bergerak kome 4 beradik ke Felda Bukit Goh untuk ambik daging lembu yang disembelih di sane.
Kebetulan pak mertua adik koi ade lembu yang cukup umur dan boleh berkira2 pulak hargenyer, kome adik beradik memang dah pakat nak buat korban dan beberapa bahagian aqiqah.
Sampei di Mayam, dalam pukul 4 lebih, kerja2 mengagihkan dagingpun bermula dan selesai dalam pukul 6 lebih.
Untuk bahagian kenduri kome anak beranak masak bermula pagi tadi dan Alhamdulillah, semua majlis selesai dijalankan tanpa ade sebarang musibah dan berjalan lancar sebagaimana mengikut jadual.
Memang tak dinafikan, buat kenduri ni satu pekerjaan yang meletihkan tetapi memuaskan apabila melihat tetamu yang datang berselera menikmati hidangan.
Dan Insyaalah, dilain tahun, majlis sebegini boleh diadakan lagi.............jika semua adik beradik ade kesepakatan....
Sekian....
4 comments:
salam..
begitu lah gayanya
bila dah sepakat..
semua jadi mudah..
selamat hari raya
buat aok dan keluarga
Salam selamat hari raya... merioh kalau dpt reramai gitu yak...
hilang letih bila ramai tetamu yang datang kenduri
moga Allah beri keberkatan atas sedekah kita yerk
Post a Comment