Salam....
Petang Sabtu, bebudak buat aktiviti, rodong2 lain keluar jalan2 cari makan, 2 orang lagi cikgu tidur dalam bilik. Koi dan GPK 1 tak reti nak buat benda...
Terpandang motor jaga dan sekaligus terlintas nak pinjam pegi ngeteh.
Selesai ngeteh, masa balik tersalah simpang masuk dan terus nampak kawasan pembinaan yang cukup unik.
Disebabkan rasa teruja dan ingin tahu, kome menanyakan jaga di situ, untuk apa bangunan seperti istana dibina.
Tanggapan kome betoi rupenyer. Sebuah istana dibina di lereng bukit dengan keluasan yang menganggumkan.
Dengan keizinan jaga di situ, kome meronda kawsan istana tersebut dan amat teruja sekali melihatkan rupa bentuk yang begitu cantik dan unik.
Di hadapan balairong raja yang kayu jati tergantung di setiap tiang utama.
Pintu masuk ke dalam istana.
Istana tempat menginap yang dalam pembinaan di lereng bukit.
Pemandangan dari atas bukit mengadap ke kawasan sekitar lanskap sebelah bawah.
Tasik buatan dan terowong bawah tanah juga dibina di situ.
Menurut maklumat yang koi cari dalam internet, rekabentuk istana tersebut bercirikan senibina Islam dan arkiteknye dari Thailand.
Gamoknyer kalau dah siap sepenuhnyer, rase koi lagi le cantiknyer memandangkan apa yang disajikan itupun dah membuatkan kome tak habis2 memuji betapa hebatnyer tempat tinggal sultan di sini.
Dan kira2nye kome bertuah jugak le sebab tersalah masuk simpang dan terus berjumpa dengan istana tersebut.
Nanti kalo dah siappun, tak merase dah nak masuk situ.....lagipun orang Terengganupun ramei lagi yang tak tahu kewujudan istana baru ter, apatah lagi meninjau dari dekat seperti yang kome lakukan petang tu.....
Sekian....
3 comments:
salam..
agak2 berapa la reganya
istana tu yak? mau makan
jutaan RM tu...
yalah tu... kalau siap nanti jangan harap la dapat masuk nak jengok pun payah.Bertuah lah tuan dapat bergaya dalam istana
dengo kabo sultan mizan tak sempat dok istana negara yang baru, so balik ganu dah ada istana baru yark
Post a Comment