Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, July 31, 2010

Kelas tambahan satu bebanan

Salam....

Kali ni koi muatkan satu entry merangkumi secebis alam pendidikan yang hanya sesetengah pendidik sahaja merasa alam ini.

Tajuknya tidak lain tidak bukan adalah berkaitan dengan 'kelas tambahan' atau nama glamornya 'tuisyen'.

Boleh dikatakan bab tusiyen ni sudah menjadi satu sinonim dalam alam pendidikan bagi menambahkan lagi kecemerlangan murid2 sama ada di bandar mahupun di desa.

Jika sekolah2 bandar, pusat tuisyen banyak ditubuhkan kerana penjaga berkesungguhan menghantar anak mereka mendapat pendidikan tambahan dengan kadar bayaran yang mengikut pada kekerapan serta jumlah mata pelajaran yang diambil.

Bagi sekolah2 luar bandar, kerajaan menyediakan Skim Tuisyen ( SBT - Skim Bantuan Tuisyen ) Percuma kepada penjaga yang berpendapatan rendah dengan kadar RM40 bagi 4 mata pelajaran.

Sekolah2 Felda pula, pihak Felda telah membiayai satu kelas tuisyen ( Skim Tuisyen Felda - STF) dengan kadar imbuhan RM 120 bagi setiap mata pelajaran dan setiap kelas.

Itu adalah serba sedikit tentang perjalanan tuisyen yang menjadi salah satu daripada cabang pendidikan secara tidak formal.

Apa yang nak koi sampaikan, pengalaman sebagai pengajar STF hampir setiap tahun begitu memualkan. Tambahan pula dengan tanggungjawab yang diberi sebagai Pengurus skim tersebut amat2 menyerabutkan kepala.

Sebagai seorang pengurus, tanggungjawab yang diberikan tetap dijalankan dengan baik. Setakat ini perjalanan tuisyen STF di sekolah ini berjalan lancar cuma bayaran elaun yang sepatutnya diterima oleh pihak sekolah dan pengajar selalunya lewat diterima.

Itu tidak menjadikan satu masalah walaupun hingga sekarang, tuntutan bulan lima dulu masih belum diterima.

Cuma yang menjadikan keserabutan kat kepala koi ni ialah pasal hendak mengadakan kelas tuisyen nih.

Hanya lebih kurang 6 jam lagi terpaksa koi habiskan menjelang UPSR tiba. Dan dengan jangka masa yang sudah tidak berapa lama lagi, menyebabkan koi terpaksa mengorbankan masa cuti sekolah setiap Sabtu demi menyukupkan jumlah jam tusiyen tersebut.

Cukup menyerabutkan kepala dan jiwa.

Biarpun orang lain cakap, ada elaun mengajar, tapi dengan kadar RM120 sebulan, rasa koi tetap tidak berbaloi dengan masa rehat yang terpaksa dikorbankan.

Tapi, hendak taknak................terpaksa juga dilakukan. Nak harapkan cikgu lain, tiada yang sanggup mengajar tusiyen ni walaupun ada elaun.

Harap2 tahun hadapan, biarlah pihak Felda stopkan saja STF nih ataupun biar pihak Felda sendiri yang uruskan STF ni tanpa melibatkan guru di sekolah.

Sekian...







7 comments:

zulkbo said...

SALAM CIKGU..
Kesian kat warga guru
moga tabah lah dalam
mendidik anak-anak bangsa
ni..koi faham sekarang
ni semuanya berduit..semua
orang kerja pun kerana duit
tak de yang free,nak ke
tandas pun duit kadang-kala
harap pihak berkenaan kenalah
peka situasi aok ni..

Relevan said...

Stop saja cikgu..Tuisyen ni kadang kadang murid semacam kena paksa oleh mak bapa..ngabih kan bajet jer..

mazru said...

salam cikgu,dtg menjengah tghari..

terokai seni said...

susoh yea cekgu.. gone le pulok nak buat lagi ter. 'slamat beramal....' (untuk pujuk ati)

Hanisham Ab Halim said...

Kala koi mmg tak sanggup. Tapi itulah dia jasa guru. Bab korbankan masa tu sede je.. Mmg koi respek amat...

saharul said...

salam rodong...

koi jenuh dah nanya rodong2 guru sape2 yg nak ngajar stf nih, tapi takde sape yg nok. nasib baik le 3 subjek lain ade juga cikgu yg sanggup ngajar, itupun sebab mengenangkan koi nih kawan die yg banyak membantu kalo diaorag ada masalah. koi pujuk dengan pelbagai gaya mintak cikgu ngajar tapi.....susah weh...

NorRa2009 said...

salam, kome paling sakik ati bila buat kelas tambahan....murid ada 3-4 kerattt je...hanginnn betul.