Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, July 27, 2009

Salam...

Petikan dari akhbar Kosmo Online.

Nyawa lima sekeluarga melayang - Perodua Kenari hancur dilanggar lori kontena


ORANG ramai melihat kereta Kenari yang hancur dilanggar lori kontena di Jalan Kuantan-Maran, Maran semalam.



ATAS DARI KIRI: NASARUDIN, SEPIAH, FATMAWATI.
BAWAH: SYAKIRIN dan NADZIF


MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu Makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.


P/s : Kami warga SK Purun dan SM Purun amat sedih dengan berita tersebut. Semoga Allah merahmati keluarga Allahyaraham. Kejadian tersebut menyebabkan warga Purun dilanda kesedihan kerana telah kehilangan seorang guru dan kawan yang baik dan berdidikasi.

1 comment:

relevan said...

Takziah dan AlFatihah yg mampu jua kwn sedekahkan..