Ahad baru ni kome seramai 12 orang berkesempatan mencari ikan di lokasi biasa. Memang banyak ikan kat situ. Kalau nak dihitungkan, agak2 ada 100 kilo gamoknye ikan yang kome dapat tangkap...





MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.
Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu Makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.
Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.
Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.
P/s : Kami warga SK Purun dan SM Purun amat sedih dengan berita tersebut. Semoga Allah merahmati keluarga Allahyaraham. Kejadian tersebut menyebabkan warga Purun dilanda kesedihan kerana telah kehilangan seorang guru dan kawan yang baik dan berdidikasi.

















Gambor kat atas tu antara foto2 yang koi saje tangkap. Kalau bab insaf, memang real, tapi entoh le...sekejap ke lama koi tak tahulah....harap2 biarlah keinsafan tu sampai ke hari tua...

Salam...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
.
.....ade siswi-siswi yang menjadi fasi, rupenye. Padanlah bersemangat sangat nepuk kompang tu.
Tu...dia, kecik2 lagi dah pandai nari. Harap2 mase pra jelah bebudak ni nari, jangan esok2 dah besar jadi penari sebenar pulak....koi taknok subahat....
Sebahagian dari fasi peserta dan penjaga begitu teruja nengokkan bebudak pra tu menari. Gamoknye mungkin kali pertama kot tengok budak kecik menari tarian tradisonal gitu.
Ni, pandangan dari sudut belakang. Ramai juga lah penjaga yang datang malam tadi. Sebabnya selepas persembahan tarian dan ucapan GB, akan diadakan pulak ceramah motovasi oleh pensyarah UMP sendiri.
Bebudak sari ni, bila ade je program yang melibatkan tidur kat sekolah, memang keraplah makannye. paling tidak pun 6 kali sari....tu nunjukkan negara kite ni mewah sangat walaupun hanya dengan jamuan kuih muih saje. 
Ni gambo aktiviti yang bebudak U tu uruskan, untuk darjah 5, banyakle permainan yang dibuat. Takde bendalah bebudak tu, suke sangat. benda ke tidoknye, kalau bab nyanyi, nari, bising2....seronok sangat le...Tapi kumpulan Tahun 6, lain pulak caranye. Diaorang kena belajar subjek UPSR...tak macam group Tahun 5 ni. 
Tengok lah kaum perempuan kat sekolah koi ni, memang rajin nolong masak . Ape ke tidoknye, semua cikgu dah dibentuk kumpulan masing2 untuk bertugas memasak pada hari ditentukan. Nok tak nok kena jugalah....paling tidok pun....buat2 je sibuk. Janji muka kita ade masa orang sibuk2 menyediakan makanan tu.
Tapi...kaum lelaki....takde benda, melepak, melepak, melepak aje lah....sambil tunggu arahan nak buat kerje ape. Dah nak buat apa lagi, pada balik rumah bior lepak kat sekolah, boleh juga borak2 dan tolong mana yang patut.