Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, April 12, 2009

Kejohanan Pingpong Antara KRT Daerah Bera 2009

Salam buat semua.....
Pada hari ini , aku telah terlibat dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Satu kejohanan pingpong te;ah dijalankan di dewan SM Purun, yang mana penyertaannya terdiri dari KRT yang ada dalam daerah Bera ini. Namun hanya 8 pasukan sahaja yang mengambil bahagian.
Dalam kejohanan itu, pasukan Seri Kerayong telah muncul sebagai johan, manakala pasukan Tementi naib johan. Tempat ke 3 dan ke 4 ialah dari pasukan Purun yang bertemu sesama sendiri.

Memang sibuk, hari ini...apatah lagi tugas sebagai seorang bendahari KRT Purun yang menguruskan kewangan bukannya suatun perkara yang mudah...Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...walaupun sebagai AJK Kuat....namun penglibatan dalam hal mengurus seperti menjadi pengadil juga terlibat sama...

Dan di hadapan rumah mak kat Mayam pula ada kenduri khawin...kena juga pergi...kalau tidak nanti apa kata jiran2 kat kampung..maka pergi juga la makan nasi lebih lurang, sedangkan hati risau je pasal pertandingan pingpong tersebut.

Betullah kata orang...pengalaman mendewasakan kita...apatah lagi dengan pengalaman2 lepas, banyak mengajar aku tentang pengurusan masa...

No comments: