Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, June 9, 2013

Ceriteranya di bandung..

Salam.....

masih terpingga2 sbb baru sampai negara orang.
5 hari 5 malam kome berpeluang melancong ke Bandung bersama anak2 serta keluarga yg lain...memang seronok sgt le dpt jalan2 naik kapal terbang melawat tempat orang.

Sampai di sana lebih kurang 8 pagi waktu sana hari isnin, dan bertolak balik 7.20 waktu sana hari sabtu

Apa yg dapat koi simpulkan, org2 bandung ni kebanyakannya ramah tamah, putih2 , anak daranya comel2...dan yg paling seronoknya...selama berada di sana, baju x berbau peluhpun... sebabnya cuaca di sana sejuk...suhu paling tinggipun 24 darjah .

Dan yang paling menerujakan sekali, kalo nak cari pakaian atau peralatan lain.....cukup murah dan berjenama...

lain kali, kalo ke sana lagi, dr sini bawak baju 2 helai je beg bawak yg buruk, pakai selipar .....pastu pakat beli kat sana je... memang berbaloi...


baru turun dr pesawat lepas 2 jam 15 minit berada dalam pesawat.


hadapan bangunan lapangan terbang bandung...lebih kurang sama kat Medan , masa pegi tahun lepas.


Haris pertama kali naik kapal terbang....kalo abahnya dah tua baru merasa...ni baru darjah 4 dah melancong luar negara...anak zaman sekarang...

hazim dan unapun turut teruja...

peniaga jalanan di sana, sungguh gigih menjual barangan mereka sehinggakan kita  naik angin, tapi dalam hatilah...keknya, kalo kita tetap x nak beli, tiada riak kecewa yg melampau di wajah mereka dan tetap mengecek kita dengan lemah lembut dan berbudi bahasa..

Antara perkara yg meremehkan di sana, mana2 tempat mesti ada penjaja ni datang menghampiri kita..

lokasi ni di hadapan hotel penginapan, pagi2 lagi sudah menunggu pelanggan keluar hotel dan pada masa tulah dia menjaja barangnya kat kita.






Kawasan pelancongan yang menjadi tarikan utama iaitu kawah peninggalan gunung berapi yang sudah berusia ratusan tahun...pemandangan alam yang unik...

walaupun sudah berusia ratusan tahun, namun masih terdapat asap di salah  kawasan tersebut...



Waktu pulang dari takuban perahu singgah makan tengah hari di kampung daun...sebuah kawasan unik yang menyajikan makanan sambil bersantai di kawasan hutan...disamping itu merasa jugak makan kerak telor makanan tradisi org batawi...ok gak rasanya sebab dibuat dari beras pulut...



Ingatkan abahnya nak merasa naik kuda keknya tengok ke kuda tu kecik je, takut kasihan pulak...kos naik kuda tu 40000 rp.....bersamaan dgn RM13 je...


Lobi hotel sementara nunggu transport datang amik gi jalan2..


pemandangan dari tingkat atad pasar baru...boleh lihat sekitar bandung...

depan guntur hotel...

transport rasmi di sana...

memang selesa...

Merasa pengalaman menari di taman tema antara yang terbaik di Asia...


suasana seperti berada di sebuah bandar...




untuk budak2 ....besh le naik keta langgar2...


yg ni minta maaf kalo koi naik.....harus keluar isi perut muntah balik....







litar lumba F1 klon...


Pengalaman menonton teater di situ.....kali pertama tengok teater muzikal.....antara persembahan terbaik yg penah koi tonton, walaupon bahasa x berapa nak faham., keknye jalan cerite kita tahu...





berada di pusat sains...macam2 ade....boleh buat praktikal lagi pulak tu...



Taman tema ni, harga masuk kao hari biasa lebih kurang RM50 je....tapi kalo cuti umum, kena tambah lagi rm30...tapi sgt berbaloi2....semua ada, masjid pun ade kalo sembahyang jumaat..

Kalo tak silap koi ade dalam 40 jenis permainan disediakan....untuk semua peringkat umur... nak yg adventure, santai, lasak...hiburan, semua ada.....

hari terakhir berjalan, pegi kawah putih....kawasan peninggalan gunug berapi yg masih  kuat bau sulfur...

macam tasik....tapi sebenarnya air yang berada di dalam belerang...

kena pakai mask....dan berada di sanapun paling lama 15 minit je....takut menjejaskan kesihatan.





Apa2 pun kome seramai sebelas org yg pegi, amat2 mengucapkan terima kasih kepada pemandu pelancong kome, Pak Endang...yg cukup bagus melayan kami bersama pembantunya Pak Hasib...

Dengan bayaran RM750 seorg, kome dapat makan di restoran hebat2, 2 kali pulak tu,  tidur di hotel bertaraf 3 bintang, transpot yg selesa membawa sekitar tempat menarik...serta layanan baik...

......selama 5 hari 5 malam di situ....memang berbaloi2....


Tuesday, April 23, 2013

Sungai Serting memang tidak pernah menghampakan...

Salam...

Cuti minggu baru ni kome berlima berpeluang ke salah satu jermai yang terdapat di Sungai Serting untuk mencari ikan di situ.
Salah sorang rodong menyiang ikan untuk dimasak makan malam.



Jermai merupakan satu kaedah perangkap ikan yang berlesen. Dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan nilainya ialah RM25 setahun.

Dianggarkan lebih daripada 45 buah jermai yang terdapat di Sungai Serting dan Sungai Bera. 

Setiap jermai dilengkapi dengan pondok menunggu, fiber dan kelengkapan lain yang perlu.

Jaring yang dijalin membentuk bujur meliputi sepanjang permukaan lebar sungai dan panjangnya sehingga mencecah 50 meter.

Di sebelah hujung jaring diletakkan "kandoi" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut.

Kaedah jermai sebenarnya sedah lama digunapakai oleh masyarakat di sini, dan kos bagi pembinaannya boleh mencecah sehingga RM15,000 bergantung kepada berat tali dan pukat yang digunakan.

Daripada segi undang2, kaedah jermai tidak menjadi kesalahan kecuali jika tidak membayar lesen yang dikenakan.

Lepak sambil sambil mencari ikan di jermai amat menyeronokkan, apatah lagi jika musim ikan banyak mengilir terutama musim air sungai melimpah.


Pandangan arah depan pondok jermai yang betul2 berada di tebing sungai.
Pondok jermai yang boleh memuatkan 15 orang sekaligus.



 Operasi menaikkan ikan  yang terkandas di sekeliling takungan jermai.

 Pastikan ikan yang terperangkap tidak terlepas dari jermai yang diangkat.

 Kerja2 menaikkan ikan yang terperangkap di dalam jermai

 Ikan yang diangkat dari kandoi jermai dicurahkan  ke dalam fiber bersama2 sampah dan kerja2 pengasingan perlu dijalankan bagi memilih ikan yang tertimbus disebalik daun2.


 Kelengkapan memasak yang cukup disediakan.

 Kebetulan pada masa kome pergi Ikan kerai banyak mengilir, jadi tangkapannya amat lumayan.

 Inilah semua hasil yang diperolehi semalaman kome berada di situ

 ikan kecil yang sangkut di jaring berjaya dibawa pulang.

Hasil setelah dibahagi sesama rakan....bolehlah dibuat perkasam.


Penjaga jermai banyak kali berpesan kepada kome, seandainya ingin merasakan keseronokan bermain dengan air Sungai serting sambil lepak2 menghilangkan bosan, bolehlah berkunjungi lagi ke situ. Dan sekiranya kebetulan air sungai yang cantik arusnya, Insyaalah.....memang tidak menghampakan...

Sekian....

Sunday, December 30, 2012

Penamat yg kurang memberangsangkan

Salam... 

Mulanya nak pegi paya besor kat Pejing keknyer dapat berite, ikan dah mula kurang disebabkan air paya yg besor menyebabkan serate ikan pegi.

Pakat punye pakat, bergerak ke Paya Tin yg berhampiran dengan penempatan orang Asli berhampiran kampung Kertau yg mana kawasan situ memang terkenal dengan spesis laih tatkala air mula surut.

Sesampai je tengok air...popalih.........melaut luasnya. mulalah berangan yg ikan pasti banyok sebab ramei  yg mengilat berhampiran empang di situ.

Tapi, siapa tahu rezeki Allah TA... kita hanya berusaha, Allah TA jua yg menentukan. 






Kali kedua bergerak menaiki Hilux baru dibeli...kali pertama pegi Tasek Bera baru2 nih.




Kalo Jeep Cherokee dulu, senang sikit angkut fiber, boleh bubuh atas atap je..ni sebab carry takde, kena usung jugak le dalam takung tu.





Tengok ke air paya tu, memang merioh nahan jaring...bapok le banyok tempat yg sesuai hingga tak terase ke letihnya menahan sebab rase seronok serta harapan yang menggunung nak makan baung. Tambahan pula dengan hampir 20 utas jaring pelbagai saiz, mulalah kome berangan nak makan baung masak tempoyak malam tu nanti.



Spt biasa, bile pegi je, memang siap berkhemah.....masak nasi. Tapi nak selesa kenalah ade campbag baru lena tidur. Kalo tak banyok sgt gangguannya terutama makhluk halus yg merayap kat tanah tu....bapok le sakitnya bile kena gigit.



Inilah hasil selama sehari nahan jaring....dapat le barang sekilo dua bawak balik sorang2..Tapi ikan sungei Pahang langsung takde, yg banyok ikan paye je...mungkin sebab pegi Paya Tin, gamoknye ikan paya jelah yang mengena.

Tahun 2012 dah berakhir, tahun 2013 tak tahu ke gone gayanye pulok...namun, minat mengatasi segalanya...nanti boleh buka buku baru...hanya lokasi  je yg lama....

Sekian...

Wednesday, December 19, 2012

Standart VIP cari ikan.

Salam....Dulu penah pegi dapat sekor kelisa, jadi semalam kome pegi lagi dengan harapan mendapat tapoh sebesor talam. 
Keknyer......rezeki hanya baung dengan ikan lampam je...itupun dah memadai dengan 4 utas jaring kasor.
Tapi kali  nih, kome ibarat vip cari ikan sebab sewa chelet dan bot sekali.


Apa kisah dengan bayaran, janji hati puas dan seronok melayan percutian sambil mencari ikan..


 Malam tu, pekena nasi dgn sayur nangka, kari kambing, ikan potok pekasam dan lampam segar...
 ikan kalo baru dapat, memang sedak...
 Pagi tadi, siap sedia nak tengok jaring  yg dipasang ptg semalamnya.

 Jaring mula2 dah kena seko baung baya2 lengan dewasa

 Ingatkan seko, rupanya ade adik dier sangkut sekali.

Ingatkan banyok le ngena, rupa2nya 4 ekor je dapat...Alhamdulillah, rezeki jugak tu...

Tengok le, kalo ade mase lagi.....mungkin aroh lain pulok tempat nak menjaring...

sekian...