Cuti minggu baru ni kome berlima berpeluang ke salah satu jermai yang terdapat di Sungai Serting untuk mencari ikan di situ.
Salah sorang rodong menyiang ikan untuk dimasak makan malam. |
Jermai merupakan satu kaedah perangkap ikan yang berlesen. Dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan nilainya ialah RM25 setahun.
Dianggarkan lebih daripada 45 buah jermai yang terdapat di Sungai Serting dan Sungai Bera.
Setiap jermai dilengkapi dengan pondok menunggu, fiber dan kelengkapan lain yang perlu.
Jaring yang dijalin membentuk bujur meliputi sepanjang permukaan lebar sungai dan panjangnya sehingga mencecah 50 meter.
Di sebelah hujung jaring diletakkan "kandoi" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut.
Kaedah jermai sebenarnya sedah lama digunapakai oleh masyarakat di sini, dan kos bagi pembinaannya boleh mencecah sehingga RM15,000 bergantung kepada berat tali dan pukat yang digunakan.
Daripada segi undang2, kaedah jermai tidak menjadi kesalahan kecuali jika tidak membayar lesen yang dikenakan.
Lepak sambil sambil mencari ikan di jermai amat menyeronokkan, apatah lagi jika musim ikan banyak mengilir terutama musim air sungai melimpah.
Pandangan arah depan pondok jermai yang betul2 berada di tebing sungai. |
Pondok jermai yang boleh memuatkan 15 orang sekaligus. |
Operasi menaikkan ikan yang terkandas di sekeliling takungan jermai.
Pastikan ikan yang terperangkap tidak terlepas dari jermai yang diangkat.
Kerja2 menaikkan ikan yang terperangkap di dalam jermai
Ikan yang diangkat dari kandoi jermai dicurahkan ke dalam fiber bersama2 sampah dan kerja2 pengasingan perlu dijalankan bagi memilih ikan yang tertimbus disebalik daun2.
Kelengkapan memasak yang cukup disediakan.
Kebetulan pada masa kome pergi Ikan kerai banyak mengilir, jadi tangkapannya amat lumayan.
Inilah semua hasil yang diperolehi semalaman kome berada di situ
ikan kecil yang sangkut di jaring berjaya dibawa pulang.
Hasil setelah dibahagi sesama rakan....bolehlah dibuat perkasam.
Penjaga jermai banyak kali berpesan kepada kome, seandainya ingin merasakan keseronokan bermain dengan air Sungai serting sambil lepak2 menghilangkan bosan, bolehlah berkunjungi lagi ke situ. Dan sekiranya kebetulan air sungai yang cantik arusnya, Insyaalah.....memang tidak menghampakan...
Sekian....
5 comments:
berbaloi2 kan.... baru tau ujudnya kaedah jermai ni... nanti boleh share macamana nak buat pekasam pula...
Pekasam kena orang pandai buatnya, cukup garam dan asam, kalau salah satu terkurang atau terlebih, ikan mudah hancur atau termasin...bagi orang sini (Pahang), pekasam garam dengan asam keping aje, berbanding sebelah utara yg menggunakan beras yanhg digoreng..segi rasa bergantung kepada selera masing2...
patut laa koi gie ngail xdpt lalu...uper nyer habis angkut dek aok hahahaha...
rezeki Allah bagi...itupun skit je bawak balik, ingat nak tunggu lagi sari dua lagi ke...keknye x dapat...
Puas hati weh...
Dulu http://jejakadesaonline.blogspot.com/
Sekarang http://watikahsenja.blogspot.com/.
Post a Comment