Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Sungai Serting memang tidak pernah menghampakan...

Salam...

Cuti minggu baru ni kome berlima berpeluang ke salah satu jermai yang terdapat di Sungai Serting untuk mencari ikan di situ.
Salah sorang rodong menyiang ikan untuk dimasak makan malam.



Jermai merupakan satu kaedah perangkap ikan yang berlesen. Dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan nilainya ialah RM25 setahun.

Dianggarkan lebih daripada 45 buah jermai yang terdapat di Sungai Serting dan Sungai Bera. 

Setiap jermai dilengkapi dengan pondok menunggu, fiber dan kelengkapan lain yang perlu.

Jaring yang dijalin membentuk bujur meliputi sepanjang permukaan lebar sungai dan panjangnya sehingga mencecah 50 meter.

Di sebelah hujung jaring diletakkan "kandoi" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut.

Kaedah jermai sebenarnya sedah lama digunapakai oleh masyarakat di sini, dan kos bagi pembinaannya boleh mencecah sehingga RM15,000 bergantung kepada berat tali dan pukat yang digunakan.

Daripada segi undang2, kaedah jermai tidak menjadi kesalahan kecuali jika tidak membayar lesen yang dikenakan.

Lepak sambil sambil mencari ikan di jermai amat menyeronokkan, apatah lagi jika musim ikan banyak mengilir terutama musim air sungai melimpah.


Pandangan arah depan pondok jermai yang betul2 berada di tebing sungai.
Pondok jermai yang boleh memuatkan 15 orang sekaligus.



 Operasi menaikkan ikan  yang terkandas di sekeliling takungan jermai.

 Pastikan ikan yang terperangkap tidak terlepas dari jermai yang diangkat.

 Kerja2 menaikkan ikan yang terperangkap di dalam jermai

 Ikan yang diangkat dari kandoi jermai dicurahkan  ke dalam fiber bersama2 sampah dan kerja2 pengasingan perlu dijalankan bagi memilih ikan yang tertimbus disebalik daun2.


 Kelengkapan memasak yang cukup disediakan.

 Kebetulan pada masa kome pergi Ikan kerai banyak mengilir, jadi tangkapannya amat lumayan.

 Inilah semua hasil yang diperolehi semalaman kome berada di situ

 ikan kecil yang sangkut di jaring berjaya dibawa pulang.

Hasil setelah dibahagi sesama rakan....bolehlah dibuat perkasam.


Penjaga jermai banyak kali berpesan kepada kome, seandainya ingin merasakan keseronokan bermain dengan air Sungai serting sambil lepak2 menghilangkan bosan, bolehlah berkunjungi lagi ke situ. Dan sekiranya kebetulan air sungai yang cantik arusnya, Insyaalah.....memang tidak menghampakan...

Sekian....

Sunday, December 30, 2012

Penamat yg kurang memberangsangkan

Salam... 

Mulanya nak pegi paya besor kat Pejing keknyer dapat berite, ikan dah mula kurang disebabkan air paya yg besor menyebabkan serate ikan pegi.

Pakat punye pakat, bergerak ke Paya Tin yg berhampiran dengan penempatan orang Asli berhampiran kampung Kertau yg mana kawasan situ memang terkenal dengan spesis laih tatkala air mula surut.

Sesampai je tengok air...popalih.........melaut luasnya. mulalah berangan yg ikan pasti banyok sebab ramei  yg mengilat berhampiran empang di situ.

Tapi, siapa tahu rezeki Allah TA... kita hanya berusaha, Allah TA jua yg menentukan. 






Kali kedua bergerak menaiki Hilux baru dibeli...kali pertama pegi Tasek Bera baru2 nih.




Kalo Jeep Cherokee dulu, senang sikit angkut fiber, boleh bubuh atas atap je..ni sebab carry takde, kena usung jugak le dalam takung tu.





Tengok ke air paya tu, memang merioh nahan jaring...bapok le banyok tempat yg sesuai hingga tak terase ke letihnya menahan sebab rase seronok serta harapan yang menggunung nak makan baung. Tambahan pula dengan hampir 20 utas jaring pelbagai saiz, mulalah kome berangan nak makan baung masak tempoyak malam tu nanti.



Spt biasa, bile pegi je, memang siap berkhemah.....masak nasi. Tapi nak selesa kenalah ade campbag baru lena tidur. Kalo tak banyok sgt gangguannya terutama makhluk halus yg merayap kat tanah tu....bapok le sakitnya bile kena gigit.



Inilah hasil selama sehari nahan jaring....dapat le barang sekilo dua bawak balik sorang2..Tapi ikan sungei Pahang langsung takde, yg banyok ikan paye je...mungkin sebab pegi Paya Tin, gamoknye ikan paya jelah yang mengena.

Tahun 2012 dah berakhir, tahun 2013 tak tahu ke gone gayanye pulok...namun, minat mengatasi segalanya...nanti boleh buka buku baru...hanya lokasi  je yg lama....

Sekian...

Wednesday, December 19, 2012

Standart VIP cari ikan.

Salam....Dulu penah pegi dapat sekor kelisa, jadi semalam kome pegi lagi dengan harapan mendapat tapoh sebesor talam. 
Keknyer......rezeki hanya baung dengan ikan lampam je...itupun dah memadai dengan 4 utas jaring kasor.
Tapi kali  nih, kome ibarat vip cari ikan sebab sewa chelet dan bot sekali.


Apa kisah dengan bayaran, janji hati puas dan seronok melayan percutian sambil mencari ikan..


 Malam tu, pekena nasi dgn sayur nangka, kari kambing, ikan potok pekasam dan lampam segar...
 ikan kalo baru dapat, memang sedak...
 Pagi tadi, siap sedia nak tengok jaring  yg dipasang ptg semalamnya.

 Jaring mula2 dah kena seko baung baya2 lengan dewasa

 Ingatkan seko, rupanya ade adik dier sangkut sekali.

Ingatkan banyok le ngena, rupa2nya 4 ekor je dapat...Alhamdulillah, rezeki jugak tu...

Tengok le, kalo ade mase lagi.....mungkin aroh lain pulok tempat nak menjaring...

sekian...

Saturday, November 24, 2012

Jeep Cherokee untuk dijual di daerah Bera, Pahang ..

Salam...
Harga ditawarkan RM12000 sahaja. Tahun buatan 1996 dan regester tahun 1997. Menggunakan Patrol dan gear manual. 

Enjin masih dalam keadaan baik. Jarang berlaku kerosakan. Namun alat ganti juga mudah didapati disekitar Lembah Kelang.











Saturday, November 17, 2012

Terbaik di PKT 4 Pejing

Salam....
Sekian lama x update blog ni, tetiba rase nak nulis pulak apabile dpt hasil lumayan semasa menjaring di paya besar Pkt 4 LKPP Pejing semalam dan pulang pagi tadi.

Mulanya koi pesan kat rodong yg keja mandur di sana,  kalo air sungai Pahang naik di itu, helo2 lah kome di sini dan pagi Rabu, ande rodong tr nelipon beritahu air dah mula nakmasuk keknyer x berape besor lagi.
kalo air pahang masuk paye tu, secara x langsung ikan berjenama turut serta masuk sekali.

Nak dijadikan cerite, berangkatlah kome berlima ke sana dan kelazimannya bermalam untuk merealisasikan habit menjaring tatkala air dah mula besar.

Namun sesampai di situ, jaga pos kawalan beritahu, air pahang x masuk lagi....setakat nak makan ikan biase2 tu bolehlah, keknya kalo nak ikan berjenama, payahlah sikit...

Disebabkan dah sampei, teruskan jugaklah walaupun terase sedikit keralatan pasal air sungai pahang yang kelihatan sebak tetapi belum menerjah masuk ke paya situ.

Alhamdulillah.........siapa sangka, rezeki Allah TA.....

Antara terbaik selama kegiatan kome di situ...............


 Macm biasa ..........camping...

 Dua buah kenderaan yg sinonim kelo ke situ...

 Air besar keknya belum menepati kehendak sebenar.



 Nelayan part time yg kerinduan menaiki fiber main air...

 Ikan tapah yg tak disangka2 tersangkut...


 Juga baung gred A



 Inilah hasilnya ....merioh semeriohnya...

 Siapa sangka 2 ekor patin sungei pahang tetiba sangkut di jaring...


 Tibalah masenya pulang...

Seperti biasa fasa terakhir....agihan rezekipun dimulakan...


Insyaalah.........jaga di pos kawalan situ rupa2nya budak Purun baru kerja situ...siap pesan lagi, kalo air pahang mula masuk, dia akan contact kome ....Ini merupakan perkhabaran gembira buat kome yg sentiasa mengintai peluang memburu hidupan sungei di situ...

Wassalam....