Salam...
Serantai ( 20 meter ) upahnya RM180. Ukur punya ukur 4 meter lebih sikit. Maka kosnya RM720.
Itulah harga excavator sekarang ni. Dulu kosnya RM600 sehari. Sekarang ni kalau dikira hari mahu mencecah RM1200 sehari.
Itulah hakikatnya kalau berniat nak buka kebun baru yang memerlukan longkang sempadan untuk pengaliran air.
Tapi kali ni longkang yang diservis boleh dikelaskan gred A sebab kedalamannya memyebabkan kerbau atau lembu berfikir banyak kali untuk cuba menyeberangi sempadan.
Tapi nasib baiklah, usia pokok yang semakin memberi rezeki walaupun sikit namun boleh menampung keperluan semasa memerlukannya.
Harap2 rezeki hasil berbudi dengan tanah dapat mengubah nasib si penjayanya...Insyaalah...
Sekian...
No comments:
Post a Comment