Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, March 16, 2012

Harga segelas susu.

Salam...

Kisahnya seorang budak lelaki miskin menolong ibunya menjaja kuih muih di sekeliling kampung. Setelah penat menjaja, tiba di sebuah rumah lalu meminta segelas air kosong untuk menghilangkan dahaga.

Si tuan rumah seorang perempuan lebih kurang 40-an merasa kasihan melihat kesungguhan budak tersebut lalu memberikan segelas susu.

Setelah habis minum, si budak lelaki itu tadi bertanyakan berapa harga susu yang diminumnya tadi. Si perempuan mengatakan tak perlu, hanya ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih.

Balas si budak, ibunya berpesan jangan mengharapkan ihsan orang untuk hidup jadi dia perlu membayar harga susu yang diminumnya.

Si perempuan sekali lagi mengatakan, kalau nak bayar juga, bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih.

Si budak itupun berlalu dan merasa begitu bersemangat meneruskan kerjanya untuk menjaja.

Selang 20 tahun kemudian, si perempuan itu tadi dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit yang serius.

Secara kebetulan pula doktor pakar yang merawatnya merupakan budak lelaki pernah diberikan segelas susu dahulu.

Si doktor merawat perempuan tersebut dengan bersunguh-sungguh hingga sihat.

Tibalah waktu perempuan tersebut keluar dari wad lalu diberikan bil hospital yang diberikan oleh jururawat.

Tercatat jumlah bil RM 5,000 dan terselit nota kecil di belakangnya berbunyi.............


TAK PERLU DIBAYAR KERANA SAMA HARGA DENGAN SEGELAS SUSU YANG SAYA MINUM DAHULU......CUMA UCAPKAN ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH SAHAJA.

Kesimpulannhya ....ada masanya sifat ikhlas dibayar cash oleh Allah SWT tanpa kita jangka.....

Sekian.....

1 comment:

Nizam Awang Brahim said...

Yang penting keikhlasan.Tapi jangan riak....