Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, March 17, 2012

Antara satu tanda hati yg mati...

Salam....

Menurut apa yg koi dengar, secara kesimpulannya ada 3 tanda hati yg mati.

Yg pertama apabila seseorang itu terus menerus melakukan maksiat dan hatinya sudah tertutup menerima hidayah Allah SWT.

Yg kedua, apabila seseorang itu berterusan memakan dan memberi makanan kepada keluarga daripada sumber yang haram.

Dan yang ketiga menjauhi diri daripada majlis2 ilmu.

Untuk penerangan lebih lanjut, kenalah tanya ustaz2 yang arif bab tersebut.

Yg nak diceritakan di sini, kisah masyarakat di sini yang ada segelintirnya menunjukkan tanda2 tu yg agak jelas.

Tak berani nak tuduh bukan2 takut apa yang disangkakan meleset, akibatnya dosa yg dapat. Tapi melihat kepada apa yang koi dengar dan lihat ialah kesungguhan menafikan dosa seolah2 merupakan perkara yang tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala.

Ceritanya pasal judi nombor. Betapa ralatnya apabila mengena tetapi duit tak dapat disebabkan balaci entah ke mana.

Selain tu, bab nombor juga seolah2 sudah menjadi satu rutin hidup yang mesti dilakukan. Katanya pelaburan.

Adahalnya pula si emak menyokong anak dengan memberikan wang untuk menikam nombor apabila anak mengatakan ada nombor cantik untuk dibeli dan kebetulan pula berada berhampiran kedai nombor...

Nauzubillah............koi sekadar diam tak berkata apa2 apatah cuma berharap siapa yang terlibat dikurniakan hidayah Allah SWT selain daripada jangan perkara tersebut berlaku kepada diri sendiri dan keluarga.

Yg sudah hanyut, tak boleh buat apa2 melainkan diri sendiri yang bertaubat......

Jadinya, kalau di lihat sudut "Hati Yg Mati".............ohhhh alangkah ramainya penduduk di sini yg terlibat.........itupun dilihat hanya satu tanda saahaja......

Nauzubillah.....semoga janganlah kita tergolong di dalam golongan seperti di atas...

1 comment:

Mazru Majid said...

assalamualaikum..

hm...nombor ekoq seperti perkara yg tak haram pulok...

naudzubillah....semuga kita tak jadi begitu.