Disebabkan minggu lepas, kome tak dapat ikan tapah, minggu ni sekali lagi ke serting memburu spesis ikan tersebut.
Setelah mengharungi perjalanan tah berape km, dan bermalam seperti biasenyer sebelum tu, .....dan akhirnyer.............dapat jugak 3 ekor tapah ( dalam gambar) yang 2 ekor daripadanyer lebih kurang sekilo sekor beratnyer.
Memang nak jadi rezeki kome dapat tapah nih memandangkan spesis ni bukan senang nak dapat sekarang ni.
Selain tu, spesis lain yang banyak kome dapat spt baung, lampam ekor merah, lampam jawa, patin, temperas, laih, terbul dan pelbagai lagi ikan "putih" atau bersisik.
Sampai tak daye le ngangkat jaring yang penuh dengan ikan disebabkan kawasan tu memang jarang orang pegi sebab jauh.
Yang ketiga
Keempat
Kelima
Dan ini antara ikan gred A koi nak makan bersama mak koi kat kampung. Yang lain2 setelah diagihkan dalam 3 kg kepada mak mertua, koi jual kat jiran2 mak koi kat Mayam tu yang kepingan nak makan ikan sungei.
Dapat balik modal minyak jeep dan duit basuh jeep koi tu jadilah..........
Dan rasanyer aktiviti mencari ikan ni, kome stop dulu le sementara menunggu bulan Ramadhan nanti.
Dan bila air sungei mula melimpah selepas raya nanti, kome dah dapat banyok port2 baru yang sesuai memburu ikan sungei yang keluar mengikut arus.
Sekian...
11 comments:
salam..
mak aihh..banyaknya ikan!
mau habis semua ikan di
sungai tu aok sapu..he he
takmboh abis ikannyer kat situ....bukan group kome je mencarinyer....ramei ngat group lain...masing2 lebih kurang je banyok dapatnyer...
Ikan tapah te kalau dibiarkan emboh gi berpuloh gilo sekor :)
SALAM,
BIASA DENGAR IKAN TAPAH NI ! TAPI TAK PERNAH MAKAN !
bestnyer dpt banyok ikan gtu, kalau dekat nok jugek membeli!
besnya buat pekasam..
Begasok betol yek
rajin benor cikgu jang kita ni...
salam dari bumi darussalam...cikgu? dah lama dah tak dengar perihal kabar cigku di blog ni? mudahan saja cigku jang dalam berkeadaan sihat-sihat saja...
Nak menjemput semua rakan2 blogger pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
Post a Comment