Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, July 11, 2009

Kete Vios kat Thailand

Ngape kat Malaysia takde jual keta vios gini. Kalau ade koi nak tukar vios koi ngan vios dalam gambor ni.













Sape2 kata tok lawo, dia memang pedooh.

Cerita Anak Derhaka

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk
keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri
pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?
" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah
saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana . 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita...

Sesiapa nak duit RM 10,000

RM10,000 ganjaran cari nabi palsu





INILAH gambar Abdul Kahar yang ditampal
di papan kenyataan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.

Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.

Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.

Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

Sumber : rubbertapperz.blogspot.com/

Friday, July 10, 2009

Koi ade pembantu..

Salam...

Pagi isnin baru2 ni sewaktu naik ke pejabat sekolah, PT sekolah koi perkenalkan seorang gadis yang akan bertugas menjadi pembantu koi dalam urusan berkaitan dengan Schoolnet di sekolah ni sehingga penghujung tahun depan.

Mulanya koi terkejut jugalah sebab selama ni tak penoh2 ada orang yang membantu selain juru teknik komputer yang memang koi dah jangkakan akan dapat sorang. Tapi kali ni koi begitu teruja sebab tiba2 ada jawatan gitu yang diperkenalkan semata2 membolehkan pelaksanan ICT kat sekolah Purun ni lebih berkembang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, koi tanya nama jawatannya dan bidang tugas yang dia boleh bantu. Katanya, dia bukan staff Kementerian pelajaran, tapi staff kontrak dari Kementerian Penerangan yang ditugaskan sebagai Fasilitator Schoolnet khusus membantu perlaksanaan Shoolnet kat sini. Menurutnya, sebab dia dapat kerja tu disebabkan pakej rangsangan ekonomi untuk siswazah menganggur yang diperkenalkan oleh kerajaan baru2 ni. Hanya sekolah terpilih sahaja yang akan dapat pembantu seperti dia.

Jadinya, molek sangatlah kata koi. Sekurang2nya bertambah senang pulak kerja koi kat sekolah ni.

Koi tengok dia selama seminggu ni, memang jenis orang yang boleh buat kerja dan minat bekerja. Disebabkan itulah koi kerap bawa budak2 kelas koi ngajar masuk kat makmal dan suruh dia bantu dan adakalanya suruh dia yang ngajar mana yang boleh sementara koi buat keja lain.

Satu lagi, disebabkan Pusat Akses sekolah koi nampok agar sepi sikit, jadi bolehlah si Iman ni (nama dia) jadi pembantu kepada Haris (juruteknik komputer) untuk menceriakan lagi serta menjadi penyelaras dan bertugas mengawas hingga sebelah petang. Kalau tidok, sebelum ni takde sape yang datang nak mengawasi pusat tu sebelah petang, tu yang jadi komputer banyak yang jahanam .

Selain daripada membantu bebudak belajor kat makmal, dia juga boleh membantu guru2 berkaitan dengan ICT sama ada memberi latihan ke, menolong masukkan data ke, atau kerja2 yang sesuai dengan kebolehan dia. Kira2nya semua warga sekolah akan mendapat manfaat dengan adanya dia, tapi setakat ni, yang hanya koi nampak ialah lebih tertumpu kepada makmal komputer dan pusat akses je dulu.

Mungkin, cikgu2 kat sekolah koi ni belum berminat atau segan menyuruh Iman ni membantu. Dan mungkin peranan koi menyebarkan kewujudannya untuk membantu belum lagi terlaksana. Ialah kan, baru seminggu, biarlah dia serasi dulu dengan iklim sekolah ni. Lepas ni, mungkin banyak guru2 berminat membawa bebudak masuk makmal dan minta dia bantu.

Kalau sebelum ni, hanya beberapa orang guru je yang suka bawa budak masuk makmal sedangkan pasarana di makmal sekolah koi ni antara yang terbaik berbanding dengan makmal2 di sekolah lain. Sekarang ni semua komputer berfungsi dan boleh digunakan untuk P&P.

Koi sebenarnya rasa pelik dengan sambutan guru2 kat sini. Budaya ICT yang koi heboh2 kan selama ni nampaknya kurang menjadi. Mungkin koi terpaksa guna cara lain bagaimana nak menarik guru2 bawa murid guna makmal untuk P&P. Sedangkan kalau dengar cikgu dia nak bawak masuk makmal, bapok le sukanya bebudak, sampai berlari pun ade sebab seronok sangat.

Mungkin lepas ni, koi akan minta GB memberi sedikit penegasan kepada guru2. Kalau dapat sorang guru tu biarlah sekali seminggu pun cukuplah menggunakan makmal komputer.

Koi sebenarnya sian sangat kat bebudak tu. Penah koi tanya murid dalam sesuatu kelas ngape tak penah langsung masuk makmal, diorang cakap cikgu taknok bawok. Che gone gayenya gitu hah...bukannya salah murid, tapi salah cikgu. Gamoknyalah mungkin cikgu tu fobia kot kat ICT ni.


Jadi, lepas ni, kalau cikgu2 nak guna makmal, cukup mudah...sekurang2nya Fasi Schoolnet yang ada kat sekolah ni taklah duduk releks aje dan boleh membantu mengembangkan lagi budaya ICT kat sini. Lagipun selaku Penyelaras Bestari, koi begitu mengharapkan agar budaya ICT di sekolah ni dapat berkembang dengan pesatnya.

Ni dia gambor si Nurul Iman tu....kira2nya jenis sempoi jugaklah orangnya..

Ni, gambar juruteknik komputer sekolah koi yang juga datang bertugas pada hari yang sama dengan Fasi Schoolnet tu . Duduk Sungai petani nu hah...bapok le jauhnya, tapi dah kena bertugas kat sini....tak boleh buat ape2 terima ajelah... Si Haris ni kira2nya boleh lah buat kerja sebab dah ada pengetahuan ICT dan tugas koi adalah mengajarnya bagaimanan nak uruskan ICT kat sekolah ni secara terancang . Lepas ni, banyak kerja2 yang koi biasa buat dulu, akan diambil alih olehnya.

Sekian..

Thursday, July 9, 2009

Giliran kome jadi tuan rumah

Salam..

Disebabkan terpaksa mengadakan program2 untuk meningkatkan pencapaian UPSR tahun ni kepada lebih baik serta menyambut cabaran Bera Top Four yang dilaung2kan oleh Tuan PPD Bera, maka sekolah kelompok A Bera tidak ketinggalan mengadakan satu program peningkatan UPSR iaitu kem mata pelajaran khusus untuk pelajar cemerlang dan pelajar kumpulan lulus.

Konsep program untuk kelompok A Bera tahun ni adalah berbeza pada tahun2 lalu. Kalau tahun2 lepas, pelajar akan dikumpulkan di sesebuah sekolah dengan perbelanjaan ditanggung oleh semua sekolah dalam kelompok yang menyertainya, tapi tahun ni, selaku pengerusi MGB kelompok A Bera, guru besar sekolah koi cuba mengadakan satu pendekatan yang mana setiap sekolah dalam kelompok ni dikehendaki menjalankan satu kem mata pelajaran dengan menanggung semua kos termasuk makanan peserta, fasilitator, bahan untuk P&P serta kos2 yang lain.

Walaupun sesuatu program tu memerlukan perbelanjaan lebih daripada seribu ringgit, namun setiap sekolah terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat MGB dahulu.

Maka, pada hari ni, tibalah giliran sekolah koi mengadakan kem Matematik khusus untuk pelajar cemerlang. Kira2 80 lebih pelajar yang menyertainya. Dan kem ni berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Di bawah ni beberapa foto yang saja2 koi ambil untuk dijadikan sebagai kenangan kepada warga sekolah....


Ni perbincangan tergempar antara penyelaras kem kat sekolah koi, Cikgu Syaiful dengan guru besar cikgu Jamaludin, GPK Pentadbiran cikgu Sabri dan Rizal selaku pertugas yang ditugaskan untuk mencetak bahan P&P. Isunya ialah bagaimanana nak fotostate bahan yang belum siap kerana mesin rezo yang ada telah mengalami kerosakan. Dan akhirnya GB minta Rizal pergi ke SM Purun untuk meminta bantuan.

Pelajar yang menyertai kem ni dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dengan dibantu oleh fasi2 dari sekolah lain. Cara sebegini lebih berkesan jika dibandingkan dengan P&P melibatkan satu kumpulan besar.

Bagi menjimatkan perbelanjaan terutama kos makanan, pihak sekolah telah mengambil inisiatif memasak sendiri dengan dibantu oleh pakar2 terutama pekerja sekolah dan guru2 yang sedia membantu. Satu kelebihan dengan memasak sendiri, secara tidak langsung, semua guru dan staff pada hari dapat makan tengah hari secara percuma.


Kira2nya, pelaksanaan kem pada hari ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Lagipun tempoh antara bulan Julai serta Ogos merupakan satu tempoh yang paling sukar kepada pelajar serta guru2 tahun 6. Dalam masa inilah pelajar2 akan dipodotkan dengan kemahiran2 sebelum tibanya bulan puasa diakhir Ogos nanti serta UPSR sebenar di awal September. Detik sukar ini terpaksa dipenuhi walaupun ada sesetengah guru merungut dengan bebanan kerja yang berterusan,

Namun begitu semangat untuk meningkatan pencapaian semasa UPSR di setiap sekolah tetap diteruskan walaupun di dalam kepala guru2 terlibat penuh berserabut dengan macam2 perkara.


Sekian.

Wednesday, July 8, 2009

Moh kite mengabihkan duit kat ekspo ..

Salam....

Petang tadi, koi cadangnya nak ke rumah rodong koi kat Bukit Kepayang nak copy intaller Dephi5 untuk koi hantar tesis ke OUM sebabnya yang koi dapat dah rosak, jadinya koi singgah sekejap kat kedai makan pekena meggi sebab perut koi lapor sangat kerana baru bangun tidur.

Masa tengah tunggu meggi dimasak koi telefon rodong koi tu nak conformkan yang koi nak gi jumpa die. Rupa2nya die masih kat Triang lagi, baru balik dari kursus KH kat PPD Bera.

Jadinya, koi teringatkan yang kat padang awam Purun ni ade ekspo barangan yang baru semalam bermula, jadi hati kecik koi kata, ada modal koi nak nulis pasal program yang ade kat sini untuk diuar2kan kepada rodong2 berdekatan.

Lepas je makan, koi pun startlah keta vios koi pegi sana. Cadangnya nak ninjau2 je taklah hasrat nak belipun.

Lalu je gerai mula2, koi nampak ade barangan beg dan eksosori tali pinggang. Cantik sangatlah kata koi sebab memang koi bercadang sangat nak gantikan tali pinggang koi yang dah uzur tu. Lepas te pulak, koi nampak poch yang bergantungan kat tepi tu. Koi pulak memang bercadang juga nak beli poch....jadi tak semena2 habislah duit koi RM 32 beli kedua2 barang tersebut. Walaupun barang tu bukan yang ori, tapi bagi koi padanlah dengan harganya dan kalau koi pakai yang ori pun, takde sapa nak muji pun. Bagi koi biar barangan tu sesuai dipakai dan padan dengan koi.

Lepas tu, koi musing2 lah sekitar sambil tangkap gambor sebab nak masukkan dalam blog ni. Sampai pulak kat sebelah sana, koi tengok ade pulak jualan kasut kat situ. Pas tu pulak ramai pulak peneroka2 yang sedang membelek2 kasut. Koi pun saund kat diaorang " ni nak beli kasut ke atau nak ngorat orang yang jual kasut tu" . Yalah sebabnya peneroka kat sini memang dah kenei dan biasa dengan koi. Setakat gurau gitu, takde masalah bagi mereka.

Belek punya belek, kenan pulak kat satu kasut tu. Nampak cantik sebab baru, tapi koi tahu bukannya kulit. Koi tengok lebel harga kat bawah...Masyaalah bapok le mahalnya sampai RM 245 sepasang. popaleh kata koi, ngape mahal sangat gitu. Sorang pakcik tu kata yang tanda harga tu saja yang mahal, kasutnya murah sangat..dalam sekitar RM 30.00 je sepasang.

Yang koi ni memang perlu sangat kasut nak gi ngajor. Kasut yang koi pakai tahun ni pun koi beli kat bundle je, dan dah nak rosak. Jadi, disebabkan ade peluang, koi belilah sepasang kasut tu dengan harga RM 22 setelah puas koi tawar menawar dengan awek yang jual tu.

Jadinya....sempena ekspo ni, dan kali pertama koi ziarah dah habis RM 54.00. Esok lusa tak tahu lagi. Tu belum bawak anak koi 3 orang tu....kalau bawok dan nampok pulak barangan mainan yang pelik2 sikit....aih....kena keluar duit lagi le gayanye.

Tapi takpe...kalau bukan orang macam koi yang beli, sape lagi...sian diaorang. Datang jauh2 semata2 nak cari duit. Pas tu dahlah selama lebih kurang sebulan niaga cara gitu terpaksa mengharungi kehidupan yang tak tentu arah. Nak mandi, tidur, makan sememangnya susoh. Bukannya ade hotelpun kat sini.

Lagipun barangan yang dijualpun bukanlah dengan harga yang mahalpun. Kira2 nya padanlah dengan golongan sederhana yang ade kat sini.
Lagi satu, kalau ade barang yang kta berhasrat nak beli. tok soh pegi jauh2 beli aje kat sini, sekurang2nya jimat duit isi minyak keta.






Gambo kat atas tu, beberapa gerai yang menjual barangan keperluan.
Ni hah gambo kasut yang koi beli tadi. Nak katakan lawo tu, memang bagi koi lawo tapi tak tahu berape lama tahan dipakai.


Sekian...

Tuesday, July 7, 2009

Makin ramai peminat motorcross

Salam....

Disebabkan dah ade trek motorcross kat purun ni, jadi penuhlah orang ramai kat hujung padang awam tu menyaksikan budak2 muda beraksi dengan pelbagai pesen. Yang menengoknya bukan sahaja budak2, malah orang2 tuapun ramai yang datang.

Apabila koi dekati mereka, popaleh...macam2 ulasan yang diberikan. Ada yang positif dan tak lupa juga memberi komen yang negatif. Lantok lah...biorlah dia orang ulas macam2, yang tukang berlumba tu tetap berlumba, yang menontonnya tetap menonton.

Kalau dipandang dari atas jalan tu, macam ade pesta pulak, berderun orang gi tengok. Masing2 khusuk nengok peserta2 bebas berlumba dengan deruman enjin motor yang membingitkan. Makin ramai penonton, makin ngada pulak bebudak tu menunjukkan aksi yang baginya dah best sangat, tapi di mata penonton harapkan nak tengok aksi yang lebih ekstrem.

Koi nengokkan bebudak tu, rase ngeripun ada, yang jaga keselamatan diri pakai pad dan helmet yang koi nampak hanya sorang dua je, yang lain tu....pakai seluar pendek je gi naik motorcross tu..gamoknya diaorang kebal kot. Andailah terjatuh lalu langgar pokok kayu kat tepi tu...tak tahulah...boleh cedera parah tu.

Satu lagi yang koi tengok, kesesuaian motor yang menyertai aktiviti tersebut, kalau motor yang diubahsuai dengan tayarnya, eksovernya, koi tak hairan, tapi ada sorang mamat tu, saja nak tunjuk yang dia hebat, bahannya motor ex5 standart aje gi berlumba kat situ. Gamoknya motor ayah dia kot.

Bagi koi, tak patutlah, kalau betul2 nak join aktiviti tu, gunalah ,motor yang sesuai, kalau setakat motor standart tu, koi pun ade, pakcik2 kat Purun ni ramai yang ade. Tapi kalau motor yang diubahsuai tu, memang tak banyak ade kat sini.

Lagi satu, yang koi nampaknya dari segi keselamatan penonton kat situ, kalau bebudak kecik tu, diaorang nengok dekat2. Andainya peserta terbabas ke tepi, bahannya langgar penonton kat situ, lagu satu bala jadinya. Silap2 bukannya peserta aje yang masuk hospital, nanti dengan penonton sekali jadi mangsa.

Jadinya, pendapat koilah...patut pihak yang bertanggungjawab tu, ambil kiralah aspek keselamatan yang sepatutnya, jangan esok2 lain yang diminta, lain pula jadinya....



Antara penonton yang menghabiskan masa melihat aksi pelumba2. Rata2 bebudak yang datang tu kebanyakannya bekas anak murid koi dulu. Walaupun dah semakin remaja, tapi sikap hormat pada bekas gurunya masih ada dalam jiwa mereka.

Rase koi lah, penonton yang ade kat situ kebanyakannya mengharapkan pelumba2 menunjukkan aksi yang lebih dasyat lagi.

Kelihatan beberapa pelumba sedang mengambil selekoh. Gambor tu, koi tangkap jarak jauh, sebab tulah tak berapa nampok orangnya.

Tak ketinggalan juga pakcik2 yang koi rasa bapok le teringinnya nak join aktiviti tersebut, tapi disebabkan dah tua dan takde pulak peraih dia yang buat aktiviti sebegitu, jadinya pakcik2 tu pendamkan sahaja hasrat nurani nya. Esok2 koi nak cadangkan buat kejohanan untuk kategori warga emas pulak, bior diaorang pakat rasa macammana buat aktiviti cam gitu.

Salah sorang pelumba yang beraksi dengan penuh perasaan dan perasan.

Sekian.....



Friday, July 3, 2009

Isteri bertuah

Salam

Awok tengok sendiri lah, walaupun rumah koi takde orang gaji tapi rumah koi cantik dan teratur selalu. Semuanya kemas dan bersih sokmo. Kerja di dapur juga beres tepat pada masanya.” Kata Zamri kepada Hanafi yang berkunjung ke rumahnya.

“Betullah. Bertuah betul kau dapat Zainab tu sebagai isteri.” Ujar Hanafi dengan rasa kagum lagi teruja.

“Dok eh.... Sebenarnya Zainab tu yang bertuah dapat suami macam koi ni.

Haih…” keluh Zamri perlahan kerana takut di dengar Zainab yang sedang asyik melayari internet.

Sekian

Thursday, July 2, 2009

Antara DAJJAL dan SAI BABA

Salam

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedut perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan.

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahadi dan di bunuh oleh Nabi Isa as).
wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.. Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku.. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan pada waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kelipan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba mempromosikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengakui bahawa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelisdarshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dankeharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkanpenyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang dibangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini danberbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya..

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang Yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teknologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengatakan bahawa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang di antara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Sekian

Bale...kejamnya

Salam...

Sebut pasal beg kulit, rata2 semua orang mengemarkannya. Tapi tahukah kita bagaimana caranya pengilang memproses binatang terutamanya ular sawa dan buaya untuk diambil kulitnya dan menjadikan sebagai barangan elit tersebut.

Kat bawah ni koi sertakan beberapa foto bagaimana kulit2 binatang tersebut diambil untuk menjadikan barangan bernilai tersebut.




Proses mengeluarkan kulit daripada badan ular... Makakan dah biasa buat kerja gitu, kalau kita bapok le ngerinya.


Buaya2 pun turut menjadi mangsa...


Maka hasilnya, tengok lah sebelum dan selepas....

Lepas ni kalau nampak ular sawa ke, biawak ke, buaya ke....moh kita tangkap untuk jadikan beg kulit....kalau berani lah...


Sekian....

Wednesday, July 1, 2009

Cagorkan dianye dapat, rupenya dok.

Salam...

" Cagorkan dianye dapat, rupenya dok" satu percakapan biasa orang Pahang yang bermaksud " ingatkan dapat tetapi tidak".

Ungkapan ni, koi utarakan sebabnya hari ni terjadi satu peristiwa kat sekolah koi yang berkaitan dengan bantuan KWAPM ( Kumpulan wang amanah pelajar miskin). Bantuan ini memang kerajaan berikan tiap2 tahun kepada penjaga yang layak dengan nilainya berjumlah Rm200.

Pagi tadi selepas koi selesai ngajar 3C, koi lalu di dewan besar, dalam dewan koi nampak sorang rodong koi sedang menunggu agihan duit tersebut dengan senyuman dan mood yang nampak benar2 ceria . Jadinya koi hampirinya dan sambil berseloroh meminta dia belanja minum teh petang nanti disebabkan dia dapat duit hari ni. Niat koi bukannya betul2, hanya sekadar gurauan sebagai tanda kemesraan.

Setelah berborak lebih kurang, koi diminta oleh HEM memasang alat pembesar suara. Setelah selesai tugas tersebut, koi tinggalkan suasana di dewan yang penuh meriah dengan berduyun2 penjaga yang hadir disebabkan " DUIT" yang menunggu untuk diterima. Hati kecil koi berkata, " kalau bab duit, program setengah jam belum bermula dah penuh dewan, tapi kalau program lain, tak pernah nampakpun muka".

Lebih kurang 2 jam kemudian, sewaktu lalu di situ, kelihatan rodong koi tadi nampak sunggul dengan muka kemerahan dalam kehitaman. Koi hampirinya dan mengucapkan tahniah sekali lagi, tapi dengan perlahan dia menjawab bahawa anaknya tak layak terima duit tersebut.

Koinya jadi hairan lalu bertanyakan dari mana dia dapat info datang ke sekolah hari ini, adakah dia menerima surat dari sekolah. Katanya rodong dia beritahu ada penyerahan duit hari ni dan sangkaannya dia dapat sebab kalau dikira kelayakan, keluarganya lebih layak menerima bantuan KWAPM tersebut.

Jadinya, apabila mendengar anaknya tercicir, koi pergi berjumpa dengan HEM sebab nak tengok senarai penerima yang layak. Sebabnya semasa pencalonan pada tahun lepas, memang koi sarankan agar anaknya layak menerima bantuan tersebut.

Rupa2nya, memang anaknya dicalonkan untuk menerima, tetapi pihak PPD telah memotong nama anaknya disebabkan pendapatan perkapita melebihi syarat yang ditetapkan. Kira2nya dia buat jumlah pendapatan RM 550 dengan tanggungan 5 orang.

Susah payah juga koi dan HEM menerangkan agar dia faham setuasi sebenar yang berlaku, senario ini bukanlah disebabkan kesilapan sekolah tetapi pihak lain yang berkuasa meluluskan siapa yang layak atau tidak. Pada mulanya dianya tidak faham dan memang susah nak faham, tapi disebabkan penjelasan yang kome bagi begitu tersusun, penuh pujukan dan berjanji akan menolongnya, akhirnya dia akur dan kemarahannya mula kendur.

Tahun lepas begitu juga, nama anaknya tercicir dari senarai penerima, dan dia datang dengan penuh perasaan marah hinggakan GPK yang uruskan agihan duit tersebut naik pening. Tapi, pihak sekolah selesaikan dengan bantuan yang kedua sebagai status " penerima tercicir".

Tapi, tahun ni, dia datang lagi, cuma tidak menampakkan kemarahan yang melampau. Tapi jelas di wajahnya kekecewaan yang amat sangat. Yalah.... kalau koi sendiri begitu juga, Walaupun duit dua ratus tu tak lah berapa besar jumlahnya, tapi bagi dirinya, amat bernilai dengan keadaan kewangan keluarganya yang sememangnya koi tahu dia susah. Lagipun bayaran persekolahan untuk tahun ni menjangkau ratusan ringgit, ,menyebabkan si dia benar2 mengharapkan bantuan tersebut.

Disebabkan koi tak mahu mengecewakan hatinya, koi dan HEM berjanji akan menolong anaknya untuk dapatkan Biasiswa Yayasan Pahang pada tahun hadapan. Lagipun, walau anaknya tidak dapat bantuan KWAPM tahun ni, ada hikmah disebaliknya. Disebabkan anaknya menepati syarat sebagai penerima biasiswa, banyak kelebihan lain kalau anaknya dapat biasiswa tersebut. Antaranya, anaknya akan terus menerima biasiswa dari Tahun 4 sehingga Tahun 6 tanpa perlu membuat permohonan berbanding dengan bantuan KWAPM yang perlu dibuat permohonan setiap tahun dan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan, andai kata tahun hadapan kerajaan tiada duit, maka tiadalah bantuan tersebut, sedangkan jika anaknya menerima biasiswa, tetap akan menerima biasiswa tersebut dan berkemungkinan akan bersambung sehingga ke sekolah menengah nanti.

Lagi satu, jika tahun ini anaknya sudah menerima bantuan KWAPM pihak sekolah tidak akan mencalonkan nama anaknya untuk menerima biasiswa tersebut.

Dengan panjang lebar kome terangkan serta memberi semangat kepadanya, akhirnya nampaklah sedikit keceriaan di wajahnya.

Lagi satu, satu lagi berita gembira buatnya, apabila koi minta HEM semak penerima bagi tahun 1, nak mujur anaknya layak menerima dan akan dapat duitnya sedikit masa lagi.

Jadi, itulah realitinya di FELDA ni. kadang2 koi terfikir juga, alangkah baiknya kalau kerajaan tidak memberikan bantuan KWAPM miskin ni melalui pihak sekolah. Biarlah pihak lain yang uruskan sebabnya sememangnya menyusahkan. Lagipun proses mendapatkan bantuan tersebut memerlukan dokumen2 sokongan yang lengkap. Kadang2 para guru jadi pening uruskan bantuan tersebut hinggakan proses P&P dalam kelas kadang2 ade masanya terabai.


Sekian....