Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, November 5, 2013

Jeram Terapai 4 memang mencabar...

Assalam...

Sebelum ni dengo cerite ande rodong yg kerap mengunjungi jeram tu ngail ikan tengas sampai beli RM60 cengkerikpun tak cukup. Kalo nahan jaring dan bubu, ikan kelohpun moh ande situ.

Jadinye, kome pakat2 mencuba nasib jugak le memburu tengas dan keloh kat situ dengan mengambil keputusan bermalam semalaman.

Dengan kekuatan anggota seramei 6 orang dengan 6 buah motorsikal kapcai, berangkatlah kome ke situ dengan penuh harapan dan impian yang menggunung tinggi merasa tengas fresh.



Sebelum ini Cikgu Zul penah pegi satu hari situ ngikut rodong yang kerap ke sana, Jadi hasil daripada semangat dan cerite yang didengor, tu yang kome beriye2 sangat nak peginye.

Barang keperluan, tak leh nak bawak banyak sebab transport terhad. Mana2 yang perlu sahaja dibawa.

Yang penting dapur kena bawak. Kalo tak, susah nak tanak nasi, goreng ikan ataupun rebus air.

Dalam perjalanan, motor Rizal pulak buat hal...plug semput. Nasib baik le ande rodong bawak plug spay.

Jalan balak, masa pergi oklah sebab tak licin dan perjalanan cukup lancar, walopun bukit bapok le tingginyer. Keknye masa balik......his his his

Berehat di pertengahan jalan bior motor sejuk sikit sebab panas sangat sebab asyik guna gear satu dan dua je...gear lain, tak root motor naik bukit.

Rasa macam expidisi Camel tropilah pulak bile ande laluan meniti titian.

Sampai di lokasi, hilang segala penat naik motor menegokkan panaroma jeram yang cantik dan permai sekali.

Kalau aktiviti perkhemahan, memang cukup cantik sebab kawasan nak mandipun airnya paras2 pinggang je. Juga amat sesuai kalo aktiviti berkhelah bersama keluarga.

Rupa2nya kawasan yang orang ramai tak tahu mengandungi rahsia alam yang tersebumyi spst ikan tengas dan keloh yang boleh membiak di situ.

Malam tadi tanak nasi 2 kilo, kemudian goreng ikan tengas yang berjaya dikail sebelah petangnya...

Rupa2nya takde tengas yang besar2 kat situ, kebanyakannya baya2 1-3 jari je. Kalo sebelah atas lagi, mungkin ande kot sebab di sana jeramnya lagi besar.

Sebelah pagi, tengok bubu yang ditahan, kurang jugak hasilnya...mungkin umpan yang diisi belum cukup kuat menarik ikan masuk situ.

Dapat le anak keloh sekor...x berape besor tapi sebagai bukti yang kelah ande habitatnya di situ.

Ikan tengas je yang banyoknye, selain susur batang ..

Kome menyusur laluan berbatu menghala ke hulu sungei mencari port cantik untuk mengail...bapok le mencabornye lalu atas batu yang licin.

Apabila masing2 dah hamun memancing dan dah cukup puas hati berhujan di situ, tibalah giliran utk pulang dengan laluan yang paling mencabo penah koi rase naik motor. Laluan ini le yang menyebabkan tenaga kome separuh hilang apabila diperlukan utk menolak motor naik bukit dengan jalan yang licin.

Dah naik, turun pulak....jalan pulak licin, silap2 tekan brekpun, motor masih menggelonsor turun.

Nasib baik le motor ex5 koi ni masih kuat lagi enjinnye walaupun dah berusia 17 tahun.

Tapi laluan memang mencabor sungguh. Rase nok nangis melepaskan diri dari jalan yang teruk sebegitu.

Ini kalo 4x4 pun, kena pakai tayar lipan dengan spring ubahsuai ...kalo takat 4x4 standart, rasenye sangkut jugak..silap2 kena guna winch untuk tarik naik bukit.

Sampai ke penamat cabaran, rodong sorang ni bapok le happynyer...

Di belakang Rizal , Abg Li, peserta terakhir sampei ....

Wajah2 ceria apabila berjaya menamatkan cabaran getir...sampai kat situ, bereh doh....dah masuk jalan ladang.
Kesimpulannya....

Kalo ande rodong ngajok lagi pegi sana untuk ngail lagi....mboh fikir 2 kali nak pegi. Kalo tekad nak pegi jugak kena prepare betul2 stranspot dan bersedia mengharung jalan licin jika hujan.

Pengalaman tadi memang antara cabaran terhebat semenjak kome bergiat dalam hobi mencari ikan. Sebelum2 ni, tak le teruk sangat sebab kebiasannya kome naik 4x4....

Sekian...

Wednesday, October 2, 2013

Ngikut rodong ke Phuket

Assalam..

Orang ngajok pegi Phuket, kite ngikut je...kebetulan hari kejadian tu, memang ada mase free. Ikut jelah.
Naik kapal terbang pukul 7.30 pagi Sabtu dan sampai lebih kurang pukul 8.00 waktu Thailand.

Dengan kos tambang campur hotel RM500....bawa duit belanja lebih kurang seribu...itupun tak habis sebab takde benda nak shoping...

Kali ni takde pemandu pelancong yang bawa jalan2. Sebab rodong yang pegi sama penah pegi situ, jadi redah jelah mana yang patut. 

Rupa2nya senang sangat bercuti kat situ..Segala perkhidmatan yang nak kita join ada disediakan. Yang penting duit nya ade.

Bersedia bertolak naik Air Asia di LCCT

Airport di Phuket memang canggih

Depan Bangunan Airport Phuket

Patong Beach...lokasi penginapan dan destinasi percutian


Lepas hujan...sebab tu takde dugong bersidai





Jalan raya yang sibuk menjelang petang bermula.

Kalo kat sini, jangan harap ade jual tepi jalan

Peralatan tomoi dijual di tepi jalan....dapat le beli seluar sehelai utk anak bongsu..

Tempat hiburan paling menggairahkan di sini....Bangla Road...destinasi tumpuan pelancong untuk
mencari hiburan tak senonoh...

Macam2 benda ade...bergantung kepada iman kita je...

Mat Saleh suka sgt le benda2 gitu...tak sesuai untuk bawa family

Macam2 bar ade di situ

Arak lebih murah drpd softdrink..

Nampok comel....rupa2nya bapok weh...

kalo berminat nak tengok...bolehlah masuk...keknya kenalah bersedia dengan duit yang banyak.


Ade juga pertunjukan silap mata di tengah2 jalan.

Gambar di tokong Monyet...ade patung budha besar..tempat persinggahan menuju ke Pulau James Bond


Hari kedua pegi ke Pulau James Bond dengan bayaran RM100 seorang.

Naik boat ke destinasi


Ade kampung melayu islam di tengah2 pulau

Bot dengan enjin lori 6 pisten

Pakej makan tengah hari di restauran atas laut 


Pulau James Bond ...tempat lokasi filem James Bond tahun 1974...

Geng yang pegi...

Dalam pakej....merasa naik kayak yang ada perkhidmatan pengayuhan.


Barang2 di sini mahal rupanya...tak sesuai untuk tujuan membeli belah


Masa nak balik....bapok le luasnya ruangan nunggu di Airport situ.

Terdapat lebih kurang 20% penduduk Muslim di situ, tak susah nak cari kedai makan Islam.

Rupa2nya....banyak lagi destinasi menarik di Phuket ni selain keunikan pulaunya...cuma kome tak menjelajah kesemuanya sebab masa terhad dan duitnyapun kurang...

Kalo ade kesempatan lagi, sebelum pegi dapatkan dulu maklumat tempat menarik, kemudian ejas masa untuk pegi, barulah percutian di situ benar2 menarik.

Tapi apa yang pentingnya, apabila bercerita tentang Phuket....taklah kita terkial2 nak bayangkan benda yang menariknya di situ....

Sekian....

Saturday, August 31, 2013

Tanah Lot Banglow di Daerah Bera untuk dijual

Salam....

Sesiapa yang ingin mencari tanah penempatan lot banglow, di sini ada satu lot yang hendak dijual. Kawasan memang strategik, cantik dan amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal khas untuk permaustatin tetap..

Lokasi terletak di sebelah Taman Kerayong Indah, Kampung Padang Luas Kerayong yang jaraknya dari jalan utama lebih kurang 100 meter. Merupakan satu kawasan yang amat sesuai dijadikan penempatan kerana tidak terlalu hampir dengan jalan utama dan jauh daripada kesibukan pembangunan. 

Kebanyakannya penduduk di kawasan tersebut adalah golongan pendidik dan sudah banyak lot banglow dibina di situ selain daripada penghuni rumah murah di Taman Kerayong Indah yang 100% penduduknya melayu. (Kawasan Rezab Melayu)

Selain itu, sebelum pihak majlis daerah sudah menjadikan kawasan tersebut ( sebelum ke Taman Kerayong Indah) pusat sukan kerana terdapatnya dewan untuk badminton, padang futsal, padang pentaqe, gelanggang tenis yang jaraknya dari lot yang ditawarkan lebih kurang 300 meter.

Di kawasan tersebut ( jalan utama) Klinik Kesihatan Padang Luas, Pejabat Pendidikan Daerah Bera,  SMK Seri Bera, Pejabat AADK, Pejabat Pertanian, Dewan Serbaguna Majlis Daerah Bera, dan banyak lagi pejabat agensi-agensi kerajaan telah dibina selain kedai yang menjual barangan keperluan harian.

Kelebihan lain, pada masa akan datang, kawasan tersebut merupakan kawasan elit yang jauh daripada kesibukan pembangunan yang semakin pesat di jalan utama Bera-Temerloh.

Selain itu, harga untuk tanah tersebut, semakin hari semakin meningkat tinggi.

Admin menyarankan sesiapa yang benar2 berminat, bolehlah meninjau sendiri lokasi yang ditawarkan dan nilaikanlah sendiri supaya lebih berpuas hati.

Keluasan : 804 meter persegi. (8654 kaki persegi)
Harga ditawarkan : RM 85K

Tukar milik tiada masalah kerana hanya satu nama di geran tanah dan geran hak milik selama-lamanya.

Sesiapa yang berminat :

SILA HUBUNGI M.JOHARI BIN ABDULLAH 

Telefon  : 0139845456
Emel : mjuhariabdullah@yahoo.com

Untuk paparan, disertakan salinan geran sebagai paparan.



sekian...