Salam...
Hari ni merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti selama dua minggu bermula. Boleh dikatakan semua warga sekolah tidak kira cikgunya, murid2, staff sokongan , tukang kebun swasta dan jaga sekalipun tetap gembira walaupun cuti ni sebenarnya hanya dinikmati oleh murid2 dan guru khasnya.
Cuti dua minggu ni adalah cuti pertengahan tahun. Merupakan cuti yang kedua terbanyak selepas cuti hujung tahun yang hampir 2 bulan lamanya.
Namun begitu, tidak ramai yang tahu walaupun umum mengatahui bahawa itu adalah 'cuti sekolah', tetapi tidak bermakna cutinya pengajaran dan pembelajaran.
Bagi tahun 1 hingga 5, dua minggu yang diiktiraf oleh kementerian tersebut dapat dinikmati sepenuhnya berbanding dengan pelajar Tahun 6 yang terpaksa mengikuti kelas tambahan pada minggu pertama cuti. Rata- rata sekolah akan mengadakan kelas tambahan ini sebagai satu persediaan menghadapi UPSR, agar berharap keputusannya meningkat berbanding tahun-tahun lalu.
Lazimnya, kelas yang dibuat akan melibatkan sebahagian besar guru-guru berdasarkan kepakaran masing-masing. Paling yang lebih sikit kerjanya ialah guru-guru tahun 6 yang semakin hari semakin merasai debaran melihat prestasi pelajar UPSR ini.
Adakah tahun ini akan mengatasi tahun lepas ? merupakan satu soalan yang sukar dijawab. Semuanya bergantung kepada segala program yang dilaksanakan kepada pelajar UPSR.
Walaubagaimanapun, sebagai guru sememangnya sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan pencapaian pelajar setiap tahun meningkat. Semua itu merupakan satu kepuasan jika hasrat diidamkan tercapai. Biarpun dibebani dengan pelbagai tugasan yang ada kalanya kepentingannya mengatasi P&P itu sendiri.

Sekian...
No comments:
Post a Comment