Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, May 10, 2009

Kem Jati diri dan ladap ....

Tajuk: Kurus Dalam Perkhidmatan siri 3 2009
Tarikh : 8-10 Mei 2009
Tempat : SK (FELDA) Purun, 28330 Triang Pahang DM.
Pendaftaran Peserta : 5.00 petang
Majlis Penutupan : 1.00 petang

Pengisian Kursus : Pengurusan Perkhemahan.
Bilangan Peserta Kem : 54 murid
Bilangan Peserta Ladap : 34 guru dan 8 staff

Antara Pengisian Kursus Kem :
















Salam......

Pada mulanya koi cemas juga nak buat kem Jati Diri Tahun 6 ni...walaupun dah tahun kelima kem ni koi jadi pengurus projeknya, tapi tahun ni koi telah buat sesuatu yang lebih unik iaitu menggabungkan STF ( Skim Tuisyen Felda ) dengan LADAP yang belum pernah mana2 sekolah buat dalam dunia ni...Kalau nak tahu, kedua2 unit ini koi sebagai penyelarasnya....jadi buat 2 dalam 1 menjadi target untuk memudahkan kerja koi...

Alhamdulillah....maka tepat jam 2.30 petang tadi...setelah selesai semua tugasan melibatkan kem ni...semuanya berjalan dengan baik dan teratur tanpa sebarang masalah besar mahupun kecil berlaku.

Yang koi respek sangatnya....komuniti sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru2, pekerja sokongan, tukang kebun, pengawal keselamatan, AJK Pibg dan beberapa orang perseorangan yang lain telah memberi komitmen yang amat tinggi yang menyebabkan koi begitu teruja dan rasa sangat bertuah dapat rodong2 macam tu..

Bayangkan lah.......Guru besar, berada di kem ni sepanjang masa bermula dari hari pertama sampai orang dah balik baru dia balik...begitu juga dengan GPK yang lain. Cikgu Sabri , Kak Bimah dan Kak Sajiah pula 2 malam tidur di sekolah. Begitu juga dengan beberapa guru yang lain...juga mengambil kesempatan tidur di sekolah.

Bahagian makanan merupakan bahagian paling penting sekali, tapi di bawah kawalan Kak Bimah sebagai ketua....semuanya berjalan dengan baik . Bab gotong royong pula, boleh dikatakan semua guru turut sama menyumbangkan tenaga membantu memasak makanan. Yang bestnya sambil memasak tu macam2 cerita , gelak tawa , gurau senda sesama kome....satu lagi yang menariknya, sambil menunggu peserta buat aktiviti, sempat juga pergi tolong siang nangka, daging , ayam dan macam2 lagi la...nak buat juadah makan tengah hari.

Bagi koi, kem ni merupakan sesuatu yang unik dan mempunyai nilai tersendiri. Koi telah rancang beberapa elemen2 yang dimuatkan dengan satu tujuan supaya murid dapat pengertian jati diri dalam hidup mereka.

Bermula dengan asas kawad pada petang hari pertama, peserta sekurang2nya dapat juga mengetahui kawad asas kaki. Cuma dari segi masa tidak mencukupi kerana bermula dengan lewat.

Pada sebelah malamnya, ada ceramah motivasi kepada penjaga, tapi tak ramai yang datang. Tak tahulah sebab apa, tapi memang ada kematian pada malam tu di Purun ni. Mungkin itu satu penyebab kot sebab kehadiran penjaga agak kurang.

Pada hari kedua sebelah pagi ada satu aktiviti yang menarik juga iaitu eksplore race....dalam aktiviti ni perserta kem kena habiskan tugasan di setiap stesen. Ada 12 stesen yang mengandungi bermacam2 tugasan seperti menyelesaikan tugasan berbentuk pelajaran, berbentuk permainan, kena menyanyi, merangkak, basuh tandas, panjat bukit, baca doa, buat sandiwc dan macam2 lagi yang meneyebabkan keseronokan kepada peserta.

Sebelah petangnya pula, diadakan pula aktiviti kerohanian. Sekurang2nya peserta dapat ilmu tersebut di sekolah jika ia tak dapat di rumahnya.

Pada sebelah petang jam 5.45 pula satu aktiviti senamrobik sambil menari poco2. Yang bestnya sekolah koi ni ramai guru2 perempuan yang muda2 dan anak dara. kalau bab macam ni, usah ceritalah, minat sangat....macam2 pesen tarian ada...murid suka, guru lagilah pula....cuma tak ramai je cikgu yang join sama, mungkin letih kot.

Tapi, yang paling menariknya, pada sebelah malam tu la....aktiviti ni guna modul koi sendiri dan koi yang jadi ketuanya....iaitu kembara malam. Aktiviti ni peserta akan tutup mata dan akan ditinggalkan berseorangan di tengah2 padang. Pada masa itu cikgu2 ni apa lagi, pergi sakat la...ada yang cuit pinggang, usik guna kemuncup kat pipi, muka, hidung, tolak bahu bagi jatuh, dan macam2 gangguan yang sememangnya kalau bab nyakat bapok le sukanya kome ni. Yang bestnya, GB pun turut sama sakat murid...tu la....yang bebudak ni, jenis lurus pun ada, ikut je apa yang orang buat kat dia, yang melawan pun ada, yang menangis ketakutan lagi la ramai, yang pengsan sebab takut sangat pun ada....his his....

Koi dengan Rizal lak, cuba satu kaedah baru iaitu buat bom dengan mengunakan kabaid. Meletup juga tapi tak kuat sangat....

Selepas tu, peserta tadi ni dikumpulkan setempat dan pada masa tu koi terapkan nilai2 kasih sayang kepada ibu dan bapanya. Sambil bagi motovasi dengan nada yang sedih, koi kaitkan dengan pengorbanan ibu terhadap mereka dan minta mereka bayangkan bagaimana kalau balik ke rumah nanti tak sempat nak jumpa ibu...lagi pula....rata2 yang ada perasaan tu pakat nangis la, yang meraung pun ada...sedih sangat sebab kena toucher dan kita provok lak pada dia tentang anak derhaka..lagipun, koi perdengarkan beberapa lagu yang ada kaitan dengan ibu bapa seperti lagu ayah dan ibu (Sudirman), Syurga di bawah tapak kaki ibu ( Aisyah) dan Oh ibu ( exist).

Tapi, malam tadi koi punya kepala tak berapa nak lunai, tak berapa meriah rasanya dan tak seperti tahun lepas, memang koi buat penuh semangat....
Tapi malam tadipun jadi juga la walaupun tak 100%.

Dalam keletihan yang amat sangat tu, koi paksa pula peserta mengikuti Kiamulai pada jam 3 pagi...koi tak pergi, tapi feedback dari cikgu Che Mat, peserta memberikan kerjasama yang baik...sebab terpaksa.

Dan...pada hari terakhir, kome bagi ujian Mata pelajaran UPSR dalam masa 4 jam menjawab semua subjek....bukannya apa, nak tengok sejauh mana pencapaian dia dapat dengan menjawab test dalam keadaan tak cukup tidur dan ketidakselesaan.

Setelah selesai, tepat jam 12.45 tengah hari tadi, majlis penutupan dijalankan. Dalam majlis tersebut, koi telah tayangkan slide2 yang mengandungi gambar2 yang dirakamkan sepanjang kem ini berjalan. Seronok sangat bebudak ni kalau tengok gambar dia keluar kat skrin.

Jadi, sebagai kesimpulannya....bagi koi kem ini berjaya 90%....dan koi amat berterima kasih di atas bantuan, sokongan, kerjasama, saling faham memahami dan komitmen guru2 serta rodong2 yang lain...semoga usaha anda Allah SWT saja lah yang membalasnya.

No comments: