Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, May 13, 2009

Bulan Bahasa di Sekolah Purun..

Salam....

Minggu ni bermulalah aktiviti Bulan Bahasa sekolah koi.. Antara aktiviti yang ada seperti kuiz bahasa, teka silangkata, peraduan mengarang sempena hari guru, mendeklamasikan sajak dan macam2 lagi la yang melibatkan semua murid di sekolah Purun ni.

Hari ni, waktu rehat tadi berlangsungnya pertandingan membaca sajak di kantin sekolah. Walaupun sekolah koi ni tengah kelam kabut sebab macam2 projek sedang dijalankan seperti membina kelas pra sekolah dan pendawaian elektrik baru, namun pertandingan tadi berjalan dengan meriah sekali.

Sekalung tahniah diucapkan buat guru2 di bawah panitia BM yang diketuai oleh Pn. Sariah atau nama glamornya Along kerana berjaya mengadakan aktiviti begini yang agak lama tidak dijalankan di sekolah koi ni.

Dalam pertandingan membaca sajak tu, kelas koi ngajar iaitu kelas 3C, koi hantar 6 orang peserta iaitu kelas di tahap satu paling ramai sekali hantar penyertaan. Mereka telah mempersembahkan sajak tu dengan gaya sekali. Walaupun sajaknya sama, tapi bebudak tu siap ada yang hafal dan ada gaya tersendiri .






Ramai penonton yang menyaksikan pertandingan. Bapok le bisingnya suasana kat situ.





Makcik kantin dan pekerjanya turut sama menyaksikan pertandingan tersebut.









Ni para hakim yang dilantik khas dari kelas Pendidikan Khas. Kalau depan kamera, amboi....bukan main senyumnya yek..







Antara penonton sambil makan dan mendengar peserta membaca sajak.






Tu salah seeorang peserta sedang mendeklamisak sajak dengan pebuh perasaan dan perasan.




Lepas ni, mungkin diadakan pula pertandingan bercerita sebagai satu acara wajib bagi mencungkil bakat murid2 di sekolah Purun ni...

Sekian.

No comments: