Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

PTK lagi...

Salam.....

Pagi tadi, koi tanya cikgu Che Mat Asri, tentang pendaftaran PTK untuk bulan 8 nanti, dia jawab, kalau dapat aras 3 sahaja yang ambil pereksa bulan 8 nanti. Yang dapat aras 2, peperiksaannya pada bulan 10 dan hanya layak untuk dapat aras 3 sahaja bagi markah tertinggi. Seterusnya kalau dapat 3 , , kena pula ambil pereksa bulan Mac tahun depan bagi melayakkan dapat aras 4.
Pegerakannya macam tangga, kena naik setingkat2.

Koi pelik juga dengan sistem baru ni, ngape ada pesen gitu pula kementerian buat. Bagi koi menyusahkan aje. Ialah kan, sebabnya untuk dapatkan aras 4, koi terpaksa ambil PTK tu dua kali. itupun kalau boleh dapat aras 3 pada bulan 10 nanti.

Berita yang koi terima tadi amat mengecewakan. Rasanya tak patutlah kementerian buat gitu, Itu semacam nak melemahkan semangat cikgu2 je yang dapat aras 2 cam koi ni.

Kan lebih baik macam asal. Adalah semangat nak baca buku nak bagi lulus cemerlang. Ini pula kena ambil 2 kali baru boleh sampai ke puncaknya.

Entahlah, yang koi risaunya target untuk mengejar Paras 2 gaji DGA32 takut tak sempat sebelum naik ke DG 41. Sebabnya, kalau betullah Konvokensyen OUM tu bulan 12 nanti, koi ingat nak terus buat permohonan dengan SPP bagi DG 41 tu tahun ni juga. Andaikata permohonan tu diluluskan, kemungkinan temududuga akan diadakan pada bulan 3 tahun hadapan. Andaikata ada rezeki, kemungkinan hujung tahunnya nanti dapat la DG 41 tu. kalau apa yang koi ramalkan tu berlaku, maka tak dapat la nak mengejar P2 bagi gaji DA32.

Jadi, kalau PTK koi tak layak untuk kenaikan gaji, maka agak rugilah, sebab kenaikan gaji dari P1 ke P2 bezanya dalam Rm240 sebulan.

Dan andaikata tawaran ke 41 tu dapat tahun 2010, kemungkinan koi ada peluang lagi untuk ambil PTK tahun depan jika lulus aras 4.

Entahlah......koi pun tak berapa faham juga perubahan2 yang dibuat oleh kerajaan ni. Adakalanya menguntungkan dan adakala menyebabkan kita berasa bosan. Tapi nak buat macam mana dah ditakdirkan kita orang kerajaan, mahu tak mahu kena ikut apa yang dilaksanakan.

Sekian....

No comments: