Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian. com.my
Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.
Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian
SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.
Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.
Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.
"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.
Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.
"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.
"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.
Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

1 comment:
Rasa koi lah memang ustaz tu nok maroh sangat le tu....
Post a Comment