" Cagorkan dianye dapat, rupenya dok" satu percakapan biasa orang Pahang yang bermaksud " ingatkan dapat tetapi tidak".
Ungkapan ni, koi utarakan sebabnya hari ni terjadi satu peristiwa kat sekolah koi yang berkaitan dengan bantuan KWAPM ( Kumpulan wang amanah pelajar miskin). Bantuan ini memang kerajaan berikan tiap2 tahun kepada penjaga yang layak dengan nilainya berjumlah Rm200.
Pagi tadi selepas koi selesai ngajar 3C, koi lalu di dewan besar, dalam dewan koi nampak sorang rodong koi sedang menunggu agihan duit tersebut dengan senyuman dan mood yang nampak benar2 ceria . Jadinya koi hampirinya dan sambil berseloroh meminta dia belanja minum teh petang nanti disebabkan dia dapat duit hari ni. Niat koi bukannya betul2, hanya sekadar gurauan sebagai tanda kemesraan.
Setelah berborak lebih kurang, koi diminta oleh HEM memasang alat pembesar suara. Setelah selesai tugas tersebut, koi tinggalkan suasana di dewan yang penuh meriah dengan berduyun2 penjaga yang hadir disebabkan " DUIT" yang menunggu untuk diterima. Hati kecil koi berkata, " kalau bab duit, program setengah jam belum bermula dah penuh dewan, tapi kalau program lain, tak pernah nampakpun muka".
Lebih kurang 2 jam kemudian, sewaktu lalu di situ, kelihatan rodong koi tadi nampak sunggul dengan muka kemerahan dalam kehitaman. Koi hampirinya dan mengucapkan tahniah sekali lagi, tapi dengan perlahan dia menjawab bahawa anaknya tak layak terima duit tersebut.
Koinya jadi hairan lalu bertanyakan dari mana dia dapat info datang ke sekolah hari ini, adakah dia menerima surat dari sekolah. Katanya rodong dia beritahu ada penyerahan duit hari ni dan sangkaannya dia dapat sebab kalau dikira kelayakan, keluarganya lebih layak menerima bantuan KWAPM tersebut.
Jadinya, apabila mendengar anaknya tercicir, koi pergi berjumpa dengan HEM sebab nak tengok senarai penerima yang layak. Sebabnya semasa pencalonan pada tahun lepas, memang koi sarankan agar anaknya layak menerima bantuan tersebut.
Rupa2nya, memang anaknya dicalonkan untuk menerima, tetapi pihak PPD telah memotong nama anaknya disebabkan pendapatan perkapita melebihi syarat yang ditetapkan. Kira2nya dia buat jumlah pendapatan RM 550 dengan tanggungan 5 orang.
Susah payah juga koi dan HEM menerangkan agar dia faham setuasi sebenar yang berlaku, senario ini bukanlah disebabkan kesilapan sekolah tetapi pihak lain yang berkuasa meluluskan siapa yang layak atau tidak. Pada mulanya dianya tidak faham dan memang susah nak faham, tapi disebabkan penjelasan yang kome bagi begitu tersusun, penuh pujukan dan berjanji akan menolongnya, akhirnya dia akur dan kemarahannya mula kendur.
Tahun lepas begitu juga, nama anaknya tercicir dari senarai penerima, dan dia datang dengan penuh perasaan marah hinggakan GPK yang uruskan agihan duit tersebut naik pening. Tapi, pihak sekolah selesaikan dengan bantuan yang kedua sebagai status " penerima tercicir".
Tapi, tahun ni, dia datang lagi, cuma tidak menampakkan kemarahan yang melampau. Tapi jelas di wajahnya kekecewaan yang amat sangat. Yalah.... kalau koi sendiri begitu juga, Walaupun duit dua ratus tu tak lah berapa besar jumlahnya, tapi bagi dirinya, amat bernilai dengan keadaan kewangan keluarganya yang sememangnya koi tahu dia susah. Lagipun bayaran persekolahan untuk tahun ni menjangkau ratusan ringgit, ,menyebabkan si dia benar2 mengharapkan bantuan tersebut.
Disebabkan koi tak mahu mengecewakan hatinya, koi dan HEM berjanji akan menolong anaknya untuk dapatkan Biasiswa Yayasan Pahang pada tahun hadapan. Lagipun, walau anaknya tidak dapat bantuan KWAPM tahun ni, ada hikmah disebaliknya. Disebabkan anaknya menepati syarat sebagai penerima biasiswa, banyak kelebihan lain kalau anaknya dapat biasiswa tersebut. Antaranya, anaknya akan terus menerima biasiswa dari Tahun 4 sehingga Tahun 6 tanpa perlu membuat permohonan berbanding dengan bantuan KWAPM yang perlu dibuat permohonan setiap tahun dan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan, andai kata tahun hadapan kerajaan tiada duit, maka tiadalah bantuan tersebut, sedangkan jika anaknya menerima biasiswa, tetap akan menerima biasiswa tersebut dan berkemungkinan akan bersambung sehingga ke sekolah menengah nanti.
Lagi satu, jika tahun ini anaknya sudah menerima bantuan KWAPM pihak sekolah tidak akan mencalonkan nama anaknya untuk menerima biasiswa tersebut.
Dengan panjang lebar kome terangkan serta memberi semangat kepadanya, akhirnya nampaklah sedikit keceriaan di wajahnya.
Lagi satu, satu lagi berita gembira buatnya, apabila koi minta HEM semak penerima bagi tahun 1, nak mujur anaknya layak menerima dan akan dapat duitnya sedikit masa lagi.
Jadi, itulah realitinya di FELDA ni. kadang2 koi terfikir juga, alangkah baiknya kalau kerajaan tidak memberikan bantuan KWAPM miskin ni melalui pihak sekolah. Biarlah pihak lain yang uruskan sebabnya sememangnya menyusahkan. Lagipun proses mendapatkan bantuan tersebut memerlukan dokumen2 sokongan yang lengkap. Kadang2 para guru jadi pening uruskan bantuan tersebut hinggakan proses P&P dalam kelas kadang2 ade masanya terabai.
Sekian....

No comments:
Post a Comment