Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, July 9, 2009

Giliran kome jadi tuan rumah

Salam..

Disebabkan terpaksa mengadakan program2 untuk meningkatkan pencapaian UPSR tahun ni kepada lebih baik serta menyambut cabaran Bera Top Four yang dilaung2kan oleh Tuan PPD Bera, maka sekolah kelompok A Bera tidak ketinggalan mengadakan satu program peningkatan UPSR iaitu kem mata pelajaran khusus untuk pelajar cemerlang dan pelajar kumpulan lulus.

Konsep program untuk kelompok A Bera tahun ni adalah berbeza pada tahun2 lalu. Kalau tahun2 lepas, pelajar akan dikumpulkan di sesebuah sekolah dengan perbelanjaan ditanggung oleh semua sekolah dalam kelompok yang menyertainya, tapi tahun ni, selaku pengerusi MGB kelompok A Bera, guru besar sekolah koi cuba mengadakan satu pendekatan yang mana setiap sekolah dalam kelompok ni dikehendaki menjalankan satu kem mata pelajaran dengan menanggung semua kos termasuk makanan peserta, fasilitator, bahan untuk P&P serta kos2 yang lain.

Walaupun sesuatu program tu memerlukan perbelanjaan lebih daripada seribu ringgit, namun setiap sekolah terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat MGB dahulu.

Maka, pada hari ni, tibalah giliran sekolah koi mengadakan kem Matematik khusus untuk pelajar cemerlang. Kira2 80 lebih pelajar yang menyertainya. Dan kem ni berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Di bawah ni beberapa foto yang saja2 koi ambil untuk dijadikan sebagai kenangan kepada warga sekolah....


Ni perbincangan tergempar antara penyelaras kem kat sekolah koi, Cikgu Syaiful dengan guru besar cikgu Jamaludin, GPK Pentadbiran cikgu Sabri dan Rizal selaku pertugas yang ditugaskan untuk mencetak bahan P&P. Isunya ialah bagaimanana nak fotostate bahan yang belum siap kerana mesin rezo yang ada telah mengalami kerosakan. Dan akhirnya GB minta Rizal pergi ke SM Purun untuk meminta bantuan.

Pelajar yang menyertai kem ni dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dengan dibantu oleh fasi2 dari sekolah lain. Cara sebegini lebih berkesan jika dibandingkan dengan P&P melibatkan satu kumpulan besar.

Bagi menjimatkan perbelanjaan terutama kos makanan, pihak sekolah telah mengambil inisiatif memasak sendiri dengan dibantu oleh pakar2 terutama pekerja sekolah dan guru2 yang sedia membantu. Satu kelebihan dengan memasak sendiri, secara tidak langsung, semua guru dan staff pada hari dapat makan tengah hari secara percuma.


Kira2nya, pelaksanaan kem pada hari ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Lagipun tempoh antara bulan Julai serta Ogos merupakan satu tempoh yang paling sukar kepada pelajar serta guru2 tahun 6. Dalam masa inilah pelajar2 akan dipodotkan dengan kemahiran2 sebelum tibanya bulan puasa diakhir Ogos nanti serta UPSR sebenar di awal September. Detik sukar ini terpaksa dipenuhi walaupun ada sesetengah guru merungut dengan bebanan kerja yang berterusan,

Namun begitu semangat untuk meningkatan pencapaian semasa UPSR di setiap sekolah tetap diteruskan walaupun di dalam kepala guru2 terlibat penuh berserabut dengan macam2 perkara.


Sekian.

No comments: