Petang tadi, koi cadangnya nak ke rumah rodong koi kat Bukit Kepayang nak copy intaller Dephi5 untuk koi hantar tesis ke OUM sebabnya yang koi dapat dah rosak, jadinya koi singgah sekejap kat kedai makan pekena meggi sebab perut koi lapor sangat kerana baru bangun tidur.
Masa tengah tunggu meggi dimasak koi telefon rodong koi tu nak conformkan yang koi nak gi jumpa die. Rupa2nya die masih kat Triang lagi, baru balik dari kursus KH kat PPD Bera.
Jadinya, koi teringatkan yang kat padang awam Purun ni ade ekspo barangan yang baru semalam bermula, jadi hati kecik koi kata, ada modal koi nak nulis pasal program yang ade kat sini untuk diuar2kan kepada rodong2 berdekatan.
Lepas je makan, koi pun startlah keta vios koi pegi sana. Cadangnya nak ninjau2 je taklah hasrat nak belipun.
Lalu je gerai mula2, koi nampak ade barangan beg dan eksosori tali pinggang. Cantik sangatlah kata koi sebab memang koi bercadang sangat nak gantikan tali pinggang koi yang dah uzur tu. Lepas te pulak, koi nampak poch yang bergantungan kat tepi tu. Koi pulak memang bercadang juga nak beli poch....jadi tak semena2 habislah duit koi RM 32 beli kedua2 barang tersebut. Walaupun barang tu bukan yang ori, tapi bagi koi padanlah dengan harganya dan kalau koi pakai yang ori pun, takde sapa nak muji pun. Bagi koi biar barangan tu sesuai dipakai dan padan dengan koi.
Lepas tu, koi musing2 lah sekitar sambil tangkap gambor sebab nak masukkan dalam blog ni. Sampai pulak kat sebelah sana, koi tengok ade pulak jualan kasut kat situ. Pas tu pulak ramai pulak peneroka2 yang sedang membelek2 kasut. Koi pun saund kat diaorang " ni nak beli kasut ke atau nak ngorat orang yang jual kasut tu" . Yalah sebabnya peneroka kat sini memang dah kenei dan biasa dengan koi. Setakat gurau gitu, takde masalah bagi mereka.
Belek punya belek, kenan pulak kat satu kasut tu. Nampak cantik sebab baru, tapi koi tahu bukannya kulit. Koi tengok lebel harga kat bawah...Masyaalah bapok le mahalnya sampai RM 245 sepasang. popaleh kata koi, ngape mahal sangat gitu. Sorang pakcik tu kata yang tanda harga tu saja yang mahal, kasutnya murah sangat..dalam sekitar RM 30.00 je sepasang.
Yang koi ni memang perlu sangat kasut nak gi ngajor. Kasut yang koi pakai tahun ni pun koi beli kat bundle je, dan dah nak rosak. Jadi, disebabkan ade peluang, koi belilah sepasang kasut tu dengan harga RM 22 setelah puas koi tawar menawar dengan awek yang jual tu.
Jadinya....sempena ekspo ni, dan kali pertama koi ziarah dah habis RM 54.00. Esok lusa tak tahu lagi. Tu belum bawak anak koi 3 orang tu....kalau bawok dan nampok pulak barangan mainan yang pelik2 sikit....aih....kena keluar duit lagi le gayanye.
Tapi takpe...kalau bukan orang macam koi yang beli, sape lagi...sian diaorang. Datang jauh2 semata2 nak cari duit. Pas tu dahlah selama lebih kurang sebulan niaga cara gitu terpaksa mengharungi kehidupan yang tak tentu arah. Nak mandi, tidur, makan sememangnya susoh. Bukannya ade hotelpun kat sini.
Lagipun barangan yang dijualpun bukanlah dengan harga yang mahalpun. Kira2 nya padanlah dengan golongan sederhana yang ade kat sini. Lagi satu, kalau ade barang yang kta berhasrat nak beli. tok soh pegi jauh2 beli aje kat sini, sekurang2nya jimat duit isi minyak keta.
Gambo kat atas tu, beberapa gerai yang menjual barangan keperluan.
Ni hah gambo kasut yang koi beli tadi. Nak katakan lawo tu, memang bagi koi lawo tapi tak tahu berape lama tahan dipakai.
Sekian...
No comments:
Post a Comment