Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Koi ade pembantu..

Salam...

Pagi isnin baru2 ni sewaktu naik ke pejabat sekolah, PT sekolah koi perkenalkan seorang gadis yang akan bertugas menjadi pembantu koi dalam urusan berkaitan dengan Schoolnet di sekolah ni sehingga penghujung tahun depan.

Mulanya koi terkejut jugalah sebab selama ni tak penoh2 ada orang yang membantu selain juru teknik komputer yang memang koi dah jangkakan akan dapat sorang. Tapi kali ni koi begitu teruja sebab tiba2 ada jawatan gitu yang diperkenalkan semata2 membolehkan pelaksanan ICT kat sekolah Purun ni lebih berkembang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, koi tanya nama jawatannya dan bidang tugas yang dia boleh bantu. Katanya, dia bukan staff Kementerian pelajaran, tapi staff kontrak dari Kementerian Penerangan yang ditugaskan sebagai Fasilitator Schoolnet khusus membantu perlaksanaan Shoolnet kat sini. Menurutnya, sebab dia dapat kerja tu disebabkan pakej rangsangan ekonomi untuk siswazah menganggur yang diperkenalkan oleh kerajaan baru2 ni. Hanya sekolah terpilih sahaja yang akan dapat pembantu seperti dia.

Jadinya, molek sangatlah kata koi. Sekurang2nya bertambah senang pulak kerja koi kat sekolah ni.

Koi tengok dia selama seminggu ni, memang jenis orang yang boleh buat kerja dan minat bekerja. Disebabkan itulah koi kerap bawa budak2 kelas koi ngajar masuk kat makmal dan suruh dia bantu dan adakalanya suruh dia yang ngajar mana yang boleh sementara koi buat keja lain.

Satu lagi, disebabkan Pusat Akses sekolah koi nampok agar sepi sikit, jadi bolehlah si Iman ni (nama dia) jadi pembantu kepada Haris (juruteknik komputer) untuk menceriakan lagi serta menjadi penyelaras dan bertugas mengawas hingga sebelah petang. Kalau tidok, sebelum ni takde sape yang datang nak mengawasi pusat tu sebelah petang, tu yang jadi komputer banyak yang jahanam .

Selain daripada membantu bebudak belajor kat makmal, dia juga boleh membantu guru2 berkaitan dengan ICT sama ada memberi latihan ke, menolong masukkan data ke, atau kerja2 yang sesuai dengan kebolehan dia. Kira2nya semua warga sekolah akan mendapat manfaat dengan adanya dia, tapi setakat ni, yang hanya koi nampak ialah lebih tertumpu kepada makmal komputer dan pusat akses je dulu.

Mungkin, cikgu2 kat sekolah koi ni belum berminat atau segan menyuruh Iman ni membantu. Dan mungkin peranan koi menyebarkan kewujudannya untuk membantu belum lagi terlaksana. Ialah kan, baru seminggu, biarlah dia serasi dulu dengan iklim sekolah ni. Lepas ni, mungkin banyak guru2 berminat membawa bebudak masuk makmal dan minta dia bantu.

Kalau sebelum ni, hanya beberapa orang guru je yang suka bawa budak masuk makmal sedangkan pasarana di makmal sekolah koi ni antara yang terbaik berbanding dengan makmal2 di sekolah lain. Sekarang ni semua komputer berfungsi dan boleh digunakan untuk P&P.

Koi sebenarnya rasa pelik dengan sambutan guru2 kat sini. Budaya ICT yang koi heboh2 kan selama ni nampaknya kurang menjadi. Mungkin koi terpaksa guna cara lain bagaimana nak menarik guru2 bawa murid guna makmal untuk P&P. Sedangkan kalau dengar cikgu dia nak bawak masuk makmal, bapok le sukanya bebudak, sampai berlari pun ade sebab seronok sangat.

Mungkin lepas ni, koi akan minta GB memberi sedikit penegasan kepada guru2. Kalau dapat sorang guru tu biarlah sekali seminggu pun cukuplah menggunakan makmal komputer.

Koi sebenarnya sian sangat kat bebudak tu. Penah koi tanya murid dalam sesuatu kelas ngape tak penah langsung masuk makmal, diorang cakap cikgu taknok bawok. Che gone gayenya gitu hah...bukannya salah murid, tapi salah cikgu. Gamoknyalah mungkin cikgu tu fobia kot kat ICT ni.


Jadi, lepas ni, kalau cikgu2 nak guna makmal, cukup mudah...sekurang2nya Fasi Schoolnet yang ada kat sekolah ni taklah duduk releks aje dan boleh membantu mengembangkan lagi budaya ICT kat sini. Lagipun selaku Penyelaras Bestari, koi begitu mengharapkan agar budaya ICT di sekolah ni dapat berkembang dengan pesatnya.

Ni dia gambor si Nurul Iman tu....kira2nya jenis sempoi jugaklah orangnya..

Ni, gambar juruteknik komputer sekolah koi yang juga datang bertugas pada hari yang sama dengan Fasi Schoolnet tu . Duduk Sungai petani nu hah...bapok le jauhnya, tapi dah kena bertugas kat sini....tak boleh buat ape2 terima ajelah... Si Haris ni kira2nya boleh lah buat kerja sebab dah ada pengetahuan ICT dan tugas koi adalah mengajarnya bagaimanan nak uruskan ICT kat sekolah ni secara terancang . Lepas ni, banyak kerja2 yang koi biasa buat dulu, akan diambil alih olehnya.

Sekian..

No comments: