Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Hari yang meriah kat sekolah.

Salam...

Hari ni kat sekolah Purun dibanjiri penjaga dan pelajar Tahun 1 dan Pra sekolah hanya utk satu tujuan iaitu membuat pembayaran bayaran persekolahan, ambil buku teks, taklimat penjaga dan orentasi pelajar.

Ada penjaga seawal 8.00 pagi dah tercongok kat sekolah sebab tak sabar2 membuat pembayaran walaupun kaunter masih belum dibuka.

Mengikut tinjauan yg koi buat, ramai jugalah penjaga yg betul2 tak mampu membuat bayaran penuh dan hanya membayar separuh atau paling tidakpun menjelaskan harga buku tulis spt mana yg disaran oleh guru kelas.

Bagi peneroka, bonus yg dijanjikan pihak Felda sebanyak RM1200.00 masih lagi belum diterima sedangkan sekolah akan dibuka entah berapa hari lagi.

Rungutan peneroka cukup jelas kedengaran tetapi pihak Felda seperti ambik endah tak endah dengan setiuasi yg berlaku.

Nasib baik pihak pengurusan sekolah faham akan masalah peneroka dan boleh bertolak ansur walaupun sedikit sebanyak menambahkan lagi bebanan tugas guru yg merangkap sebagai akauntan.

Tadi juga, salah seorang rodong koi tak semena2 minta pinjaman duit dari koi untuk membeli buku sekolah anaknya seramai 2 orang kerana katanya terlalu sesak. Disebabkan koi juga dah banyak perabih duit, jadi hanya sedikit aje yg mampu koi hulur buat meringankan bebanan dia.

Mungkin hari ini hari dia, esok lusa entah2 koi pulak minta pertolongan drpd dia walaupun bukan berbentuk kewangan.

Walaubagaimanapun, koi sebagai guru mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjaga yang mampu menjelaskan kesemua bayaran persekolahan tanpa berhutang walaupun kita tahu kedudukan kewangan mereka bukan ditahap yg baik tetapi disebabkan tanggungjawab dan mengambil berat soal pembelajaran anak2, mereka tetap berusaha

Lagipun jumlah pembayaran bagi seseorang murid semuanya melebihi seratus ringgit. Manakala bagi tahun 6 hampir menjangkau RM300 untuk seorang.

Bagi yang berhutang, diharap2kan dapat melangsaikan hutang tersebut secara beransur2 dan jangan biarkan anak2 menumpang di atas pemberian orang lain.

Buat guru2 merangkap akauntan di awal2 musim persekolahan, ni harap bersabar dgn kerenah penjaga yang kadang kala memeningkan kepala kerana sesetengah tu hanya pandai bercakap di kedai kopi tetapi apabila diminta bersemuka dan berbincang dgn pentadbiran sekolah langsung tak berani.


Suasana di kantin sekolah yg menjadi kaunter pembayaran pada hari dipenuhi penjaga yang rata2 memberikan senyuman yang kelat. Hinggakan ada yg tak berapa nak senyum apabila ditegur.

Buku teks juga diedarkan kepada penjaga supaya proses P&P pada hari pertama persekolahan berjalan lancar spt mana arahan Kementerian Pelajaran Malaysia kpd semua sekolah.

Taklimat kepada penjaga Tahun 1 dan Pra sekolah juga diadakan bertujuan memberi info dan maklumat berkenaan perjalanan kelas2 tertentu yang melibatkan anak2 mereka. Di samping itu juga borang BMM turut diedarkan bagi tujuan data SMM.


Ini gambo anak koi yang bakal memasuki Tahun 1 dan Pra sekolah. Disebabkan kome dtg awal, jadinya koi suruh tunggu kat kantin sekolah sementara menantikan orentasi berlangsung.

Sekian...

7 comments:

Pengembara silam, said...

Meriah bete suasana tu aji..Biasalah ibubapa..Kadang2 tu takde mende nak dicakapkan, saje2 nak bercakap..

Hanisham Ab Halim said...

Merioh wehhhh.. Anok koi kecik2 lagi. Sampai mase nnt merase jugek koi dengan suasana tu...

Kakcik Seroja said...

Sabarnya dak kecik dua orang tu tunggu ayah dia :)

Relevan said...

Pastikan cikgu..jgn bagi mak bapak murid2 culas untuk membayar yuran..dia orang dapat bonus felda bagi..

Aku Anak Pahang said...

Sakit berlake kita mekala bergaji kecik nei macam bender nok dibayarkan... tahan juga org felda dpt RM1200.00 kita dpt RM500.00 je bayor mula dulu lebur aje , bayar kali kedua hapok tak jadi bender kena tokok lagi huhuhuhu...

saharul said...

sabo je yassin...gonekan, tak mampu sekarang nanti dah ade duit bayor lagi...kat sekolah ni bila berhutang tak dikenakan faedahpun....

Yg bab culas bayor yuran ni pun ada kat sini...bukannya takde duit, tapi duit tu habis utk berjoli je....pelajaran anak2 pakat abaikan je...

Redz da Tsar said...

Hehe.. Kalo hok sekoloh asrama lagi parok gune duit.. Mboh 500 sekepala... belum campur koperasi la, barang alat tulis la dsb...