Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Tahun baru dan tarikh hari lahir..

Salam...

Dalam beberapa minit lagi maka seluruh dunia akan menyambut tahun baru. Dan dalam masa yg sama umur koi juga akan bertambah dari 36 tahun ke 37 tahun...

Cuma yg menjadi persoalan dalam kepala ni, betul ke koi ni betul2 dilahirkan pada 1 Januari spt mana yg tercatat dalam surat beranak.

Koi lupa sokmo nak tanya mak koi perihal tersebut, dan koi rasa bukan tahun baru yg sebenarnya koi dilahirkan, mungkin hari2 sebelum itu. Kemungkinan tarikh lahir koi disembunyikan supaya koi lebih muda dari usia sebenar.

Sebabnya zaman dulu, kebanyakan anak dilahirkan di rumah berbidankan bidan kampung. Selepas lahir, barulah si ayahnya membuat report ke balai2 polis berhampiran.

Dan ada sesetegah penjaga tu sengaja menyembunyikan kelahiran sehingga bertahun2 kerana tiadanya peraturan ketat pada masa itu.

Yg koi ni, betul2 konfius, bila tarikh sebenar koi dilahirkan.....dulu semasa Allahyarham ayah koi masih hidup, koi tak berkesempatan bertanyakannya...

Kot manapun, nak taknak, koi terpaksa terima realitinya bahawa setiap hari pertama tahun baru adalah merupakan tarikh hari lahir koi juga.

Dan sebagai manusia yg bergelar insan, koi tetap bersyukur kerana masih berkesempatan meneruskan hidup dan memperbaiki diri supaya menjadi insan yg lebih baik...Insyaalah..

Dan juga sempena hari lahir dan juga tahun baru yang tinggal dalam beberapa minit lagi, koi berazam akan cuba mengubah diri ini supaya lebih dekat kepada Allah SWT.....

Amin....

10 comments:

al-mankaraqi said...

salam cekgu......selamat hari lahir.

akok koi pon samer ngan awok. ketnyer dia memang lambat daftar, polis ter tulih tarikh lahir ikut ari daftar ter..........hehehehe

mazru said...

selamat tahun baru dan selamat hari lahir..pasni tiap kali tahun baru teringat lakoi kat aok nye

zamtavac said...

Hj Jang kawan juga macam tu tarikh lahir kawan kat suratberanak 1.7 tapi hakikatnya 22.6 cuma hari je same....

saharul said...

salam rodong dan selamat menyambut tahun baru...

koi rasa bukan koi sorang je yg mengalami kes gitu....rata2 rodong koi yg sebaya dan lebih tua gamoknya takde sgt yg tepatnya tarikh lahir dlm surat beranak dan tarikh yg sebenarnya...

Skrng ni, kalau lahir kat hospital...memang tepat le sebab semua direkodkan..

Pengembara silam, said...

Aji Jang..Sori terlewat nak ucap hepi besday..

Unknown said...

Salam Cikgu. Kalaulah tarikh itu tidak tepat, manakah tarikh cikgu pilih. Lebih tua atau lebih muda? Selamat tahun baharu 2010 kepada cikgu dan keluarga.

abu muaz said...

Selamat bertambah usia cikgu jang.

Aku Anak Pahang said...

Selamat hari lahir ke 37 dan selamat tahun baru juge drp kawan...moga hari-hari kita terus diberkati jua. Amin.

Relevan said...

Salam tahun baru Cikgu Hj..Slmt hari lahir..sama tarikh dengan anak kawan..derjah 5..dia lahir 01.01.2000..

Banyak yak gambo aok te..tak riso ke cikgu nanti ramai yang berkenan kat aok..hehe!

Che' Pit said...

ooo cgu jang 1 Januari..
sy 2 Januari..
kalau dekat leh potong kek sesama, ngeh ngeh ngeh..

tapi cheq mmg tepat lahir 2 Januari.. mak cheq yg habaq ler..

hmm cheq dah pindah rumah la ni ke http://che-pit.blogspot.com.. tahun baru, umur baru, rumah pun baru, ngeh ngeh ngeh..