Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, December 9, 2009

Cerite tak penah sembahyang subuh...


Salam...

Lupakan pasal kebun sawit, lupakan pasal nahan jaring, lupakan sebarang masalah yg tak penah2 habis...

Musim orang kawin ni ande satu kisah .....tapi bukan kite2 ni, ni mungkin orang lain kot...

Al kisahnya.....Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi..


** Tapi itulah hakikatnya.........ramai umat islam kat malaysia ni tak sembahyang subuh ....harap2 kite dan keluarga tidak termasuk dalam senarai tersebut...***

Wassalam...

10 comments:

Aku Anak Pahang said...

Maru mekala jadi gitu...malu dapat sempor dpt... kawan bimbang mamat te..mandi junub pun x reti ah baru maru betul....

Pengembara silam, said...

Kalu kene ke kawan..dah lame terjun ikut tingkap..besor kemaluan tu..

Redz da Tsar said...

Heh... Bale... Banteinye subuh 4 rakaat? Hish

saharul said...

Tu sembahyang subuh...kat sini ande insan tertentu tu solat Jumaat pun tak penah pegi....sesetengah tu waktu org sibuk2 ke masjid, die masih lepak kedai kopi lagi....org dah balik masjid, tengok ande lagi tercogoh kat kedei te...
Entahlah.....Dunia semakin moden tapi manusia semakin ke belakang...

Nasib baik bukan adik beradik....kalau adik koi lama dah kena hamunnya...

mazru said...

pandir budak mamat ni..

endiem said...

kesian dia

hai said...

hmm..buat apa pun kalo sekadar nak menunjuk2 mesti akan terkantoi juga!!

Idi said...

Itu baru subuh. Kalau Zohor mau lapan raka'at tuh...
Hahahahaha...

Kakcik Seroja said...

Cikgu..

lebih malang, skrg ni ramai anak2 melayu yang beragama Islam.. tak tahu mengucap dua kalimah syahadah.. :(

Hanisham Ab Halim said...

Dunia dah makin teruk. Palings sedih bila tengok surau atau masjid waktu subuh...