Malam tadi Alhamdulillah koi dan beberapa orang rodong berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu anjuran WAPS Purun di salah seorang rumah ahli Waps..
Dalam majlis ilmu tersebut yg ada takzirah yg disampaikan sendiri oleh ketua cawangan Purun iaitu Ustaz Mohammad. Tajuk tazkirah khusus menceritakan kepentingan menjaga Solat.
Yang koi tertariknya, ilmu yang disampaikan oleh ustaz Mat tu bab rahsia bagaimana hendak khusyuk dalam solat.
Memang koi akui, solat yang dijalankan kadang kala hanya melepaskan tanggungjawab dan amat susah hendak khusyuk sepenuhnya.
Jadinya untuk kita yang bukan ditahap orang2 yang tinggi ilmu dan hampir dengan Allah SWT ni, katanya salah satu cara hendak khusyuk semasa solat ialah :
1. Semasa mengangkat Takbirratulhirram, mestilah serentak sebutan dengan pergerakan tangan.
2. Berdiri tegak dan sedikit membongkokkan badan untuk mata kita memandang tepat ke tempat sujud. Kalau boleh pandangan kita hendaklah ke arah itu saja dan jgn mengalihkan pandangan ke tempat lain.
3. Gunakan mata hati dengan memandang tempat sujud membayangkan kita mengadap Allah SWT dan pandangan mata hati kita tepat ke arah Kaabah kerana di situlah kiblat kita.
4. Di samping membaca surah2 dalam sembahyang, hati hendaklah sentiasa berzikir dengan menyebut nama Allah SWT.
5. Perkara utama yang perlu kita kuasai ialah memahami setiap bacaan yang terdapat di dalam solat tersebut.
Tapi, kata dek ustaz tu, bukannya senang nak sampai tahap yang sebenar2nya khusyuk kerana kadang kala hati kita ni tidak sepenuhnya bersih, tetapi sekurang2nya fikiran kita tidaklah melayang ke tempat lain semasa menunaikan solat.
Sebenarnya banyak lagi rahsia hendak khusyuk dalam solat ni. Yang di atas itu adalah sedikit ilmu yang kome dapat semasa majlis ilmu itu semalam dan memang koi berniat hendak sebarkan buat rodong2 agar sama2lah kita menjaga solat supaya diterima Allah SWT mudah2an.
Kerana Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya "Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".
Sekian..
8 comments:
salam cekgu,
terima kasih atas perkongsian ilmuini. Koi share kan pulok dengan rodong2 kat wall pesbuk koi.
terima kasih!
molek benor apa yg aok tulis nie...moga2 solat kite diterima oleh Allah.
Insyaalah....semoga ilmu yg sikit ni mendatangkan manfaat yg banyak buat kite semua...
"Tidak akan sempurna seseorg insan itu sehingga sempurna solatnya" Bertapa solat itu amat penting utk kesempurnaan sebuah kehidupan.
Apa yang paling penting dalam solat ialah keikhlasan...
dan kesabaran...
Koi setuju mat..kene jaga solat.. Mende pertama dikira..solat..Lepas solat..bereh semua..
mohon izin tuk kongsi...terima kerana berkongsi ilmu..
Post a Comment