Hari ni, Sabtu kalau ikutkan cuti umum, tapi disebabkan nakkan raya lama sikit, jadinya pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan semua sekolah menggantikan hari Jumaat minggu raya tu nanti dengan hari ni. Setakat ni dah dua hari cuti ganti diadakan bagi membolehkan murid2 dan guru bercuti selama satu minggu pada hari raya Aidilfitri nanti.
Jadinya, pihak pentadbiran sekolah koi, gunakan hari ni menjalankan program RIMUP dengan mengadakan gotong royong bersama masyarakat setempat. Gotong royong ni melibatkan guru2, murid2 dan penjaga sekali. Bagi koi, ia sesuatu yang molek sangatlah sebabnya, dengan adanya aktiviti macam tu sekurang2nya sekolah koi ni nampak sedikit perubahan serta mempercepatkan aktiviti yang dirancangkan oleh guru2.
Untuk menjadikan program ni berjalan dengan baik dan meriah, GPK Hem sekolah koi dah buat perancangan yang teliti termasuklah jawatankuasanya, alatannya dan apa sajalah yang ada kaitan dengan program ni.
Lepas tu pulak sebelum nak mulakan aktiviti tu, kome semua diarahkan mengikuti aktiviti senamrobik, sebagai satu mukadimah sebelum memulakan kerja. ialah, sekolah kome ni sokmo gitu, kalau ada je aktiviti yang guna tenaga sikit, memang nak mula dengan senamrobik, maklumlah tukang jadi instrukturnya ramai dan mahir2. Apa lagi, terpaksalah ikut rentak diaorang. Disuruhnya menari, menarilah tak kira cikgu lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, kena belaka. Koi buat juga, tapi sekejap2 ajelah. Alasannya koi nak ambik gambar jadikan koleksi.
Selepas aktiviti senamrobik tu, HEM bagi taklimat untuk aktiviti seterusnya. Murid2 diarahkan bersihkan kelas masing2 dengan bimbingan guru kelas, penjaga lelaki mengecat dewan , penjaga perempuan pulak isi tanah dalam polybag, Pas tu pulak beberapa guru dan murid turut mengemaskini bilik2 khas seperti bilik tayangan, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik BOSS, bilik gerakan dan lain2 yang ada kena mengena dengan bersih membersih.
Oh ya, bagi koi aktiviti tadi ni berjalan dengan baik, dan kat bawah ni koi sertakan beberapa foto yang berkenaan.
Semangat cintakan kebersihan merupakan satu nilai yang terpuji.,elok dididik dari peringkat awal kanak2 lagi.
Tengok sendirilah berapa kerat penjaga yang sanggup meluangkan masa menghadiri program sekolah.
Penjaga perempuan, kebanyakannya adalah generasi kedua, letih jugaklah diaorang bubuh tanah dalam polybag tu, bapok le besornya.
GPK Pentadbiran sekolah koi, Cikgu Sabri memang berbakat melukis mural ni, tu sorang2 je buat tu......kira2nya koi tabiklah kat dia..
Lepas penat buat kerja, makanlah pulak, pihak sekolah sediakan menu yang koi kira bagus sangatlah iaitu nasi lemak, kuih 3 jenis dan air teh o... banyak lebihnya makanan tu sebab anggaran penjaga yang hadir 100 lebih...tapi......
Sekian dari koi untuk hari ni.
Sekian dari koi untuk hari ni.
2 comments:
sabor ajelah haji jang nak wat guane
salam,
cikgu roslan tue xnampok pun buat kerje...nampok tgh nyedok makanan jer he he he
Post a Comment