Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, June 5, 2009

Sekali sekala jumpa saudara mara

Salam...

Baru2 ni, kome gi rumah Mokde yang dah pencen jadi bidan kerajaan. Hari Rabu malam Khamis baru ni kome sekeluarga tidur kat rumah dia sebab dia buat kenduri doa selamat duduk rumah baru dia kat Bukut Cermin, Mentakab.

Yang ada masa tu, selain keluarga koi, abang koi sekeluarga, mak, Manan, Mom sekeluarga, Pakteh sekeluarga, Piktang sekeluarga, Ayahandak sekeluarga, Wan, dan Wan Cu.

Malam tu pertama kali tidur kat rumah dia dan pada paginya kome pun balik. Yang bestnya, walaupun keluarga kome ni taklah duduk jauh2 sangat, namun nak berkumpul bersama pada satu masa bukanlah mudah kerana masing2 dengan hal sendiri.

Gambar kome beramai-ramai
Anak koi berada di hadapan rumah Mokde
Koi dengan Hazim
Bergaya di atas tilam angin yang koi beli kat Gian
Mak koi, Mom, Kak Ma, Wan Cu, Wan dan Udin
Anak Ayahandak ( Shahira) , Ayahandak, dan Udin
Mak Teh dan anaknya kat dapur
Isteri koi sibuk juga kat dapur masa tu


Selain dari keluarga sebelah koi, pada hari Khamisnya kome balik pulak rumah mak kome kat peringkat 2 di Mayam. Kebetulan pula ada kakak ipar koi yang tinggal kat Pontian ada balik. Adik ipar koi Ali pun ada balik juga. Yang si kakak ipar ni, telah belikan kepada bebudak tu sepasang baju Upin & Ipin. Maka gamat lah suasana dengan keseronokan kerana dapat baju tersebut. maklumlah anak2 kome ni minat sangat kat kartun tersebut.

Gambar sepupu-sepupu anak koi.....Emirul, Afham, Razan, Haris, Hazim, Husna, Ahmad

Sekian...

No comments: