Ass Salam....
Bertolak jam 2.30 petang semalam, sampei je kat Pondok Awang ( lokasi tebing Sungei Serting tempat seorang peneroka F. Mayam buat pondok kat situ), tengok air sungei masih lagi besor dan deras arusnyer.
Jadi, kome ambik keputusan menghale ke jambatan bising ( kswn di mana ada jambatan yang berbunyi bising apabila ada kenderaan menglaluinyer).
Tengok air kat sunegi situ, same jugak....deras arusnyer. jadi kome pakat2 tahan kat satu alur parit besar yang dibina ascalator untuk mengalirkan air di kawasan itu ke Sungei Serting.
Tempat tu, kalo tengok memang tak caye ade ikan, keknyer kome pernah dapat hampir 20 kg bile nahan jaring situ baru2 nih.
Air yang paras2 pinggang campur selut, sedang molek le kome meraduk air pasang jaring sepanjang parit tu.
Jadinyer, setelah tengok hasil 2 kali, malam dan pagi tadi...........dapat le lebih kurang 14 kg ikan pelbagai spesis.
Yang koi pujinyer, ikan kat sungei Serting nih memang sedap berbeza dgn tempat2 lain yang penah kome kunjungi.
Persiapan hendak bertolak.
Kawasan lapang tempat dirikan khemah.
Siap sedia untuk turun ke air..
Mase menunggu malam menjelma di samping menunggu lauk dimasak.
Menu makan malam, ikan sungei jemur kering dgn gulai lemak tempoyak ikan sungei serting.
Kawasan alur parit yang memanjang.
Sebelah pagi setelah habis jaring ditating.
Hasil tangkapan yang agak kurang....berbanding sebelum nih.
Tapi ikan bandaraya atau cuci cermin nih, memang banyok...
Aktiviti kedua, kome singgah di hutan Ramsar tepi jalan menghala ke Tasek Bera untuk mencari akar tongkat ali dan periuk kera.
Kat sinilah kome berenti tepi jalan sebelum masuk ke hutan berdekatan mencari tongkat ali.
Pokok tongkat ali yang banyok tumbuh kat situ tanpa disedari oleh orang asli. Kalo asli tahu, habis diambiknyer untuk dijadikan duit...
Dan akhirnya dapat jugak le sikit akar kayu tu dan sekali kome ambik akar pokok selada yang berbau macam bau sarsi untuk buat ubat kuat..
Seterusnya kome jejak pulak kawasan tumbuhnya periuk kera untuk dibuat l
emang periuk kera ( klik teks tu untuk ketahui lebih lanjut).
Contoh yang tumbuh kat kawasan pokok.
Tapi paling banyok, yang tumbuh melata kat tanah.
Sambil2 tu cuba2 ambik benih kot boleh ditanam untuk tanaman hiasan.
Inilah yang kome dapat kutip di kawasan tepi jalan tersebut. Dan insyaalah, tak malam nih, malam esok, meraselah kome makan pulut yang dimasak di dalamnye. Makan pulak bersama ikan sungai salai dan ikan potok perkasam.
Dan nak jadi cerita, pagi tadi sedang kome menanggalkan ikan, ade sorang mandur kat Felda Plantation situ berborak pasei tempat2 banyok ikan di sungei sini.
Dan itu merupakan berita baik buat kome sebab senang nak dapatkan maklumat tentang keadaan air sungei situ drpd segi kesesuaian menahan jaring di samping boleh kome ikut dier ke tempat2 yang potensi ikannya banyok serta besor dan ikan mahal2....
Insyaalah, kalo takde aral melintang cuti sekolah seminggu ni nati, kome ke sana lagi....
Sekian....