Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

Kisah si anak kecil dan seketul batu..

salam...

Bulan yg mulia nih marilah kita berfikir sejenak ..............

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Sekian.....

3 comments:

terokai seni said...

tak mboh disamannya yerk... maklum le sekarang ni bule jadik kaya dengan menyaman orang je kijanya

zulkbo said...

salam..
kisah nasihat ni..
terima kasih berkongsi
moga aok sihat selalu cikgu
selamat menyambut kemerdekaan
negara kita-53

Muhamad Najib said...

Asalamualaikum cikgu Jang, saya pernah mendengar suatu cermah yang menyatakan bahawa jika engkau kejar dunia maka akhiratmu akan lebih laju untukmu kejar,tetapi jika engkau mengejar akhirat maka dunia akan membuntutimu. Demikianlah seperti mana yang telah disampaikan oleh dr fadzilah kamsah. Kalau difikirkan secara meluas memang ada benarnya. Apabila kita saling berlumba-lumba mengejar hal-hal duniawi kita akan lupa dan lalai akan adanya janji Allah. Kita lupa bahawa udara yang kita hirup ini milik-Nya,kita lupa bahawa ilmu yang ada didada ini bukan milik kita, kita lupa sujud 5 waktu sehari dengan alasan yang kita sibuk dengan hal-hal yang lebih penting, ini adalah antara sebab mengapa dunia akirat itu semakin jauh meniggalkan kita. Jika sekiranya kita mengejar akirat pula sudah pasti hal duniawi akan mengekori kita.membuat suruhan Allah dengan ikhlas tanpa mengharapkan pahala adalah lebih baik dan sudah pasti dengan cara sedemikian insyallah ramat dari Allah akan wujud dan segala hal duniawi kita akan bertambah ringan. Seseorang itu tidak dinilai oleh Allah dari segi berapa banyak amal yang dibuatnya tetapi dari segi betapa ikhlasnya hati kita melaksanakan suruhanya. Kalau amal yang banyak kita buat tetapi terselit dihati perasaan bangga dan ingin mendapat nama,nescaya usahanya sia-sia. Mengenai perihal terburu-buru dalam hidup ini nabi Muhamad bersabda 'tergesa-gesa itu adalah kebiasaan syaitan kecuali pada 5 perkar 1.Mengahwini anak perempuan jika sudah cukup masanya 2.Menjelaskan hutang sesuai dengan batas masa yang telah ditetapkan 3. Mengebumikan jenazah 4. Menghormati (menyambut) tetamu 5. Bertaubat'