Salam....
Tengah hari tadi berakhir sudah aktiviti perkhemahan kat SK Purun dengan lancar dan penuh bermakna. Terutama bab kerjasama antara guru dan staff serta pengalaman berharga buat peserta.
Tidak lama lagi, semua warga sekolah Purun terpaksa menyibukkan diri dengan aktiviti kejohanan olahraga yang saban tahun diadakan. Cadangnya kali ni, kejohanan tersebut akan diadakan secara besar-besaran....Dan yg pastinya kome warga sekolah terpaksa berkorban masa dan tenaga sekali lagi demi anak didik...
Semasa persembahan peserta malam tadi, ada mengisahkan pasal seorang pemuda yang tidak pandai bersolat dan buta agama...
Mungkin bertolak dari kisah tu, koi pernah mendengar kisah yang biasa disampaikan oleh penceramah2 agama bagi menghilangkan ngantuk hadirin.
Kisahnya pasal 3 orang mat fit yang singgah bersolat di sebuah surau sewaktu dipindahkan ke salah sebuah pusat serenti.
Sewaktu masuk waktu zohor, van polis yang membawa beberapa orang penagih dadah yang baru ditangkap singah untuk bersolat di sebuah surau sebelum meneruskan perjalanan.
Kebetulan pula semasa itu hanya ada tok imam sahaja yang ingin bersolat di suarau tersebut.
Apabila sudah masuk waktu, Tok imam ni tadi meminta salah seorang pemuda untuk melaungkan azan...
Maka, keluarlah seorang mat fit dengan penuh keyakinan dan bersahaja menuju ke tempat bilal melaungkan azan.
Diketuk2 mice tu kot2 tak berbunyi....dan apabila dah bersedia.......ditarik nafas dulu...dan...
" Allah Taala......................Allah ...........Taala.........."laung si pemuda tadi dengan penuh berlagu dan dengan suara yang nyaring....
Apabila dengar je pemuda tadi azan gitu.....marahlah si imam ni tadi....disuruhnya berhenti dan terpaksalah imam ni tadi melaungkan azan..............
Kemudian, tiba waktu untuk bersolat Zohor jemaah.. Imam ni dahlah tua dan memang dah tak berapa larat nak berdiri serta mengimamkan solat tersebut...
Tiba untuk Takbiratul Ihram....imam ni tadi dilanda perasaan was-was hingga sampai 4 kali cubaan dan masih tidak berjaya..... maka terdiam sebentar si Imam ni tadi kerana hatinya masih belum tenteram untuk khusuk mengadap Allah SWT.....
Apabila agaknya lambat untuk memulakan solat, keluar pemuda kedua ni mengofferkan diri untuk memimpin solat tersebut....
Diberikan laluan oleh imam kepada pemuda itu...
" Bismillahhirahmannirrohim".... sebelum memulakan niat ...(senyap seketika).....................
Allah Huakbar.....sambil mengangkat takbiratul Ihram dengan penuh gaya dan penuh tertib..
Dalam beberapa saat.......tetiba aje pemuda tadi ni menoleh kebelakang sambil berkata kepada pak imam...
" Hah tengok imam macam mana gua buat.............sekali aje "....sambil menunjukkan isyarat menggangkat jari telunjuk mengatakan yang dia hanya sekali je melafaskan takbiratul ihram tu.....
Panas hati lagi si Imam ni. mana boleh tengah bersolat berkelakuan begitu rupa....Dan supaya tidak membuang masa pak imam meminta orang lain pula menjadi imam....
Keluar pula seorang pemuda ketiga.....
memang bagus betul si pemuda ketiga ini mengimamkan solat zohor. Dari mula hingga ke salam terakhir semuanya penuh tertib.
Bangga betul si imam ni dan selesai sahaja imam ni memimpin doa, berkatalah si imam kepada pemuda tersebut sambil memuji kehebatannya boleh menjadi imam berbanding dengan orang lain yang ada kat situ.......
Lalu dijawab penuh merendah diri........." Terima kasih la Pak Imam kerana memberi pujian. Saya ni memang hebat sebenarnya........itu belum lagi ambil air sembahyang lagi tu...kalau tak gerenti semua lebih kyusuk lagi bersolat...."
Dengar aje jawapan pemuda tadi tu.....dengan hati yg hiba ....pak imam ni tadi kembali semua ke tikar sembahyang untuk menunaikan semua solat zohor kerana pasti solat tadi tidak sah apabila pemuda tadi berkata
" Itu belum ambil air sembahyang lagi tu"....Kalau tak....
Jadinya.....walaupun kisah tersebut hanya lawak untuk menghilangkan ngantuk...tetapi secara realitinya....pada zaman sekarang ni betapa ramai pemuda dan anak2 yang tidak pandai menunaikan solat.....
Sekian.......
9 comments:
salam cikgu..penat jgk kem ni...yg plg seronok, saya la sbb br first time arrange budak2 kem..sblm ni just pergi kem, cikgu lain yg uruskan..smpai umah kul 11 lbh td trs tdo sbb dh penat sgt..badan pun lesu..hope ada lg program spt ini yg mana kita dapat didik pelajar utk lbh berdikari..iman..
salam..
mak aih..mmg buta betul tu
buta hati..
Berat amat mengkala dah jadi ginie jgn ditebing weh.. maru jadinya.
Mana pergi polis-polis yang bawa mat-mat pit tu? Depa tak boleh jadi bilal / imam ke?
salam...
hok sebenornye, cerite ni sekadar lawok je...bukan cerite sebenor...hanya selingan bagi penceramah aje buat lawok bg hadirin tak le ngantuk...
kalo nak dipertikaikan cerite ni...memag le x masuk dek akal kite wehhhh...
lg satu, moral die....ajar le anak kite ni bersolat supaya nanti dah besar langsung buta hati macam en. zulkbo tulih tu....
besa dengo bebudok sekarang mengucap pon tak brapa pandei
Ini sah kalau dekat kawan mau dapat pelempang sekor sekor mat pit te.. hehe!
mmg lawak.. senyum simpul CP ngeh ngeh ngeh
toing,toing,toing....kah,kah,kah...
Post a Comment