Salam....
Dalam soalan BM Pemahaman P2 baru2 ni ada satu soalan aras sukar yang berkait dengan soalan simpulan bahasa.
Soalannya mengelirukan hingga koi terpaksa merujuk skema jawapan bagi memastikan mana satu jawapan yang betul.
Soalan yang dikatakan tu ialah mengenai seseorang yang tidak mahu mendengar cakap atau degil.
Antara 2 pilihan jawapan yang mengelirukan ialah antara 'Telinga Kuali' ataupun 'Telinga Tempayan'.
Mula2nya koi sasarkan jawapan 'telinga kuali' sebab itulah pemahaman yang koi faham bagi makna simpulan bahasa merujuk kepada seseorang yang tidak dengar cakap.
Tetapi apabila koi rujuk skema jawapan, jawapan yang sebenarnya ialah 'telinga tempayan'.
Memang pelik jawapannya kerana simpulan 'telinga tempayan' tidak pernah koi dengar berbanding dengan 'telinga kuali' yang kerap kali didengar atau dibaca.
Bagi memastikan jawapan yang lebih tepat, dan tidak mudah melatah serta ingin meleraikan kesangsian, koi terus mencari makna sebenar kedua-dua simpulan bahasa tersebut di dalam internet dan merujuk kamus dewan.
Cari punya cari, rupa2nya jawapan telinga tempayanlah yang lebih tepat sebenarnya berbanding dengan sangkaan koi dan rakan2 yang lain.
Yang menjadikan koi tersenyum sendiri pula, ialah apabila pagi tadi seorang guru BM di sekolah ni menyuruh koi betulkan balik jawapan tersebut kerana beliau sudah bertanyakan guru2 BM di sekitar Felda sini tentang soalan tersebut.
Rata2 mengatakan skema jawapan yang diberi adalah salah dan jawapan yang betul adalah telinga kuali berdasarkan pemahaman sendiri tanpa merujuk mana2 rujukan.
Koi dengan selamba meminta guru BM tadi beritahu balik guru BM sekolah lain tu supaya cari makna sebenar simpulan bahasa dalam kamus dewan ataupun rujukan lain. Jangan hanya tidak pernah mendengar, tetapi cepat membuat andaian jawapan tersebut adalah salah.
Bagi koi, BM ni suatu subjek yang susah sebenarnya. Tanpa rujukan sahih, janganlah kita memandai memberi jawapan yang hanya berdasarkan pemahaman sendiri.
Satu lagi ingatan buat diri sendiri dan kawan-kawan yang lain, janganlah kita bersikap terlampau tahu sehingga mempertikaikan jawapan kawan lain kerana kononnya akulah guru BM yang berpengalaman belasan tahun dalam mengajar subjek ini......
Walaupun soalan tersebut tidak sesuai dengan aras pelajar UPSR, tetapi secara peribadinya, koi tetap solute kepada yang membuat soalan tersebut kerana berjaya mengecohkan bukan sahaja murid, malah dengan cikgu2 BM nya sekali.
Sekian....
Nota kaki :
Telinga kuali - orang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain.
Telinga tempayan - orang yang tidak mahu mendengar.
( Rujukan : Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka )
9 comments:
salam cekgu, koi paham "telinger capang" jer........kakakakaka
salam cikgu
kueh "telinga keling" memng sedap
telinga tempayan..koi tak biasa dengor
la pulok..he he..sowiee boss.
salam sop dan zul...
banyok sgt istilah telinge ni weh....koi dah cakap dah...ramai tak tahu makne telinga tempayan nih... sebab itulah koi rujuk kamus dewan, apa2 hal dulu...
Aji..Dah 21 th gajor ni baru dngor telinga tempayan...Nasib baik kawan ngajor sejaroh..x terlibat dgn isu telinga...hehe
palih koi xpenoh dengor telinge tempayan..
salam cikgu jang.
kwn baru dengo telinga tempayan ni.kalau telinga kuali tu kwn tau la.tu la sebaknye dia merujuk sbg telinga tempayan kot.sbb tempayan takdok telinge,jadi sebak itu die taknok/takleh dengo.
-makne nye pemahaman kebanyakan kite selame ni saloh la yerk...
Kawan bese dgn peribahase mulut tempayan tinge nei jarang laa pulok di dengor hehehe...
baru ni la dengor telinge tempayan.terimakasih atas info ini..
tq cikgu...info yg baik...bm ni memang payoh sebenornya!!
Post a Comment