Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat

Salam...

Cerita pasal solat, betapa ramai remaja malah warga yang dah tua pun tidak mengerjakan solat.

Pernah koi tanya kat seseorang anak murid kenapa tak pandai solat. Jawab si anak murid tersebut, mak dan ayah pun tak pernah bersolat.

Jadi, tidak hairanlah jika ramai orang islam yang tidak bersolat atau mengambil remeh hal solat ni..

Kalau kita renungkan kat luar negara nun, bab solat tetap mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang kita sendiri tidak jangkakan...

Dalam kapal terbang.

Dalam kedai

Kat stesen keretapi

Di tepi jalan

Di padang pasir

Di kawasan pergunungan

Juga di tepi jalan

Di tepi teksi

Di dalam kapal

Dan akhir sekali di Masjidil Haram .......

Jadinya, kalau ada umat islam kat negara yang kucar kacir pun mereka tetap bersolat.....inikan pulak di negara kita yang aman damai ni.....cukup senang dan mudah hendak bersolat. Apatah lagi di setiap kampung2 ada masjid dan sepanjang jalanpun kita akan berjumpa dengan masjid yang khusus untuk umat islam menunaikan solat 5 waktu..

Semoga Allah SWT menambah keimanan untuk kome sekeluarga agar tidak lalai dalam bab solat serta harap2 rakan2n yang berada kat luar sanapun sama...

Wassalam...

8 comments:

Aku Anak Pahang said...

Sesungguhnya solat tu amat berat jika dipandang amat ringan kalau dibuat lebih manis jika dpt menghayati solat itu, kerana didalam solat itu ada ketenangan.

Che' Pit said...

terima kasih atas ingatan..

endiem said...

kalau lambat datang ke masjid pada hari jumaat kena solat di tengah panas.

terokai seni said...

koi time brasa berat (malas-malasan)nak solat.. cepat-cepat baca 'inna solata lakabiratun illa 'alal khosyi'innn', sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk

KETAWA LAH..laughter is the best medicine said...

salam. Saya adalah salah saorang 'silent reader' blog cikgu. Saya suka sebab..informative dan santai..original dan menggunakan loghat yg menarik. Keep it up..selamat berkenalan..

Relevan said...

Salam cikgu Hj..Solat tiang agama..buat lah pahala setinggi manapun..kan tiada apa2 ganjaran jika tidak bersolat..

Lin said...

Benar...semoga kita sentiasa mengingatkan anak-anak kita supaya jangan lupa bersolat.

saharul said...

Salam rodong2....

sama2lah kita ingat mengingati semoga kita mendapat keredaan dariNYA..

Buat puan zaiton...tima kasih le selalu jenguk blog kadang2 merapu ni...kalau dah takde benda nak buat...kadang2 pun teringin jua.....