Disebabkan penduduk di sini rajin bercerita tentang senario masyarakat di sini, secara tak langsung koi dapatlah jugak maklumat mengenainya sama ada di kedai2 kopi ataupun sewaktu melepak rumah rodong..
Kebanyakan cerita yg koi dengar tu bermacam2 versi...ada yang kata gini, ada yang kata gitu dan banyak sangat olahannya sehinggakan koi tak tahu yang mana satu versi asalnya...
Antara peristiwa yang jarang2 berlaku dan telah berlaku sepanjang bulan 2 ni yang koi dengar daripada pemberita bebas ialah:
1. Seorang pengedar dadah telah ditangkap oleh nakotik di rumahnya dan menurut cerita yang koi dengar sebanyak 750 gm heroin tulen telah dirampas beserta duit sebanyak RM 21,000. Terbaru koi dengar pengedar tu telah dibawa ke Penjara Mempaga sementara menanti pertuduhan pada 24 Februari nanti. Pengedar ni memang koi kenal dan merupakan seorang penagih juga..
2. Ekoran daripada itu juga balaci bagi pengedar tu juga telah ditangkap oleh polis di sebuah bilik hotel bersama seorang wanita yang merupakan isteri orang. Yang tak disangkakannya itu, isteri rodong koi tu juga menagih dadah dan sangup meninggalkan suami dan anaknya semata2 mengejar keseronokan.
3. Seorang penagih tegar telah koma akibat dipukul oleh penduduk kampung berhampiran kerana disyaki mencuri getah buku. Menurut cerita, seorang rodongnya sempat menyelamatkan diri semasa diserbu penduduk kampung tetapi mengalami cedera akibat dikejar penduduk kampung yang berang. Penagih yang masih berada di hospital tu koi tak berapa kenal sangat tetapi rodongnya yang sempat melarikan diri memang koi kenal siapa orangnya.
4. Seorang remaja belasan tahun telah selamat melahirkan anak luar nikah akibat daripada pergaulan bebas bersama teman lelakinya. Bekas anak murid koi tu memang koi kenal sangat dan semasa koi memerhatikan gelagatnya dahulu memang perkara tersebut dijangkakan akan berlaku. Setakat ni remaja tersebut masih berada di luar Purun dan kemungkinan akan berhenti sekolah. Kesahihan cerita ni masih diragui tetapi kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang...
Peristiwa di atas tu merupakan antara rentetan kes2 yang jarang2 berlaku di sini. Semua cerita yang didengar dan diceritakan oleh penduduk di sini menggambarkan betapa longgarnya institusi kekeluargaan dan betapa lemahnya iman bagi mereka yang terlibat. Mungkin ada lagi kes2 lain yang berlaku tetapi koi tak mendengarnya.
Amat2 diharapkan agar seluruh keluarga koi dilindungi daripada maksiat yang berlaku seperti di atas. Dan semua cerita yang berlaku diharapkan dijadikan satu pengajaran buat insan lain...
Wassalam...
7 comments:
"selamat melahirkan anak luar nikah"
tapi pasni tak tahu lah apa lak nasib budak tu, entah selamat ke tidak
Ish..ish..Cobaan..Cobaan..Laa dah nok bercucu aok ye aji...? Apapun harap-harap dijauhkan dari musibah begitu..
sedih amat dengo berita-berita gini..sesamalah kita membendungnya..paling kurang pun dengan hati..nauzubillah moga dijauhkan..
"...melahirkan anak luar nikah akibat daripada pergaulan bebas bersama teman lelakinya. Bekas anak murid koi tu..."
bila tjadi bgini, tentu demeh rase tkilan same... skalipun masing² ada kuarga sniri, btanggungjwb pd diri sniri.
Cerita yang paling kawan tak minat mendengorkan kisah bini org main ngna jantan lain kedua kisah terjadi anak luar nikah semuanya berpaksikan Nikmat sementara tapi dosa berpanjangan Subanaallah.
salam rodong...
Kadang2 sebagai guru, rase terkilan memang wujud di dalam diri. Guru hanya menasihati dan hanya memberi panduan sahaja. Peranan ibubapa adalah penentu kejayaan anak2.....kalau didikan agama tidak dititikberatkan di rumah....terjadilah gejala sosial yg merosakkan..
bukan main hebatnyer yak.......
Post a Comment