Salam...
Pagi2 tadi sesampai aje kat sekolah dan belum bersarapan lagi, koi dan teknisyen komputer dah belek2 streamyx yg baru dipasang semalam...
Dalam kepala koi dan rancang dah gone gaya koi nak setting networking kat sekolah ni dengan keupayaan streamyx 1.0 mbps supaya boleh menampung semua komputer yang dirangkaikan..
Kat sekolah ni banyak sangat cabangnya komputer yang dirangkaikan. Hok kat makmal ade 20 buah komputer, kat pusat akses ada 10 buah, kat pejabat ada dua buah, kat bilik GPK ada 4 buah dan yang notebook lagi tak tahulah banyak mana.
Harapan koi kalau boleh semua komputer tu dapat menikmati kemudahan internet tu tanpa sebarang gangguan. Paling tidakpun senang kalau koi nak updatekan antivirus di dalamnya.
Mula2 koi setting dulu dekstop hok kat pejabat tu dulu. Ok je takde masalah. Pas tu dekstop yang digunakan oleh guru data di bilik sebelah... pun ok.
Pastu koi cuba pulak rangkaikan kat makmal komputer dengan menggunakan switcs yang lain.... di sinilah timbul masalah apabila koi cube je satu pc, hok talian lain semuanya tak dapat.
Yang menjadi masalahnya, rangkaian yang koi buat tu berkonsepkan topologi bintang yang menggunakan 3 switcs utama sekali gus kerana kedudukan komputer kat sini bukan kat satu bilik aje.
Puas juga koi mikirkan caranya, cabut sana, cucuk sini, masuk sana, masuk sini....akhirnya jumpelah masalahnya...
Rupa2nya apabila setiap kali modem tu bersambung dengan satu biji komputer, kena reset dulu baru gamoknya modem tu dapat memberikan IP (alamat setiap komputer) sesetiap komputer tersebut.
Jadinya, sikit2 koi dah faham dah konsepnya yang selama ni koi berdua kome tak penah mencubanya sesuatu yang baru. Kalau hok lama yg guna schoolNet tu, semuanya dalam kepala koi belaka dan memang koi agak mahir menguruskannya.
Satu lagi yang memeningkan kepala koi tadi pulak ialah penggunaan printer yang sebelum ni koi guna kaedah sharing menggunakan rangkaian. Misalnya printer kat pejabat, makmal komputer, bilik data, semuanya koi sharingkan dan mana2 komputer atau notebook boleh print dari jarak yang jauh tanpa menggunakan kabel printer.
Hok jadi masalahnya pulak ialah IP address bagi setiap komputer menggunakan streamyx ni adalah dinamik dan bukannya statik.
Maksudnya... setiap kali komputer tu dipasang, router streamyx akan memberikan IP Address yang baru. Dan kalau IP baru, bermakna printer yang disharingkan tu tak berfungsi kerana alamatnya dah bertukar.
Kalau gitu, letihlah kome setiap hari...terpaksa ping IP address dulu kemudian sharingkan pulak printer tu dulu sebelum disharekan..
Cuba punya cuba, dan menanyakan rodong luar yang tahu, semuanya cakap kalau nak setkan, kena melaului internet explore dan ping default gateway router tu untuk statikkan IP adress bagi sesebuah komputer yang ada printer.
Masalahnya pulak nak masuk ke default gateway router pun tak lepas...puas mencubanya....tak jadi2...
Maklum le koi bukannya pandai benda gitu. Kerja networking ni biasanya hok belajar khusus kat mana pusat pengajian baru boleh buat. Kalau setakat cuba2...memang tak jadi.
Dan akhirnya......koi cuba satu kaedah sendiri iaitu dengan meletakkan IP address secara manual di dalam kotak internet protokol (TCP/IP) properties yang koi salin berdasarkan no yang dah koi ping.
Sebab cara tu koi cuba dah masa nak balik tadi, jadinya tak sempat koi nak test tutup dan bukak komputer tu sama ada IP address tu dah statik atau masih lagi outomatik...
Andainya berjaya, selasai sudah satu masalah rangkaian kat sini. Dan masih tinggal satu lagi iaitu gone gaya koi nak setkan pulak wireless router hok yang lama dan ada dua buah tu dulu supaya boleh digunakan dengan menggunakan capaian streamyx ni.
Dan andainya koi berjaya menguasai dan menyelesaikan rangkaian kat sekolah ni, Insyaalah, target koi nanti semua kawasan sekolah ni dapat mengakses internet walaupun berada di dalam tandas sekalipun.....itulah sebenarnya salah satu sasaran koi kat SK Purun pada tahun 2010 ni...
Kat bawah ni ade sedikit manual kalau ade sesiapa berhajat nak setkan IP address yang diberikan streamyx tu secara statik dan amat berguna kalau untuk kaedah sharing sama ada printer ataupun fail...
Langkah 1 kita klik pada menu "run"
Langkah seterusnya taip "cmd"
Pingkan " ipconfig /all "
Bukak pulak bahagian netwok connections dan cari sama ada wireless ataupun hok guna kabelDan akhir sekali masukkan je no yang kita ping tadi di dalam ruangan kotak kat gambar tu.
Lepas tu cuba tutup balik kompter dan bukak semula. Kita tengok pulak sama ada IP address tu kekal atau sebaliknya.....
Kalau berjaya maka betullah kaedah tu dan kalau tak berjaya nampaknya mungkin koi yang silap....
sekian...
7 comments:
hebat cekgu jang ni.. koi takat bukok tutup komputer reti le... kalo hok hyperlink ter serender le koi... elok le cekgu bukok kafe siber kat purun ter bule jugak namboh cabang selain bekebun
Kawan yang ander bab protokol protokol ni yang selinder..macam nak nyambut Menteri jer..
Aji..Kawan bab hok gitu minta maaf laa..tak tau kemende..hehe..cetek mat ilmu kawan dlm bab komputer ni..
Hok sebenornya koi tak le pandai sangat dalam ilmu networking ni...tapi kalo dah tanggungjawab, kot manepun koi kena belajor dan terus mencuba walaupun kadang2 tu sampai berhari2 nak siap sampai le berjaya dan koi benar2 berpuas hati..
Tapi faedahnya, setiap kali koi mencuba menyelesaikan masalah, setiap kalilah ilmu baru akan bertambah...
Satu lagi hok bab IP Address ni ( internet protokol) ...benda nilah yang membolehkan pihak kementerian komunikasi dan multimedia dapat mengesan di mana komputer tu berada dan atas nama sape didaftarkan. Sebab tulah kadang2 kita terdengar berita penulis blog atau pengendali laman web dapat ditangkap oleh pihak penguatkuasa dengan hanya beberapa hari aje selepas laporan polis dibuat.
Setiap komputer yang online ade no IP nya tersendiri dan mudoh amat orang nak kesan sape penggunanya weh...
Salam Cikgu Jang. Hebat tuan hamba. Hamba nak setting router pun keliru. Sekarang apabila line lembab, off kejap dan pasang balik. Tak tahu apa sebab? Jika ada cadangan tuan?
salam kembali babah..
kena tengok dulu internet tu guna ape...kalau streamyx bergantung kepada jumlah penggguna pada satu2 masa ataupun kadang2 di server telekom pun ada masalah...tapi biasanya gitulah...off dulu dan tunggu dalam seminit dua baru buka balik...
Post a Comment