Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, January 12, 2010

7 'C' Penyebab Suami Benci Isteri.

Salam...

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri...lagi

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Nasib baik le bini koi takde sifat 7C tu....sebab tulah kome aman damai sentosa bahagia gembira sokmo dan sokmo...Harap2 kebahagian yang dikecapi berkekalan hingga ke akhir hayat...

9 comments:

iBu...gUru said...

salam.
satu peringatan kpd isteri. En3 akan datangleh plak tulis " 7 C penyebab suami sayang Isteri "

mazru said...

salam cikgu..
nak tambah se lagi..Curang..

Aku Anak Pahang said...

Kawan sabit satu C (Cium), gambo kat atas tu tak leh nok kabor bender dah hehehehe.....teruja amat kawan ....

saharul said...

salam....

nanti koi fikirkan pulak 7C yg menyebabkan suami sayang isteri....

C=Curang - betoi sgt kabo dek mazru tu

hok c = cium :tu salah satu penyebab suami sayang isteri...

hai said...

dengan bongkaknya koi mengaku yg koi bebas dari kesemua kategori tu...hehehe!!

Relevan said...

7 C tak bagus cikgu hj...7 A 1 B baru ok..

terokai seni said...

koi namboh se lagi... culeh... (kasi perangah kaum hawa).. sama macam en. yassin kita, koi nampok yang cuuuun ajeee

Anonymous said...

Cikgu, so far asben koi syg kat koi sbb koi cerewet hehe... dia ckp klu koi tak cerewet, seme benda ikut dan jek... :D

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

Keh nok namboh satu lagi, iaitu Cuai...sama dengan tak amanah menjaga maruah baik sendiri atau suami, cuai menjaga kepentingan suami dan anak2.