Salam....
Rasenya belum terlambat koi ucapkan selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat rodong2 ciber.
Jemaah haji sekarang ni ada yg sudah melengkapkan rukun haji dan koi rasa masih ada yg berada di Mina untuk menunaikan lontaran ke tiga2 Jamratul tersebut.
Walaupun musim haji tahun ni menyaksikan hujan turun dengan lebat, tapi koi yakin dan percaya jemaah haji kite dapat menempuh dugaan tersebut dengan tabah.
Di kesempatan ini juga, koi postkan pengalaman koi semasa menunaikan haji pada tahun 2005 yg lalu. Alhamdulillah tanpa disangka2 memang rezeki koi pergi menunaikan rukum Islam kelima ni tanpa sebarang masalah.
Pada mase te, koi pergi dengan mak dan uwan koi dan pergi dengan pakej Muasasah kelolaan Tabung Haji.
Sememangnya kenangan di Tanah Suci selama 44 hari te, memang menjadi satu kenangan manis yg tak akan koi lupakan selama-lamanya.
Insyaalah.....menkala diizinkan Allah SWT, koi ingin sekali lagi pergi ke sana bersama isteri tapi tak tahulah bila agaknya...
Ketika berada di Madinah selama 10 hari. Kalau wokme nak tahu, kubah hijau yg berada di belakang koi menempatkan makam Nabi Muhammad SAW dan Syadina Abu Bakar Al Sidiq di bawahnya.
Apa yg istemewanya mengenai Masjid Nawawi ni, iaitu menara yg terdapat di sekitar masjid lebih tinggi dari bangunan2 hotel yg ada di situ.
Bersama rakan Malaysia berada di Mina. Kat sini di tepi2 jalan bukan main banyak lagi penjaja jalanan menjual bermacam2 jenis barang.
Bergambar di hadapan khemah tempat koi menginap semasa di Arafah
Sewaktu di sana, kome juga berpeluan mengadakan lawatan ke tempat2 bersejarah di sekitar Mekah. Unta tu dikhususkan untuk bergambar aje.
Hotel tempat kome menginap. 100 % jemaah haji Malaysia di sini. Pihak Tabung Haji menyediakan perkhidmatan Klinik, kaunter penerbangan, Pos Malaysia, Kaunter pengeluaran duit, dan macam2 lagi perkhidmatan untuk menjaga kebajikan jemaah haji kite.
Semasa menunggu di lapangan terbang Jedah untuk kembali semula ke Malaysia...
Tak banyak gambar yg dapat koi tangkap semasa kat sana sebab koi bawak kamera pakai filem yg cikai aje. Mengkala sekarang ni, bukan setakat kamera digital, malah handycam pun ramai yg bawak pegi sana...Yalahkan, di samping menunaikan ibadat, inilah masanya untuk melancong dan berada di negara orang dengan tempoh yg agak lama.
Wassalam..
8 comments:
Hehe... Pengalaman.Keh nok gi haji mase keh mude la.. Tapi matnye ramei ngat mencari waktu hampir senje nak gi haji? Bukan ke wkaktu keje la senang nak gi haji... Kedrat pun ok lagi... tak de la habis gheing menempuh orang... Dapat cuti bergaji lagi tue,.. hehe
Kawan popalit nok gi ngat mekala boleh ngan org rumah la, keknya mungkin belum ada rezeki lagi jadi kawan akan tunggu juga bila waktunya kelak sungguhnya kawan juge berharap dpt gi umo mude gini...insyallah.
Salam Cikgu Haji..
entah bila agaknya rezeki kakcik nak ke sana, ya?
Salam, seronoknya Cikgu jang dah gi haji masa muda lagi. tentu ibadah dilakukan dgn sempurna. InsyaAllah tiba pulak giliran..tapi tak tahu pulak bila???????
Jgn bimbang....mengkala ande rezeki....lepas jugak pegi sana. Tapi sebaik2nya biarlah masa kederat tengah kuat ni, sebabnya kat sana banuak sgt cabaran dan dugaan yg kena tempoh. Maklum le....sampai 3 juta manusia dalam satu tempat...
Tahniah kerana dapat pergi haji waktu muda.Insyallah saya akan menyusul nanti.Doakan
cikgu,
alhamdulillah mude2 lg dah dijemput Allah ke tanah suci..koi nak sgt ke sana,insyaAllah satu hari nt akan sampai juge
Tanamkan cita cita untuk ketanah suci dulu..semangat dan doa yang jitu serta keikhlasan hati dengan duit yang berkat InsyaAllah kita kan kesana...Cikgu dah lantas kesana..Tahniah cikgu Hj Jang..
Post a Comment