Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, November 1, 2009

Dasyat betullah bebudak sekarang ni...

Salam....

Malam tadi, kome 5,6 orang menjalankan aktiviti biasa iaitu melepak sambi mengupas isu2 semasa yang tak pernah habis. Daripada satu topik ke satu topik kome ulaskan. Macam2 ulasan diterbitkan, sama ada yg pro mahupun semipro.

Ade satu topik tu, memang koi tertarik dan terpanggil berkongsi kisah. Pasalnya ialah mengenai bebudak sekarang ni yg umurnya baru mencecah belasan tahun tapi gejala dan lagaknya mengalahkan pelakon2 dalam filem XXX tu. Rasa koi la, kat Purun ni dalam tahun ni saje, lebih 4 orang dah yg berkahwin kerana terpaksa. Umur baru 17 - 18 tahun tapi dah bergelar isteri dan ibu. Itu yg dibuktikan oleh pemiliknya sendiri. Yang tersembunyi dan yg tak dapat lagi faedahnya daripada perbuatan "syok" tu tak tahu lagi berapa ramai. Kalau dibuat servey gamoknya 25% ade kot remaja kat sini yang sudah hilang permatanya.

Malam tadi, ade rodong koi beritahu, dan dia pun diberitahu bahawa ade penjaga telefon pihak sekolah menyatakan anak dia tak dapat pergi sekolah hari ni bukan sebab demam atau sakit tapi disebabkan mengandung.

Perkataan mengandung tu sudah dianggap normal bagi sesetengah penjaga tu, tiada lalu rasa malu dan kecewa kerana mereka beranggapan bukan anak dia sorang je jadi gitu, banyak dah kes yg berlaku dan mungkin kes dia tu menyebabkan org lain sudah kurang kehairanannya.

Koi sebagai cikgu kepada bebudak tu sebenarnya rasa amat terkilan, manakan tidak...dari peringkat sekolah rendah kome cikgu2 selalu menitikberatkan akhlak dan sosial mereka ni. Selalu menegur atau mengambil tahu perihal mereka semasa di sekolah. Kalau luar sekolah pun, jika kome dapat tahu, kome cuba juga beri nasihat dan pedoman agar bila mereka menjangkau ke sekolah menengah nanti sekurang2nya tidaklah bersosial sangat.

Tapi apabila sudah memasuki alam remaja , nasihat yg diberikan semasa sekolah rendah dulu dah tiada nilainya. Malah gejala sosial mereka semakin hari semakin buruk dan sebagai hasilnya lahirlah seorang insan kat dunia ni tanpa diisikan nama bapa di dalam surat beranaknya.

Pernah dulu seorang budak pompuan tu cuba bercinta2 dengan budak lelaki. Sorang cikgu tu memang prihatin dan cuba menghubungi ibunya memaklumkan perihal anaknya gitu. Tapi yg malangnya dibalas oleh si ibu tu ialah perkataan " cikgu jangan menyibuk, anak kome, kome tahulah menjaganya". Alih2 sekarang ni, dengor cerita anak dia tu hebatnya boleh beraksi dengan 4 org jantan sekali gus....kira dasyat lah tu.

Itu antara salah satu kes daripada berpuluh2 kes yg terdapat di sini.

Bagi koi la, utk mengenal tingkah laku budak yag dah lunyai tu, mudah amat. Koi selalu peratikan, mengkala kerap sangat naik moto keliling kampung, tudung tak pakai, baju seksi, pastu kadang2 jumpa baru keluar dari ladang sawit, adalah tu....tak lama dah tu, kita pakat dengar aje ceritenya.

Gitulah......gayanya kalau mak bapak sudah tak reti mengawal anak2. Apa yang anak minta semua bagi. Nak moto, bagi moto. nak duit, bagi duit. Pastu kalau ade jiran2 smpaikan cerita, tak percaya pulak. Kabor anak dia baik, selalu pergi tuisyen. Rupanya tuisyen dengan jantan dalam ladang sawit.

Apa dah nak jadi dengan masyarakat sekarang nipun koi tak tahu lah.....mungkin inilah antara salah satu akibatnya apabila kemudahan yag sepatutnya digunakan dengan betul, telah disalahgunakan. Sebagai contoh, handphone, moto, kebebasan dan lain2 lagi.

Hai entahlah.....zaman anak kome nanti toh macam manalah pulak gayenya. Mintak2 sangatlah anak kome nanti jadi seorang insan dan bukannya belacan.....


11 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum cikgu Jang, bageh n3 aok nih, dapat jugelah menyedokan sesapa yang memabcanye.

Memang kekadang mok bapok nih terlepas pandang langsong anok2 deme, dek kerana sebok dengan kerja, sebok dengan menghias rumoh,sibok dengan mesyuarat tingkap dan tah macam2 lagi perkara sebok.

Bila mok bapok sebok, anok pon sebok jugelah, tapi sebok deme lain sikit, sebok nok memunaikan tutuntan nafsu, itu ajalah yang deme tau sebab mok bapok tak ajo untok sibok yang dituntut oleh agama.

Maaflah cikgu jang, panjang pulok komen keh nih..

BUJANG SUSAH said...

Salam cikgu... negara bertambah maju, dunia menghampiri akhirnya... manusia jadi x bertamadun. wallahualam.

Muhammad faiz mahayudin said...

akum..psikologi- alam remaja di katakan sebagai saat yg rapuh bagi golongan itu kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yg kebanyakannya menjerumus kepada perkara negatif. apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang menghayalkan,akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku seks sebegini..
Remaja @ pelajar yang terlibat dengan permasalahan sebegini bukan sahaja datang dari keluarga yg susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yg mempunyai latar belakang keluaraga yg baik dan berada(Phelps,1976;Cohen,1975)
secara kesimpulanya peranan ibu bapa sangat penting dalam mengatasi permasalahan ini kerana ianya memerlukan perhatian yang lebih bagi setiap remaja ini..

saharul said...

salam rodong...

Pokok pangkalnya mok dan ayoh jugalah menentukaan masa depan anak2. Mengkala mok dan ayah sendiri dah ade rekod tak baik, lepas tu perangai pulak kekadang ter tak spt orang, makan duit haram....
Dan paling utama didikan agama tidak cukup diberikan kpd anak2.

Che gone, ade ayah budak tu, pegi sembahyang jumaatpun tak penah apatah lagi sembahyang 5 waktu.....

mazru said...

huhuhu..paroh dah purun la ni yek,arote xde la teruk sgt,koi rase bukannye purun je yg dilanda masalah sosial,kebanyakan felda gugusan Bera semua nye sama,bukan nak ngate org felda tp itulah hakikatnye.

banyok sgt tengok 3gp lucah pun ye jugek diaorg ni,terpengaruh.....

tak nyalohkan cikgu jugek,utamanye mok ayoh yg di rumoh ter,mengkala semua nak bg ke cekgu baik tuko bin terus...ke gone cikgu?

AuntieYan said...

Salam Cikgu,

Auntie pun sesangat risau dengan gejala maksiat yang berlaku sekarang. Seram rasanya. Pada Auntie setiap kita ibu-bapa hendaklah perihatin akan tingkah laku anak-anak. Jangan rasa anak kita baik.. kalau orang report tu elok kita siasat.Tak tahu apa nak jadi. Apa yang Cik gu ceritakan tu berlaku dikawasan luar bandar, kami yang tinggal di kota metropolitan (katanya) lagilah 1001 satu gejala yang melanda. Semoga Allah jauhkan anak2 cucu2 dan seterusnya keturunan kita daripada segala musibah ini.

terokai seni said...

tak tau nok khabo... cakap lebih kang takut kena ke kita balik... dulu oghang kampung tau belake anok sapa... skarang jangan awok... nyebok ke anok oghang silap disamannya... memasing tok bule sentuh konon hok privasi... ate cekgu pon tok bole merotan... gone... kalu diberi merotan pon.. moto penuh pasir kereta abih dilukih di bebudok ni ate gone...

Relevan said...

American cikgu..

Anonymous said...

Remaja zaman sekrg murah hati, sentiasa rela utk menderma...............dara dan teruna.

endiem said...

orang dulu2 umor, budak budak umor 12 tahun dah kawin. Kita kena balik sebagaimana dulu. masuk je umor 11 tahun carikan je laki untuk dema te..

saharul said...

Salam rodong...

Segala pendapat deme tu koi setujunya amat. Sekarang ni, kite jaga je anak kite, semua yg berlaku tu kite jadikan teladan.