Salam...
Pagi tadi semasa koi sampai kat sekolah, selisih dengan Cikgu Sabri, GKP 1 sekolah koi. Dia kabor kat koi pasal semalam ada penjaga datang jumpa dengan dia mengamuk-ngamuk pasal anak dia kena gunting rambut oleh guru disiplin sekolah. Yang koi ni tak tahu hujiung pangkal, jadi pakat diam aje le.
Disebabkan GPK 1 ni tak tahu hujung pangkal dan tak tahu nak jawab macammana jadinya disuruhlah balik ibu dan bapak sedara budak darjah 1 dulu dan minta datang semula pada waktu persekolahan keesokan harinya.
Kabor dek Cikgu Sabri ni, mak budak tu memang kurang ajar, tak pandai berbahasa manakala bapak sedara budak tu pulak angin semacam aje dan banyak pulak cakapnya. Umur mak budak tu lebih kurang akhir 20an manakala bapak sedara budak tu lebih kurang umur 20 tahun dan bekas anak murid koi.
Kata dek cikgu Sabri lagi, dia dah nak naik berang dah, tapi disebabkan sifat tolaransi yang ada, dia berjanji akan menyiasat perkara tu terlebih dahulu. Selembut2 dia, kabornya, kalau orang dah kurang ajar, mboh jugak dia naik angin.
Semasa kat pejabat tandatangan kedatangan, koi berborak dengan cikgu disiplin ter tanya lebih lanjut sebabnya koi tak tahu menahu kes terbaru ni.
Rupanya murid ter baru pindah dari bandar Temerloh lebih kurang sebulan lalu. Rambutnya kena gunting sikit je sebelah seven sebab panjang sangat. Tak nampak sangat kesannya, takde lalu kesan tobek kena gunting. Memang patut le kena gunting sebab rambut budak tu dah menyalahi peraturan sekolah. Kata orang sedei sangat bendanya. Tak perlu kecoh2.
Tiba waktu habis sekolah tadi lebih kurang pukul 1.30 petang, koi ada urusan kat pejabat. Mak budak tu bersama pak sedara datang semula kat sekolah nak berjumpa dengan GPK 1 dan GPK Hem. Kebetulan waktu tu pentadbir2 tu sedang mesyuarat membuka sampul surat tander kantin sekolah. Manakala guru besar pulak bercuti hari semalam dan hari ni.
Koi cakap kat mak budak tu, pentadbir sedang mesyuarat, kalau sanggup tunggu, tunggulah sejam dua lagi. Sambil menuju ke parking motor, koi hantar mesej kat Cikgu Sabri, kabor ada orang nak jumpa.
Semasa sedang berborak dengan jaga sekolah dan tukang kebun kat parking motor, koi dengar suara cikgu Sabri . Disuruhnya mak budak tu balik sebab bukan waktu yang sesuai nak berbincang sedangkan dia suruh datang waktu sekolah, manakala waktu tu dia tengah mesyuarat. Tambahan pulak mak budak tu cakap kasar pulak kat cikgu tu. Marahlah cikgu Sabri, patutlah dihalau balik aje.
Sambil menuju ke motor, koi dengar mak budak tu merungut2. Antara perkataan yang koi dan beberapa orang yang ada kat situ dengar ialah perkataan mencaci seperti gampang, setan, celaka, tak guna, dan banyak lagi sumpah seranah yang dikeluarakan oleh insan bergelar mak tersebut.
Koi dengar aje mak budak tu cakap gitu, secara tak langsung, darah koi pun tersirap. Ada dicacinya sebegitu rupa cikgu kat sekolah ni. Memang tak patut sungguh.
Koi cakap kat Heri ( jaga sekolah ) minta saund sikit kat mak budak tu supaya masuk tempat orang jangan kurang ajar. Si Heri ni pegi kat mak budak tu, tanya sebab apa mencaci sampai begitu sekali . Mak budak tu mulanya melawan jugak, kabor anak dia kena gunting rambutlah, kena pukul dek cikgulah dan melahirkan rasa tak puas hati kepada pihak sekolah. Dalam pada tu dicaci lagi cikgu kat sekolah ni.
Jaga ni badan besar, pastu berani pulak, dihalaunya balik mak budak tu sebelum dia naik angin. perinsip dia, pantang sungguh kalau orang caci cikgu ni, nak pulak sekolah yang dia dapat ilmu tu sekolah yang dicacinya.
Jadinya, koi baliklah rumah macam biasa.
Petang tadi, semasa latihan rumah sukan, koi berborak dengan Kak Bimah GPK Hem pasal kes tadi. Kabor dek Kak Bimah, selepas mak budak tu maki2 cikgu kat sekolah, pergi pulak ke PPD membuat aduan. Dia dapat tahu sebab guru besar telefon dia nak tahu kedudukan sebenar sebab pegawai di pejabat ade menelifon guru besar bertanyakan hal sebenarnya. Kabor dek Kak Bimah lagi, esok Penolong PPD dan salah sorang pegawainya nak datang ke sekolah untuk dapatkan maklumat. Koi kata dalam hati, mungkin sebab nak marah macam2 cerita rekaan yang dibuat oleh mak budak tu menyalahkan pihak sekolah.
Kata Kak Bimah lagi, benda sangat le kena gunting rambut tu. Tu nasib baik le guru disiplin sekarang ni yang gunting, nasib baik le Hj. Saharul ( koi le ) dah bersara jadi guru disiplin, kalau tak lebih teruk lagi kena gunting nya.
Masa tengah berborak tu, ada pulak sorang cikgu tu kata mak budak tu langsung tak hormati cikgu. Ikut suka hati dia je pergi jumpa anak dia dalam kelas semasa cikgu tu sedang ngajar tanpa meminta kebenaran.
Dan ada pulak sorang cikgu tu kabor, mak budak tu meminta sekolah keluarkan surat sebelum menggunting rambut anaknya.
Hai entahlah.... koi sendiri tak faham dengan perangai sesetengah penjaga sekarang ni. Usahkan berterima kasih kat cikgu2 ni yang mendidik anak dia, malah perkara kecilpun sampai nak maki2 cikgu.
Padanlah budak2 sekarang ni terlampau teruk rosak akhlaknya dan antara penyebabnya ialah sanjungan dan sikap menghormati guru sudah hilang bukan sahaja di kalangan sesetengah ibubapa, malah murid2 itu sendiri. Tidak hairanlah kalau Allah SWT menarik balik keberkatan dalam hidup kerana tiada sikap menghormati guru pada sesetengah murid ataupun pelajar yang bersikap demikian...
Walau apa2 pun tengok le hari esok macam mana gayanya pulak.
Wasalam.....

12 comments:
penuh dugaan jadi cikgu nih...harap2 kita bleh bersabar dengan kerenah masyarakat dan pelajar2
salam kembali..
sekolah mcm tu la kn..
tak cukup kerenah budak..
mak bapak pulak yg terlebih
koi setuju amat dengan pendapat aok ter rodong...kat felda ni tak sunyi dgn karenah penjaga...kome kat sini pakat palau je dah benda gitu. mengkala layan, nanti panjang pulak ceritenya...
Salam Ziarah, jenguk kejap...dah nasib...walau apa sekali pun...kita punya matlamat dan cita-cita. Terus berjuang
Biase la... Kekadang deme tok faham langsung mende yang sekoloh buat... Banteinye serang sesuka hati... Dah mende anok die te rambut panjang, kene le potong... Jenis tak faham... Keh penah gak sekoloh dulu... Ramut panjang kene gak gunting... Memule maroh le jugak kat cikgu te... tapi dah besor nie tahu le ngape cikgu tu buat gitu~
Baru gunting rambut dh kecoh...Kalau kena cubit ke rotan atau lempang mcm kita masa sekoloh dulu mcm mane yek?
Cikgu Jang,
Koi nampok doh mase depan budok tu. Kalau tak jadi penagih jadi penyamun besor nnt. Rosak sorang lagi anak bangsa koi sbb mok nyer pun dh dilahirkan kurang ajar. Kesian....
Lain kali kasi betul betul gondol kepala budak tu..cukur habis habisan..dah gunting seket jer nak marah..
koi setuju dengan relevan.. gondol sekali kepala mak budak te..
tima kasih rodong2...
mana yg faham ter. takpe lah. Ikutkan hati, usahkan rambut budak tu koi gondolkan, dengan rambut mak dia sekali kalau boleh....
Gonekan....
kalau den yg donga la makcik gilo tu memokak dah lamo se caghut an skali, dio ingat mulut dio yo yag jahat...kok taknak anak jadi oghang, jgn anta g skolah, anta g utan sano, biar bekawan dongan babi utan...kek tompek se pun semalam ado budak ajak cikgu betumbuk, jap laie se lak nak ajak budak nie bertumbuk, nak tgk gak beghani ko tak...
Ssh gak ek jd cikgu, sbb tu koi maleh jd cikgu, jd kuli jek.. :)
Post a Comment