Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, October 21, 2009

Dan akhirnya.....


Salam...

Apabila koi chek senarai nama terakhir untuk majlis konvokensyen kali ke 7 OUM bulan 11 nanti, koi rasa bapok le leganya. Segala kerisauan dan kegelisahan melanda diri koi selama ini akhirnya berakhir. Setelah menghabiskan puluhan ribu duit serta masa selama hampir 5 tahun dan akhirnya segala hasil penat lelah terbukti membuahkan hasil akhirnya.

Memang sepatutnya koi dapat pegi konvokensyen ter. Sebabnya last semester koi daftar ialah pada bulan Mei lalu dan segala tesis dan projek kepujian maklumat koi telah hantar pada bulan Julai lagi. Punyalah semangatnya koi sebab kalau koi tak dapat sertai konvo tahun ni, jenuh pulak nunggu tahun depan....lagilah tensionnya.

Tapi, sebenarnya ada cerita disebalik cerita pasal koi dengan oum ni. Setelah pengungumman majlis konvo oleh OUM di buat pada bulan Ogos lalu, hanya satu sahaja senarai nama keluar. Senarai nama yang lain akan dikeluarkan berdasarkan keputusan peperiksaan semester Mei dan akan dikeluarkan pada bulan Oktober nanti.

Apabila baca pengungumman ter, koi rasa lega sebab memang koi ada daftar pada semester ter..
Tapi, apabila koi chek pada keputusan peperiksaan sehingga pertengahan bulan oOtober lalu, masih lagi belum dikeluarkan keputusannya, sedangkan segala yuran telah koi selesaikan awal2 lagi. Koi bapok le cemasnya, sebab majlis konvo ter tak sampai sebulan lagi dan senarai nama kali kedua pun masih belum keluar nama koi.

Disebabkan ter, koi mula rasa tension yang amat sangat. Koi taknok tertinggal majlis ter tahun ni sebab tahun nilah ramai rodong koi turut serta konvo ter, kalau koi tertinggal, amat merugikan sekali sebab setahun tertinggal.

Jadinya, untuk kepastian, pada 15 Okt ter koi telefon unit peperiksaan menanyakan pasal keputusan peperiksaan, jawapan yang diberikan, amat memeranjatkan sekali. Kabor dek pegawai ter, pihak beliau belum lagi menerima markah dari unit fakulti.

Apabila dengar saja jawapan ter, koi dah hangin dah...sebabnya koi tak nyangka lalu jadi gitu, sedangkan pada bulan Ogos lalu, dua kali koi hubungi pihak falkulti bertanyakan status projek yang koi hantar ter. Satu caranya ialah melalui e-Customer Management yg disediakan dalam web OUM ter, satu lagi melalui emel pegawai tersebut secara direct. kedua2 jawapan yang diberikan memaklumkan projek yang koi hantar ter akan diproses dan akan dihantar markahnya kepada unit peperiksaan. Jadinya koi rasa legalah sebab pegawai tu sendiri memaklumkan pada koi statusnya.

Tapi, apabila pegawai unit peperiksaan memaklumkan belum terima markah, koi cuba menghubungi fakulti. Puas satu hari koi hubungi pegawai ter ( Hafiz namanya ), tak diangkat2 telefon. Koi mula panas hati yang amat sangat.

Keesokan harinya, koi dengan berani koi telefon derect ke Dekan Fakulti menceritakan masalah koi ni kat dia. Dekan ter kemudiannya bertanyakan dengan siapa koi berurusan, dan menyerahkan kepada pegawai tersebut. Setelah bercakap dengan pegawai ter, ada dikatanya pihaknya belum menerima projek yang koi hantar ter, ada ke gitu jawapannya sedangkan belum lagi membuat semakan.

Disebabkan koi berkeras juga, pegawai ter meminta koi telefon dalam setengah jam lagi kerana beliau nak buat semakan. Setelah cukup setengah jam, koi cuba hubungi kembali pegawai ter berkali-kali , tapi tak diangkat2 telefon. Sekali lagi koi dah hamun dah.

Toh macam mana, koi terniat nak tengok kot2 ada keluar keputusan peperiksaan ter, lalu koi try bukak web oum, amat memeranjatkan sekali, terpapar keputusan peperiksaan koi ter dalam masa lebih kurang 40 minit setelah koi hubungi Dekan fakulti tersebut.

Jadinya, untuk kepastian sama ada koi dapat atau tak menyertai konvo tahun ni, koi cuba sekali lagi menghubungi fakulti di talian yang lain, Alhamduliilah jawapan yang diberikan mengatakan nama koi akan disenaraikan dalam senarai nama kali ketiga nanti.

Dan pada hari ni, apabila senarai nama kali ketiga ter keluar, sah dan pasti, nama koi disenaraikan....dan akhirnya penantian yang menyeksakan terlerai akhirnya.....

Cuma koi terkilannya mengapa pengurusan di OUM yang terjadi dalam kes koi ni begitu teruk sehinggakan koi perlu menelefon Dekan untuk menyelesaikan masalah. Walhal sepatutnya, perkara sebegini tidak perlu terjadi......

Dan dengan selesainya masalah untuk mendapatkan ijazah tersebut, misi seterusnya ialah membuat permohonan dengan SPP untuk permohonan ke gred 41 pada hujung tahun nanti. Moga2 dengan izin Allah SWT, tahun depan bolehlah koi menaikkan status kepada Pegawai Pendidikan Lepasan Ijazah lah pulak.........Insyaalah..


2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Tahniah cikgu jang. Koi pun sambung jugak belajar ni. Koi ambik dgn UUM. Setakat ni alhamdulillah takde apa2 masalah lagi. Kalau takde aral tahun depan settle lah belajar koi ni.

Relevan said...

Kawan pulok kene berkursus sambung belajor ket kebun utk tanam semula dgn RRIM..

Pas tu kene masuk lagi UPM..kursus lagi..kawan bapok lah malas dah..

Harap aok semue mendapat ijazah dgn cemerlang..