Disebabkan minggu lepas, kome tak dapat ikan tapah, minggu ni sekali lagi ke serting memburu spesis ikan tersebut.
Setelah mengharungi perjalanan tah berape km, dan bermalam seperti biasenyer sebelum tu, .....dan akhirnyer.............dapat jugak 3 ekor tapah ( dalam gambar) yang 2 ekor daripadanyer lebih kurang sekilo sekor beratnyer.
Memang nak jadi rezeki kome dapat tapah nih memandangkan spesis ni bukan senang nak dapat sekarang ni.
Selain tu, spesis lain yang banyak kome dapat spt baung, lampam ekor merah, lampam jawa, patin, temperas, laih, terbul dan pelbagai lagi ikan "putih" atau bersisik.
Sampai tak daye le ngangkat jaring yang penuh dengan ikan disebabkan kawasan tu memang jarang orang pegi sebab jauh.
Yang ketiga
Keempat
Kelima
Dan ini antara ikan gred A koi nak makan bersama mak koi kat kampung. Yang lain2 setelah diagihkan dalam 3 kg kepada mak mertua, koi jual kat jiran2 mak koi kat Mayam tu yang kepingan nak makan ikan sungei.
Dapat balik modal minyak jeep dan duit basuh jeep koi tu jadilah..........
Dan rasanyer aktiviti mencari ikan ni, kome stop dulu le sementara menunggu bulan Ramadhan nanti.
Dan bila air sungei mula melimpah selepas raya nanti, kome dah dapat banyok port2 baru yang sesuai memburu ikan sungei yang keluar mengikut arus.
Sekian...