Tuesday, July 28, 2009
Aktiviti biasa...
Ahad baru ni kome seramai 12 orang berkesempatan mencari ikan di lokasi biasa. Memang banyak ikan kat situ. Kalau nak dihitungkan, agak2 ada 100 kilo gamoknye ikan yang kome dapat tangkap...
Antara sebahagian ikan yang dikumpulkan. Purata sorang adalah dalam 20-30 kg sorang.
Terima kasih SK Seri Terentang kerana sudi datang
Sekolah kome amat berbesar hati menerima lawatan murid2 dan guru dari SK Seri Terentang, Pekan untuk melawat Bilik Operasi Buku Teks Sekolah ( BOSS) dan Pusat Sumber.
Walaupun kome kat sini masih berada dalam keadaan kesedihan, namun sambutan terhadap rombongan tersebut tetap meriah.
Semoga perkongsian ilmu yang ada di sekolah kome ni dapat membantu pengurusan di SK Seri Terentang.
Monday, July 27, 2009
Salam...
Petikan dari akhbar Kosmo Online.Nyawa lima sekeluarga melayang - Perodua Kenari hancur dilanggar lori kontena
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my
MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.
Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu Makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.
Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.
Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.
P/s : Kami warga SK Purun dan SM Purun amat sedih dengan berita tersebut. Semoga Allah merahmati keluarga Allahyaraham. Kejadian tersebut menyebabkan warga Purun dilanda kesedihan kerana telah kehilangan seorang guru dan kawan yang baik dan berdidikasi.
Saturday, July 25, 2009
Menakjubkan apa yang kita tak tahu
Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.
vilus pada usus kecil
telur/ovem sel korona
Sperma di atas telur/ovum
Sel kanser paru-paru
Sel darah merah
Sel bulu-bulu halus dalam telinga
Saraf perasa pada lidah
Salur darah dalam saraf optik
Neuron Purkinje (lapisan pada otak)
Plak Gigi
Hujung rambut yang pecah
Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)
Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)
Alveoli pada paru-paru
Masihkah anda mahu makan udang geragau..
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas
pangkin khas.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
Kasut yang mereka pakai, kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
! Astagfirullah! Jadi kalian,
masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
Wednesday, July 22, 2009
Takde bende lain ke nak buat dah...
Sunday, July 19, 2009
UMP di sekolah kome 3
Pada sebelah petang aktiviti LDK dijalankan. Macam biasalah, bagi budak2 seronok dengan main2 dan nyanyian serta tarian.
Sebelah petang, budak2 buat sukaneka, manakala cikgu2 main bola tampar dan bola jaring dengan puak UMP tu. Pasukan lelaki main bola tampar menang. Perempuan, koi tak tahu menang atau kalah, lupa nak tanya pulak.
Pada sebelah malam, puak tu buat sesi motivasi, rata2 ramailah pelajar yang ngangis. Tak tahu lah pulak memang betul2 nangis ke atau buat2 nangis.
Dan pada tengah hari tadi, majlis penutupan pun diadakan. Macam biasalah, Pensyarah UMP sebagai perasmi manakala Guru Besar pun turut sama memberi ucapan.
Saturday, July 18, 2009
Cerita Hari Jumaat
Salam...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
.
Belajar Ilmu Ikhlas
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan
"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
UMP di sekolah kome 2
.....ade siswi-siswi yang menjadi fasi, rupenye. Padanlah bersemangat sangat nepuk kompang tu.
Tapi, bebudak tu sebenarnya peserta yang telah menyertai karnival Pra Sekolah dulu, sebab tulah dah pandai nari.