Assalam...
Setelah berpakat2 dengan ahli kelab, timbul cadangan untuk merasa ikan tengas di Jeram Terapai yang mana kome pernah pergi ke situ pada tahun 2013 lalu..
( rujuk posting lalu).
Harapan kome seramai 9 orang bertolak jam 2.30 petang semalam dan dijangkakan sampai dalam pukul 4.30 petang. Keknya jalan ke sana rupa2nya dah teruk sangat dengan keadaan pokok tumbang serta laluan yang semak samun dan berbukit bukau hingga menyukarkan laluan menjadi perlahan.
Alhamdulillah dengan berkat kerjasama ahli expdc sampai jua kome ke lokasi.
Sampai je ke tempat dituju dalam pukul 5 lebih,rasa badan macam nak demam disebabkan keletihan menunggang motorsikal yang membawa muatan berlebihan.
|
Ingatkan jalan ke sana tak seteruk mana, rupa2nya keupayaan motor ex5 ni dah uzur memerah kederat menaiki bukit berbatu yang licin. Nasib baiklah tak terjatuh, kalau tidak letih mengutip barang dalam raga tersebut. |
Rupanya tempat tu dah lama orang tak masuk, sebab itulah kome dah keliru mencari jalan ke jeram tersebut disebabkan semak samun yang tebal.
|
Jalan mula masuk sudah dikorek, mungkin tindakan Jabatan Hutan membenteras pencurian kayu balak oleh penduduk setempat memandangkan hutan tersebut adalah hutan simpan kekal. |
Sepanjang perjalanan terdapat laluan yang sukar serta memerlukan parang dan kederat serta kerjasama untuk meneruskan expdc tersebut.
|
Dua laras senapang turut dibawa bersama, maklumlah tempat yang jauh ke dalam hutan, apa2 saja boleh berlaku. Sekurang2nya peneguh semangat tu ada selain keberanian jiwa dan fizikal. |
|
Laluan tersekat disebabkan pokok tumbang |
|
Jalan mennyusur dilaluan curang yang terlalu hampir dengan gaung. |
|
Proses membersihkan jalan alternatif. |
Halangan kedua ditempuh sebelum sampai ke jeram. Kawasan anak sungai yang kering.
Sepanjang laluan yang ditempuh paling teruk dan menyeksakan apabila mendaki bukit yang berbatu. Hinggakan motor terpaksa menggunakan gear satu sepanjang perjalanan tersebut.
Sesampai di situ, kome terlihat pokok kemeyan yang buahnya berselerakan, buah kemeyan antara spesis menjadi makanan kijang serta landak. Penemuan tersebut sedikit sebanyak memberi impian bahawa spesis tersebut ada di situ selain kesan tapak kaki di laluan perjalanan.
|
Pokok kemeyan yang baru koi tahu rupanya. |
|
Buahnya yang berselerakkan.
Sampai di tepi jeram, rasa sejuk di hati dan keletihan menunggang mula semakin hilang dibawa kegembiraan apabila melihat ikan tengas berenang-renang keriangan.
|
Sebahagian gambar di bawah jeram, sebelah atas terdapat banyak kolam yang airnya jernih sehingga memperlihatkan ikan di dasarnya.
Selepas itu, agihan tugas diberi, ada yang mendidikan khemah, memasak dan ditugaskan untuk menjala serta menahan jaring untuk lauk makan malam.
|
Spesis tengas yang bersaiz dua jari banyak terdapat di situ.
|
|
Mana2 ikan yang ditangkap terus disiang sebelum malam menjelma.
|
|
Dan digoreng garing2 untuk makan malam. |
Kebetulan di sebelah atas tebing memang kawasan tempat berkhemah, memandangkan kome beramai, jadi memerlukan kawasan yang luas untuk dijadikan penempatan semalaman.
Pelbagai gaya tempat tidur dibina, ada yang buat katil sendiri, tidur dalam buaian, dan tak kurang yang hanya berlapikkan kanvas dan tikar mengikut kreativiti serta keberanian seseorang.
|
Koi sediakan katil ringkas menggunakan hammock sebagai alas. memang selesa serta lebih selamat. |
|
Kaedah paling cepat dan selamat. Keknya kurang selesa untuk tidur yang lena. |
Sebelah pagi, kome mula menjalankan aktiviti sungai, dan hasilnya sememangnya kurang memberangsangkan memandangkan jumlah ikan di situ kurang sedikit berbanding tahun yang kome pergi dulu.
|
Sesampai di simpang jalan keluar, hati menjadi lega apabila tiada masalah yang berlaku di sepanjang laluan sukar. |
|
Bahagian koi sendiri yang dapat ditangkap. Bolehlah untuk 3,4 kali goreng. |
Bagi kome, hasil tu taklah seberapa sangat tingginya harapan, tapi lebih kepada aktiviti lain. Tapi keseronokan serta menghayati keindahan ciptaan tuhan menjadi kepuasan apatah lagi mengunjungi ke tempat yang tidak dikunjungi oleh ramai orang.
Kawasan yang betul2 terletak jauhnya ke dalam hutan dengan alam semulajadinya serta sedikit sebanyak memberikan ketenangan jiwa.
Mungkin kalau ada rezeki dan kesempatan,
Jeram Terapai akan dikunjungi lagi walaupun dah tahu keperitan yang bakal ditempuh.
Sekian....