Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, February 23, 2014

Impian ke Tasik Panjang

As-salam....

Lokasi tasik tu taklah jauh daripada projek sawit yg koi usahakan, keknye tak penah lagi sampai situ. Hajat nak pegi memang dah lama tetapi jalan ke sana tak tahu dan tak berkesempatan
nak pegi.

Sungai Palas yang biasa kome cari ikan tu mengalir ke sana sebelum ke sungai Kertau dan terus bersambung ke sungai Pahang.

Kebetulan, semalam ade rodong menjaring, dapat ikan haruan sekilo setengah, teringin pula nak pegi hari ni. Dan janji pun dibuat, jam 9.00 pagi tadi kome bergerak ke lokasi.

Hasil yang kome dapat agak kurang sebab tak bermalam, biasenye ikan aktif pada sebelah malam, belah siang memang kurang tapi lepas le buat pekasam sikit2.

Rupa2nya gitu gaya tasik panjang yang selalu disebut2 sejarahnya banyok ikan haruan, toman, bujuk, keli dan spesis ikan sungai yg lain.

Air tasik memang surut dan keruh.

Tapi kayu berselirat dalamnya.

Satu cabaran masuk ke situ

Paling nikmatnya makan tengahari bekalan yg dibawa, lauk pulak gulai kuning ikan salai...

Hasil rodong yang tahan jaring semalaman...

Jaring bersaiz XL
Ikan kecik2pun ade jugak..

Yg sebenornya, lokasi tu, dah jenuh lalu orang cari ikan, sebab tulah kurang hasil kome dapat. Walopun gitu, sekurang2nya, koi dah lepas ke situ, dan lain kali, bolehlah rancang tidur semalaman dan bawa bekalan air batu serta berkhemah seperti senalo kome buat...

Sekian...

Sunday, February 2, 2014

Boleh ke kurang ikan di Serting nih....

Assalam...

Seingat koi dah lebih 2 tahun tak pegi ke Lubuk Boya kat Serting. Sejarah dulu2 kalo menjaring ke situ, jarang sgt hampanyer...penah sekali dapat lampam jawa hampir 20 kg.

Kali nih, mengikut maklumat rodong2 yang baru2 ni pegi situ, ikan laih memang banyok keknye kena tahan jaring. Kalo setakat mancing atau ngempas, payoh nak makannyer..

Bincang punye bincang, rancang punye rancang, ptg semalam berlepas ke lokasi situ dengan harapan sejarah dahulu berulang kembali.



Air sungai memang surut dah...sesuai sgt nak nahan jaring.

Kebetulan masa sampai dah ade pengunjung sedang mancing laih...keknyer takde sgt laih besar2...yang dema dapat.

Selesai nahan jaring, sambil menunggu hari malam, santai kat tepi sungai...cambag peribadi sentiasa koi bawak kalo berkhemah...senang dan selamat masa tidur.Tambahan pula kalo sejuk slepping bag jadi pakaiannya..

Pokde Rashid, ahli tetap group kome baru balik nahan jaring kasar.

Dapatlah hasil sebelah petang untuk lauk  makan malam...

Menu biasa, gulai tempoyak dan ikan goreng.

Pagi2 siap sedia nak tengok hasil tangkapan camna...tapi malam tu cuaca bapok le sejuknye, nasib baik le ada unggun api bawah pondok tu...boleh le hangatkan badan...

Kali ni 3 buah kenderaan kome pegi...tapi tak saing le...kome paling awal sampai...

Ikan bandaraya atau ikan cuci cermin, 8 ekor dapat...boleh dijual kepada sesiapa yang nak bela dalam akuarium atau dalam kolah, sebab ikan  ni memang kerja dier makan lumut dan kotoran dalam akuarium.

Hasil tangkapan agak mengecewakan. Tak seperti selalu kome pegi situ...Tapi bolehlah untuk makan sendiri...

Hala balik singgah ke lokasi di mana terdapat periuk kera untuk dibuat lemang..


Memang tak menghampakan, walaupun tak banyak tadi ade lagi habitatnya di situ.

Cukup enak kalo dibuat lemang dan dimakan bersama ikan pekasam potok

Dengan pokok2nyer sekali ambik untuk dibiakkan di rumah...

Hampir setengah guni jugak le kome kutip bawak balik.

Selalunya kalo lalu jalan ke Tasek Bera, memang kome singgah kawasan habitat periuk kera di situ untuk dibuat lemang periuk kera ( rujuk posting terdahulu) .

Untuk aktiviti kali nih, rasanye ikan di Serting tu mungkin berkurangan sebab kalo tengok ke gelagat orang mancing situ, memang ramai...bukan setakat memancing, aktiviti ,menjaring dan memasang tajo pun banyak dijalankan oleh penduduk tempatan.

Bagi koi, ikan tu rezeki masing2....apa yang penting, aktiviti outdoor seperi tu memang koi dan rodong2 minat lakukan......

Sekian....