Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, November 21, 2011

Malaysia juara...

Salam...


Tahniah Harimau Muda, perlawanan yg menghiburkan ..............kita menang emas ibu segala sukan....

Saturday, November 19, 2011

Cikgupun dapat hadiah jugak

Salam....

Sebelum tu, tahniah buat team Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir sebentar tadi.

Utk post nih, koi muatkan sebahagian video yg koi telah cut berkenaan dengan hadiah khas Guru Besar utk kakitangan dan guru yg menunjukkan komitmen yg tinggi terhadap sekolah.

Yg membanggakan koinyer, penerima pertama di kalangan guru adalah koi sendiri. Walopun terkejut, tapi koi memang dah menjangkakannye. Tapi x le sangka antara penerima pertama.

Dan itu menunjukkan bahawa pihak sekolah amat menghargai jasa2 staffnye apatah lagi Tahun 2011 ni UPSR menunjukkan peningakatan 21% kuantiti dengan kelulusan 82% walopun 5A turun ke 5 orang dari 6 org tahun lepas.

Walopun hadiah tu x seberapa nilainyer, keknyer penghargaan yg diberikan amat besar nilainyer....

Dan buat mana2 guru yg tak terpilih tu, jgn la berasa kecik hati, tahun hadapan tibalah giliran wokme pulok....dengan syarat sumbangan yg dibuat nampak ke hasilnyer.



Sekian...


Friday, November 18, 2011

Belajar upload video ke youtube

Salam...

Sesaja nak mencuba upload video ke youtube sebab tengok macam2 pesen video ande kat situ.

Jadi, sempena video yg koi ambik mase hari anugerah kecemerlangan pendidikan pagi tadi, koi cubalah upload beberapa video.

Dan hasilnya spt link kat bawah...











Rupa2nya senang je weh nak buatnyer. Apa yg penting saiz dan duration video tu jgn lama dan besar sgt...

Sekian...

Sunday, November 13, 2011

Dah jadi hobilah pulok...

Salam....

Semenjak beli TV baru 42 inci dgn HDD Media Palyer baru ni, koi mula terjebak dgn aktiviti mendonwload filem dari internet.

Setakat nih, rasenyer banyok dah filem yang koi save....dalam sari te, dapat le se filem.

Gitu le lebih kurang...kalo hari tu tak sibuk.

Setakat nih, filem2 melayu je yg banyoknyer sebb anak2 koi suka layan filem tu. Kekadang tu sampei 3,4 kali tonton bende yg same...

Kalo sesape berminat nak link kat filem tu di ade hplink kt bawah...

Sempoi gitu

Ohsyok

Direct Donwload Movie

Walopun nak ke tengok cerite tu, paling kurang pun 3-5 jam baru siap download bergantung kpd acces internet.

Makakan koi guna streamyx murah, terpakse le bior komputer terpasang berjam2 lamanyer bagi sudoh kerja2 download cerite tu..

Keknyer, dari koi beli VCD atau DVD baik koi pilih je cerite mane yg berkenan. Ande ratusnyer cerite, pilih je mana nok...

Sekian....

Friday, November 11, 2011

Kisah di sebalik kisah

Salam...

Tengah melayari facebook, ande satu cerite yang sedak dibace...

Apa kate moh kita bace same-same walopun ande antare kite dah bace cerita nih......

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sblum trlambat..

Insyaalah, semoga kite dpt sedikit hidayah apabile membace kisah di atas...

Thursday, November 10, 2011

Ngadanye popalih...

Salam....

Bila dapat mengalahkan lawan, memang satu perkara yang menyeronokkan. Nak pulak kalo lawan tu org yang hebat.

Keknyer kalo ye pun jangan le ngada2 sangat cam video kat bawah nih...





Monday, November 7, 2011

Kenduri Kurban dan Aqiqah....

Salam....

Dalam pukul sepuloh pagi selepas sembahyang raya, bergerak kome 4 beradik ke Felda Bukit Goh untuk ambik daging lembu yang disembelih di sane.

Kebetulan pak mertua adik koi ade lembu yang cukup umur dan boleh berkira2 pulak hargenyer, kome adik beradik memang dah pakat nak buat korban dan beberapa bahagian aqiqah.

Sampei di Mayam, dalam pukul 4 lebih, kerja2 mengagihkan dagingpun bermula dan selesai dalam pukul 6 lebih.

Untuk bahagian kenduri kome anak beranak masak bermula pagi tadi dan Alhamdulillah, semua majlis selesai dijalankan tanpa ade sebarang musibah dan berjalan lancar sebagaimana mengikut jadual.

Memang tak dinafikan, buat kenduri ni satu pekerjaan yang meletihkan tetapi memuaskan apabila melihat tetamu yang datang berselera menikmati hidangan.










Dan Insyaalah, dilain tahun, majlis sebegini boleh diadakan lagi.............jika semua adik beradik ade kesepakatan....

Sekian....