Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, March 26, 2011

Memang lawak...

Salam.....

Memang lawak gile video nih. Sarikata yang direka memang menghiburkan. Video lawak yang sedang hangat di dunia maya....

Moh le tonton........



Hehehe...

Memang kreatif rakyat Malaysia nih....

Sekian...

Friday, March 25, 2011

Cikgu melepaskan budak ikut mood ?

Salam...

Ayat maut sewaktu perbahasan usul pada saat2 akhir yang menghangatkan suasana yang semakin tegang dek kepanasan dewan yang sedia panas.

Usulnya baik cuma meminta pihak sekolah melepaskan murid keluar tepat masa balik.

Jika balik pukul 1.15 petang. Bunyi je loceng, murid2 terus keluar spt sekolah2 di negara barat. Tak perlu tutup kipas, susun kerusi, bersalam dengan guru dan berbaris membaca doa hendak pulang.

Cuma yang memanaskan hati , katanya " ada guru yang melepaskan budak pulang ikut mood".

Seolah2 cikgu2 di sini melepaskan pelajar pulang ikut sesuka hati. Kadang cepat dan kadang lambat. Begitulah maksud ungkapannya agaknya lah....

Oooo...kalau boleh lepaskan murid ikut mood............lagi la sukanya cikgu2 ni. . Agak2 malas nak mengajar, suruh budak balik je. Agak2 murid malas buat kerja..suruh balik ke rumah.


Hehehe..............

Sebagai pengajaran......kita nak bercakap biarlah sesuatu yang ada manfaat untuk kebaikan bersama dan bukannya mencari salah orang lain. Sesuatu yang kita tidak jelas, elok bertanya terlebih dahulu dan jangan hendakkan nama popular, memberikan usul dalam mesyuarat yang memerangkap diri sendiri.

Akibatnya, jadi bahan lawak dan kritikan serta kutukan orang lain.

Sekian....


Wednesday, March 23, 2011

Politik menuju kehancuran

Salam....

Moh kite bercerite pasei politik semasa kat negara Malaysia yang semakin hari semakin merioh dgn cerite2 yang kita tak tahu benor ke pedooh.

Walopun koi antara blogger yg x minat bercerite pasei politik2 nih, keknyer terpanggil jugak utk sama2 kite buat renungan dan muhasabahkan diri demi masa depan anak cucu kite akan datang.

Agok2nyer, betoi ke kisoh yang tengah dihebohkan pasei video sex spt yg didedahkan oleh 3 org yang sebelum ni dah tengelam namanye dan yg langsung kite tak kenei sebelum nih.

Apa nak jadi le koi pun x paham. pasei liwat le, pasei sex le, macam dah takde isu lain nak bagi seseorang tu jatuh.

Kalo kat negeri lain, perkara yg lebih penting diadili rakyat dan bukannyer bende2 yang mengaibkan yang kite tak tahu kebenarannyer.

Andainyer benar, maka teruk le pemimpin yg tertuduh dan andainyer fitnah............Astarfirullah Al azim........betapa besarnyer dosa memfitnah dan hanya Allah SWT sahaja mengetahuinyer dan mengampun dosa2 yang dilakukan.

Itupun andainyer si difitnah memberi kemaafan. Andainyer tidak...............sendiri mau ingat le....syurga neraka tetap wujud.

Dan yang menghairankan, dekat2 pilihanraya..........macam2 cerite x munasabah wujud. Dan agak2 rakyat percaye ke tidok cerite tu......

Kesimpulannyer............itulah senario politik kat sini yang benar2 dipolitikkan.....

Allahualam...

Tuesday, March 22, 2011

Moralnyer...bayarlah zakat ternakan..

Salam....

Singgah di rumah rodong seketika menghabiskan masa2 petang mendengo keluhan penternak lembu kecil-kecilan yang mengalami kerugian akibat serangan hawar mengakibatkan kematian binatang ternakan khususnyer lembu dan kebau.

Memang koi tahu yang serangan tersebut telah menular dalam sebulan dua nih di bahagian barat daya Purun sebelah kampung Bohor dan sebelah kertau menghala ke Pekan.

Banyok dah lembu dan kebau yang mati secara tiba2 tanpa disedari dek tuannyer.

Kebetulan tadi berborok dengan salah sorang penternak lembu kecil-kecilan ni yang menceritekan yang dier ada 4 ekor lembu. Sekor hilang tanpa dikesan dan 4 lagi mati akibat hawar berjangkit nih.

Begitu jugak dengan beberape rodong lain yang turut sama mengadu pasei lembu yang mati disebabkan penyakit.

Kisah hawar nih dah satu hal. Yang ada pulak ada puak suka mencuri lembu orang lainpun satu hal jugak. Setakat berodong dengan penternak2 lembu nih, ade jugak kes2 kesangsian mencurigakan mengenai hal2 berkaitan dengan lembu nih.

Menurut ceritenyer, suspek yang terlibatpun orang sini jugak dan merupakan penternak lembu . Tapi bukti yang mengsahihkan kes tersebut masih belum diperolehi. Kemungkinan kegiatannya begitu licik sehingga susah untuk dibuktikan.

Yang berkaitan dengan penyakit hawar nih, ada suara2 mengatakan sebab musababnyer berpunca dari penternak sendiri. Kalo diikutkan apabila ternakan melebihi 30 ekor yang dah cukup tahun, kenalah keluarkan zakat ternakan.

Jadinyer, dalam berpuluh2 penternak yang ada, entah berape org saja yang membayar zakat ternakan nih. Jadinyer tak heranlah kalo Allah SWT menarik balik nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Satu lagi, kaedah penternakan yang tidak sistematik juga merupakan satu punca penyebaran penyakit nih. Kalo semua lembu dan kerbau dikurung dalam kandang, rasenyer susah jugak penyakit nih berjangkit melainkan dibawa oleh angin sebagai agen penyebarnyer.

Bukan sahaja ternakan tu dilepaskan berkeliaran, ada sesetengahnyer memasuki kampung saban malam hingga menimbulkan sumpah seranah orang ramai yang tidak dapat hidup aman di kampung sendiri akibat lepas tangan si penternak nih.

Mungkin kejadian nih ada hikmahnyer. peringatan kepada penternak supaya mengeluarkan zakat dan mengambil berat di mana dan ke mana ternakan tersebut berkeliaran.

Dan bagi orang yang tiada kaitan dengan hal ehwal lembu kebau nih, apa yang dapat dicakapkan ialah.......................................sabo jelah.......anggap le satu cabaran.


Wassalam...

Saturday, March 19, 2011

Imaginasi budak2..


Salam...

Bebudak kalo terpengaruh dengan cerite katun ginilah gayenyer. Siap ada dialog2 tersendiri memainkan peranan mainan tu dgn bersungguh2.

Tak sedar aksinyer dirakam dek abohnyer. Kalo tahu, malu jugak gamaknyer....

Jaman kite dulu tak merase nak main mainan macam2 pesen nih. Kalo andepun hok buat sendiri daripada bahan terpakai.



video

Cume yg tak dayenyer umah macam tongkang pecah. Bersepah2 dgn mainan toh bende2.


Wednesday, March 16, 2011

Giliran laih mengambil tempat.

Salam....

Bertolak dalam pukul 10.30 pagi menghala ke Sungai Serting pada mulanya.

Tengok air rupa2nya dah surut. Patah balik ke Sungai Bera di kawasan limpahan air hadapan Felda Plantation Triang 2 yang jaraknyer lebih kurang 2 km dari jalan besar.

Sampai je kwsn situ, rupanya dah ada 4 fiber kepunyaan geng mencari ikan yang tidak dikenali. Tengok kwsn persekitaran, rata2 dah dipasang jaring .

Start jeep, cari kwsn lain. Sampai je satu laluan yang dipenuhi air, pasang khemah dan terus cari port untuk pasang jaring.

Memang nak jadi rezeki makan tengah hari, dapat sekor baung baya2 keting dewasa dan sekor sebarau lebih kurang 300 gm.

Dan yang menghairankan sewaktu melihat jaring sebelah petang, lebih kurang setengah kilo je yang sangkut sekaligus kome membuat andaian memang takde rezeki di situ.


Macam biasa, berkhemah adalah satu kemestian apabila berjalan jauh.

Sebarau masih hidup untuk dijadikan lauk tengah hari.

Jangan tunggu lama untuk memproses baung segar setelah perut kelaparan kerana jam hampir menunjukkan pukul 3 petang.

Pucuk sekincir dijadikan ulam makan nasi. Pertama kali koi makan .

Rencah asam lemak tempoyak memang dibawa bersama untuk menggulai baung atau apa2 ikan yang kena kat jaring.

Menu ringkas tetapi sedap. Tambahan pulak ada ikan perkasam .....4 pot nasi koi tanak hampir licin dimakan seramai 4 orang.

Macam biasa, paling sikit pun 20 utas jaring ditahan. Gambar ikan ubi yang seberat 750 gm sangkut di jaring.

Spesis lampam jawa dan potok yang agak besar. Sangkut pada jaring 3.5 inci.

Memang rezeki pagi tadi. 3 ekor baung Sungai Bera yang masih hidup apabila dikeluarkan dari jaring.

Ikan ubi 3 ekor yang kome dapat. Memang sedap spesis ni. Dagingnya banyak dan lembut.

Ikan ni dipanggil bilut. Macam ikan laih cuma bezanya mucungnya yang panjang dan tiada misai berbanding ikan laih. Ada yang lebih dari 2 kilo berat ikan ni, keknya kome belum pernah dapat yang besar2.

Hasil tangkapan yang mencecah hampir 10 kilo yang tak disangka2 sebab pada mulanya tanggapan memang tiada ikan di situ.

Siap sedia hendak balik setelah masing2 berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Ini dia ikan laih yang rata2 gred A sebab banyak yang lebar2 3 jari besarnya. Hampir 5 kilo yang kome dapat. Dan kalau dibeli, harga sekilo RM20 kerana rata2 digemari orang ramai.

Cuma kome terlupa membawa jala untuk menjala sebelah malam. Sebabnya sewaktu petang semalam, kome dikunjungi oleh seorang lelaki yang sama2 mencari ikan di situ memaklumkan kawasan tu memang banyak terbul bermain di gigi air.

Menurutnya, ricik halus2 buah sawit yang masak, tabur ke dalam air dan tunggu dalam 20 minit. Tak lama kemudian, ikan terbul dan seluang akan datang makan umpan ditabur tersebut. Dan kalau ada jala, tebarkan saja ke kawasan itu. Silap2 gaya 3,4 kilo boleh dapat.

Insyaalah, tempat tu akan kome kunjungi lagi apabila tiba masa yang sesuai iaitu sewaktu air sungai mula melimpah kerana secara logikalnya, apabila air melimpah, ikan akan turut sama mengalir bersama air terutama spesis baung, lampam, tengalan dan sebagainya.

Wassalam...

Saturday, March 12, 2011

Berpeluang negok silat depan pengantin...

Salam....

Musim cuti bermula nih, banyok le kenduri kawinnyer. Tak ketinggalan jugak le sorang rodong yang sama sekolah turut melangsungkan majlis kawinnye pada hari ni.

Yg menariknya semasa kenduri tu, turut diserikan pertunjukan silat oleh 2 orang pendekar Kumai ( sebab rumahnye kat Felda Kumai).

Jarang boleh tengok org bersilat depan pengantin nih. Dan kebetulan tadi ada pertunjukan tu menjadikan majlis tu tadi ada kelainan tersendiri.

Bile menengokkan org bersilat tu tadi, teringat zaman koi berkecimpung dalam dunia silat Stan Muakat yang dikendalikan sendiri oleh koi dan rakan2 semasa bujang dulu.

Keknyer, payoh dah nak cari rodong2 yang sama sebangsal dulu tu. Dan kalo adepun mboh dah lupa langkah2 silat pertunjukan tu.

video

Semoga budaya silat nih dapat diperkembangkan kepada generasi muda supaya tidak pupus ditelan zaman.

Dan buat pengantin baru, Cikgu Siti Khadijah semoga berbahagian bersama si suami pegawai tentera hingga ke akhir hayat kalian....Amin...

Sekian...

Friday, March 11, 2011

Sudah bermula .....

Salam....

Setelah sekian lama tidak dianjurkan aktiviti kelab badminton Purun, jadinye kome bersepakat mengadakan kejohanan tertutup antara kome2 bermain badminton.

Dengan agihan kumpulan secara undian mengikut tahap permainan, dua kumpulan dibentuk dengan setiap kumpulan mengandungi 5 regu dan setiap regu bermain 4 perlawanan.

Yang seronoknya, setiap perlawanan berlangsung, kelab akan tanggung 2 shuttles untuk satu game.

Dengan reputasi kumpulan serta semangat bakar membakar, perlawanan menjadi hangat dengan penampilan corak permaianan yang bermacam2 gaya.

Cuma yang agak terkilannya, ada pemain yang mendaftar tetapi tidak datang bermain sedangkan kawan seregu menunggu untuk bermain.

Kalau memang taknak bermain, tak usah mendaftarkan diri sedangkan regu lain sudah bermain 3 perlawanan berbanding ada regu yang belum bermain untuk satu perlawanan sekalipun.

Harap2 regu yang belum bermain tu, dapat menyabarkan diri kerana pemilihan pemain adalah secara undian..





Dan setakat ni regu koi sudah berjaya mengalahkan 2 regu yang lain dan seandainya menang untuk perlawanan ketiga, Insyaalah, kome akan melangkah ke perlawanan separuh akhir...

Begitulah adanya...

Tuesday, March 8, 2011

Lama tak makan, sedap juga...

Ass Salam...

Mase tengoh main badminton kat dewan, tengok hanpon ade masej masuk.

Rupa2nyer rodong ajok makan lemang periuk kera kat umah biase kome melepak.

Lepas je main, terus ke sana dan tengok hidangan lemang tu selera lain macam je.

Dengan badan yang letih, perut pulak lapar.......rasenyer abis 5 ketul lemang tu koi balun.

Cicoh pulak dengan ikan salai............toksoh cerite le.......Kat hotel 6 bintang pun takde juei menu gini.....

Keknyer mase2 tertentu je boleh jumpa hidangan gini............

Sedang2 ginilah yang sedak dimakannyer...........kecikpun tidak, besorpun tidak....sedang2...

Ikan yang kome tangkak baru2 ni disalai, kemudiannyer digoreng garing2......

Insyaalah..................kalo kome ke Serting lagi, dan lalu jalan ke Tasek Bera ......singgah sekejap tepi jalan dan kutip periuk kera tu utk buat lemang lagi...........

Sebabnyer..............memang sedap....

Insyaalah.....

Sunday, March 6, 2011

Aktiviti 3 dalam 1

Ass Salam....

Bertolak jam 2.30 petang semalam, sampei je kat Pondok Awang ( lokasi tebing Sungei Serting tempat seorang peneroka F. Mayam buat pondok kat situ), tengok air sungei masih lagi besor dan deras arusnyer.

Jadi, kome ambik keputusan menghale ke jambatan bising ( kswn di mana ada jambatan yang berbunyi bising apabila ada kenderaan menglaluinyer).

Tengok air kat sunegi situ, same jugak....deras arusnyer. jadi kome pakat2 tahan kat satu alur parit besar yang dibina ascalator untuk mengalirkan air di kawasan itu ke Sungei Serting.

Tempat tu, kalo tengok memang tak caye ade ikan, keknyer kome pernah dapat hampir 20 kg bile nahan jaring situ baru2 nih.

Air yang paras2 pinggang campur selut, sedang molek le kome meraduk air pasang jaring sepanjang parit tu.

Jadinyer, setelah tengok hasil 2 kali, malam dan pagi tadi...........dapat le lebih kurang 14 kg ikan pelbagai spesis.

Yang koi pujinyer, ikan kat sungei Serting nih memang sedap berbeza dgn tempat2 lain yang penah kome kunjungi.

Persiapan hendak bertolak.

Kawasan lapang tempat dirikan khemah.

Siap sedia untuk turun ke air..

Mase menunggu malam menjelma di samping menunggu lauk dimasak.

Menu makan malam, ikan sungei jemur kering dgn gulai lemak tempoyak ikan sungei serting.



Kawasan alur parit yang memanjang.

Sebelah pagi setelah habis jaring ditating.

Hasil tangkapan yang agak kurang....berbanding sebelum nih.

Tapi ikan bandaraya atau cuci cermin nih, memang banyok...

Setelah dicurah untuk agihan....termasuk puyu dan ikan setenggek serting yang bersaiz besor...

Aktiviti kedua, kome singgah di hutan Ramsar tepi jalan menghala ke Tasek Bera untuk mencari akar tongkat ali dan periuk kera.

Kat sinilah kome berenti tepi jalan sebelum masuk ke hutan berdekatan mencari tongkat ali.

Pokok tongkat ali yang banyok tumbuh kat situ tanpa disedari oleh orang asli. Kalo asli tahu, habis diambiknyer untuk dijadikan duit...

Proses mencabut akar tongkat ali dengan menggunakan pelbagai kaedah. Nasib baik le tanah berpasir, tak le beriye sangat mencabutnyer.

Dan akhirnya dapat jugak le sikit akar kayu tu dan sekali kome ambik akar pokok selada yang berbau macam bau sarsi untuk buat ubat kuat..

Seterusnya kome jejak pulak kawasan tumbuhnya periuk kera untuk dibuat lemang periuk kera
( klik teks tu untuk ketahui lebih lanjut).

Contoh yang tumbuh kat kawasan pokok.

Tapi paling banyok, yang tumbuh melata kat tanah.


Cuma pilih mana yang besar dan elok tak bocor, pastu bubuh je dalam palstik.

Sambil2 tu cuba2 ambik benih kot boleh ditanam untuk tanaman hiasan.

Inilah yang kome dapat kutip di kawasan tepi jalan tersebut. Dan insyaalah, tak malam nih, malam esok, meraselah kome makan pulut yang dimasak di dalamnye. Makan pulak bersama ikan sungai salai dan ikan potok perkasam.

Dan nak jadi cerita, pagi tadi sedang kome menanggalkan ikan, ade sorang mandur kat Felda Plantation situ berborak pasei tempat2 banyok ikan di sungei sini.

Dan itu merupakan berita baik buat kome sebab senang nak dapatkan maklumat tentang keadaan air sungei situ drpd segi kesesuaian menahan jaring di samping boleh kome ikut dier ke tempat2 yang potensi ikannya banyok serta besor dan ikan mahal2....

Insyaalah, kalo takde aral melintang cuti sekolah seminggu ni nati, kome ke sana lagi....

Sekian....