Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, February 27, 2011

Bukan bertindak kejam, tapi dah tak tahan...

Ass salam...

lama sgt dah dibiorkan si jahanam tu bermaharajalela. Bermula tahun 2007 dulu, mana penah koi bertindak kejam ke atas binatang tu.

Selama ni, koi guna pendekatan lembut dgn bertindak sabar dan bertahan dengan menggunakan pelbagai cara memelihara pokok daripada dimusnahkan dek babi celaka tu.

Lama kelamaan, koi tak tahan jugak. Habis dah cara memagar anak pokok.

Dari pendekatan pagar keliling kebun guna jaring pukat, guna zink, bubuh rambut, bubuh ubat gegat, bubuh jaring vrc kat pangkal pokok dan macam2 lagi dah penah koi buat keknyer tak menolong koi menghindari serangan celaka tu.

Dan apabila dah tak tahan, koi cuba guna pendekatan meracun si babi tu dgn menggunakan racun paling berbahaya sekali.

Kawasan si celaka tu mencari cacing..


Di situlah koi letakkan umpan keledek yang dicampur dengan racun lenet...


Tengok le macam mana esok lusa. Kalo ade kesan makan umpan keledek tu, Insyaalah..........mati keracunan babi tu.

Harap2 bior le si babi tu makan sampai habis supaya hati koi puas dan dapat menguruskan projek tu dengan senang hati.

Wassalam...

Saturday, February 26, 2011

Kome panggil beliau Senu...

Ass Salam....

Calon Pas dalam pilihan raya N28 Kerdau saudara Hasanuddin Salim dipilih kali kedua bertanding dalam pilihan raya kali nih.

Biorpun kalah dalam 2008 dulu, pemilihan beliau adalah tepat kerana faktor anak tempatan selain memegang jawatan ketua penerangan pusat.

Kalo kat kampung, atau terjumpa kat mana2 , kome panggil dier Senu. Biase sgt le dengan dier dan kalo nak diikut tali persaudaraan, kira2 2 pupu .

Mase kome duduk loyang era akhir 80-an dulu, kerap sgt le berjumpa dgn dier sebab umah ayoh dierpun sebeloh dgn umah ayoh koi kat Loyang sane tu.


Lagipun, Kg loyang adalah tempat koi dilahirkan.....

Semoga saudara Senu gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan sebab maklum le, dlm politik ni macam2 bende boleh berlaku...

Allah Ukhbar 3X




begitu la adanya..............

Sunday, February 20, 2011

Popalih....potok, banyoknyer...


Salam.....

Jam 4.35 kome berlima selamat sampai kat lokasi Peringkat 4 Pejing dengan agak terkejut melihat air paya yang dulunyer bapok le besor, tapi telah surut dengan banyok.

Setelah bertekak lebih kurang memilih lokasi mana nak buat port dan lokasi strategik nahan jaring, akhirnye kome ambil keputusan di kawasan berhampiran jambatan yang hampir dengan jalan utama.

Tanpa berlengoh, keluokan jaring, pastu masuk dalam paya terus tahan sebab takut tak sempat tahan kerana hari semakin menjelang petang.

Seperti cam biase, melihat dah semua turun, bior le koi siapkan khemah dan masok untuk makan malam sebab kalo turun semua, tak makan nasik kome.


Kali ni kome berkhemah atas jalan je. Senang nak tengok jaring malam tu nanti.



Keadaan paya yang amat berbeza waktu kome pegi bulan 12 yang lalu. Mase tu air melaut besonyer. Tapi kini paras2 pinggang je campur selut.

Tapi memang betoi kate salah sorang ahli yang ikut pegi , ikan memang banyok kat sini. Tengoh2 tahan, je mboh kena dah ikannyer.

Terbukti apabila untuk petang tu saja dah dekat 5 kilo dapat ikan dan paling banyok ikan potok dan laih , walopun malam belum lagi menjelma. Kira2 rezeki kome untuk santapan makan malam.

Makakan ade rodong yang bawok rencah untuk masak gulai tempoyak, maka, makan gulai tempoyak laih dan sekor bilut kome malam tu. Selain tu ,ikan pekasam, budu.......pucuk putat
( tanaman yang tumbuh di dalam paya) menjadikan kome makan luar biase banyoknyer.


Pucuk putat ( buat ulam cicah budu) , payoh jumpenyer kecuali di kawasan2 tertentu. Rase dier sebijik macam rase serai kayu. Kelat2 sikit. Keknyer memang sedak dimakan.

Bimbang ikan busuk kalo tak tengok waktu malam, kome turun jugak dengan meraduk air campur selut. Mula2nyer serun jugak, tapi bile tengok ikan bergayut kat jaring, jadi seronok pulok dah.


Waktu pagi sesudah sarapan ala kadar, semua jaring yang dipasang, kome angkat dengan ikan2nyer sekali supaya nak cepat.

Dan seterusnye , kome gayut jaring tu pada pelepoh sawit supaya senang nak tanggalkan ikan.

Campur sebelah malam, dekat2 juga penuh 2 tong putih tu...

Sampai kat rumah, hampar atas tikor dan basuh dulu supaya bersih.

Ikan laih..............sebeloh senja je banyok dapat. Waktu pagi, ade le 3,4 ekor yang sangkut.

Ikan haruan, keli, ubi, toman.......................hampir 7 kilo kome dapat.

Ikan kepor atau patung....ikan yang susah ditanggalkan drpd jaring kerana sirip atasnya tajam dan melekat kuat kat jaring.
Dan tangkapan paling banyok.........ikan potok...macam2 saiz ade....... Campur semua, lebih kurang 30 kg hasil tangkapan kome untuk sesi ni.

Sampai2 je kat umah, koi terus siang separuh drpd ikan yg sudah diagih kpd 5 bahagian tu dan separuh lagi koi eksport kat mak koi sebab dah tak larat menyiangnyer.

Yang dalam besen tu, khusus untuk dibuat ikan pekasam.


Memandangkan stok pekasam yang ade dah semakin berkurangan.

Nak cerita sebeloh malam tu, kome diganggu oleh makhluk halus sehingga nak tidurpun tak dapat. Menyebabkan koi lari tido dalam kereta sebab tak tahan kene gigit dek semut kecik yang juta banyoknyer bawah kanvas alas tido tu.

Kalo nyamok, ade ubatnyer, kalo semut tu.....................ngeri koi melihatnye.....

Dan misi seterusnya...................sama ada lampam Sungei Serting ataupun seluang mungkus Sungei Pahang.............

Tengok mana yang sempat dulu.............

Wassalam...


Friday, February 18, 2011

Moh main badminton...

Salam hari jumaat......

Moh kite pegi main badminton...........ni tengah semangat nih wehhh...

Biorpun main tak setere Lin Dan mahupun Datuk Lee, keknye kalo koi main dengan M. Nasir atau Nasir Bilil Khan, rasenyer koi menang.

Biase2 semalam main 3 game, seminggu 3 kali. Bermakne kadang-kadang tu 9 game seminggu. Bahagi pulak dengan set, jadinyer 18 set seminggu.

Keknyer, skill paras tu jelah, takmboh bertambah......

Mungkin dah masuk zon asar kot.............

Hehehehe.................


Sekian...

Wednesday, February 16, 2011

Telepon AP

Salam...

Padan le telepon koi Nokia E5 yg koi beli ni murah seratus dari harga biase. Rupa2nyer telepon ni yang jenis AP ( Approval Products).

Koipun baru tahu bile tadi menemankan rodong membeli telepon yang sama sebab rodong tu berkenan juga kat E5 ni.

Disebabkan tukang juei tu cerite pasei AP, koi tak berape paham sgt sebab kepala dah letih baru balik dr mesyuarat.

Jadinyer, koipun cari maklumat dlm internet apa dier telepon AP ni sebab pertama kali koi dengor.

Maklum le koipun bukan care sgt pasei handpon canggih2 nih.

Kat bawah ni, maklumat ringkas yg koi dpt dr blog orang lain....

Ori Set

* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
* Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis.
(Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
* 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
* Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.

AP Set

* Maksud AP adalah Approval Products
* Selalunya di import di luar negeri dan dijual kepada pengguna
* Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi.
* 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
* Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Jadinyer...gitu le kisohnyer....



Tuesday, February 15, 2011

Sup hidung...



Sape sangke ade sebenonyer peminat sup hidung dan bibir lembu / kebau ni rupa2nyer termasuk le koi salah sorang daripadenyer.

Sedap weh kalo kene gaya masaknyer. Nok2 pulok makan tengoh perut lapor. Kaloh sup daging lembu tu dibuatnyer.

Rase dier macam makan sup kaki juge le..kenyel dan empuk bile direbus lama2.

Keknyer nak masak sup hidung nih kene betoi carenyer. Kalo tak, hilang selera nak makan. Kene bakor dulu hangus2, lepas tu kikis pulak antang kulit yang dah hangus tu. Lepas tu, baru lah cincang kecik2 dan basuh bersih2 sebelum direbus.

Nak ke bagi empuk kena jerang atas api paling tidokpun 3 jam lebih sebelum ganti air lain dan masukkan perisa ke dalamnyer.

Ade sorang pakcik tu geli sangat nak makan, kabonyer takut tak bersih sebab memandangkan hidung lembu tu sempudai kehitaman.

Keknyer koi jawab mudoh je nak tahu bersih atau tidak. Bile dah rebus dan sebelum masukkan garam, acu rase air rebusan tu. kalo ade rase masin, nescaya hidung tu tak bersihlah basuhnya. Sebab tahi hidungkan masin rasanyer.


Sesedap sup hidung nih, bagi koi sedap lagi kalo makan lidah lembu panggang......rase dier, lagilah lemaknyer....

Cara nak buatnyer, sama je dgn cara buat sup hidung tu tadi. Kena bakor dulu, kikis dan racik kecik2 . pastu panggang atas api........

Tapi nak rase makanan gitu, kene join puak yang melapah lembu je. Mase sudah2 melapah tu, mase itu le ade yang proses lidah tu untuk santapan sesiapa yang menggemarkannya.

Kalo dah rase sekali, mesti nak lagi........


Salam Maulidur Rasul

Salam ..

Selamat mennyambut Maulidur Rasul 1432H

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Sekian...

Saturday, February 12, 2011

Petua kalo kena sakat....

Salam....

Alhamdulillah.....setakat nih sepanjang kegiatan koi mengikuti outdoor sama ada mase aktif dengan Pusat Kokurikulum Negeri mahupun Daerah dulu ataupun aktiviti mencari ikan atau sebagainya, belom penah koi kena sakat dek jembalang mahupun spesis dengannya.

Tatkala rodong2 yang sama2 ada pengalaman cari ikan atau berburu penah ade yang menceritekan pengalaman kena sakat dek hantu nih.

Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya, dan perkara sedang terjadi ada petuanya.

Begitu jugak dengan salah sorang rodong koi yang boleh dikatakan aktif memancing ikan terutama menjelang senja atau waktu malam.

Dikala matahari menyembunyikan wajahnya, tatkala itulah spesis hantu jembalang ni akan berkeliaran di kawasan mereka.

Penah rodong ni beritahu saat dia mengail waktu petang dan apabila kail asyik mengena menyebabkan leka hingga ke malam.

Dan waktu nak balik motor yang ditungganginya takleh bergerak walaupun dipress laju2. Tambahan pulak katanya motor tu baru keluar plastik. Baru 2 bulan beli katanya.

Apa nak dikatalah.........takutnya usah cerita. habis segala bulu yg ada meremang dan tegak berdiri. Orang cakak, kalo bulu roma tetiba je berdiri, nescaya ada hantu kat dekat2 situ.

Disebabkan bukan saja ade ilmu mancing, ilmu kesabaran pun ade, rodong ni pun turun motor dan cuba tolak perlahan2.

Mase tolak motor tu, mboh pulak jalannya. Keknyer mase naik je...takleh jalan. Tu yang menyebabkan rodong koi ni syak yang ade sesuatu menumpang dibelakang motor tu.

Ditelek kat cermin, tak nampok apa2. Keknyer berat semacam je motor tu.

Dan ketika itulah........teringat pesan seorang pakcik yang mahir dalam ilmu hutan berpesan kepadanya jika dilanda setiausi sebegitu.

Pesannya .... Cakak kuat2 dengan benda yg tak nampak tu bahawa :

" Hei kawan.........awok ni sakat salah orang. Sebelum awok ande kat sini, koi lama dah main kawasan nih. Ni tempat koi kencing, berok kat sini. Tak payah ngacau koi sebab awok tak kenei koi ni sape. Ni kawasan koi main. Lama dah kat sini dari awok lagi..." Macam marahkan orang biase walopun tak nampak toh sape2 yang kita marah tu.

Kata dek rodong tu, petua yang diberikan tu rupa2nya menjadi wehh... Lepas beberapa minit setelah hampir menolak motor, dan akhirnya sampai kat satu simpang, rodong nih pun beritahu...lagi

" Hah kawan .........sampei sini cukuplah awok numpang motor koi...awok ikut jalan lain, koi ikut jalan lain....jalan kita tak same"....

Tapi rodong ni tak terus balik rumah sebab takut bende tu ngikut balik....tapi dier singgah kedai kopi ngeteh dulu bagi hantu tu bosan nunggu kot kalo ade hasrat nak tikut balik.

Jadinya, apabila koi mendengar akan cerita yang penuh semangat siap dengan gayanya sekali, koi andaikan bahawa tujuan petua tu diberikan agar kita menjadi berani dan tidak lemah semangat bile terkena gitu.

Maklum le..kalo berdua atau bertiga mungkin keberanian tu ade, keknya kalo sorang2 .........silap2 mboh lari pecut selaju yang boleh.

Dengan kata gitu semangat nak marah tu datang sekaligus memadamkan rase takut. Dan mengikut kata orang2 tua kalo kita takut, suka sangat le benda tu nyakatnya, keknya kalo kita berani........benda tulah pulok takut kat kita.

Sejauhmana kebenarnya..entoh lah...mungkin betoi kot.

Se lagi pengalaman rodong tu cakak kalo bende2 gitu ade kat pokok dan menyakat kita, pegi bakar pokok tu.....nescaya bende tu akan lari ketakutan sebab takut dengan api..

Tapi peristiwa bakar pokok tempat pontianak bergayut dah banyok kali koi dengor bahawa memang pontianak tu berpindah tempat.

Sebagai penutupnya, apa yang koi ceritakan kat atas tu salah satu cara rodong koi menanangi setiuasi gitu, dan mungkin cara dier menjadi pade dier mungkin tidak pada kita.

Tapi hakikatnya, apa yang penting, kalo kena gitu, janganlah terburu2 cabut lari dan baca le apa ayat Al Quran yang kita ketahui sebagai pendinding.

Cuma kalo boleh janganlah terkena kepada koi dan rodong2 sekegiatan ni....maklum le....takut jugak main dengan benda2 halus nih....

Wassalam....

Tuesday, February 8, 2011

Bermula musimnya...

Assalamualaikum........

Masuk je bulan dua, takde bendalah.....sibuk le ke padang petang2 bagi memenuhi tuntutan pendidikan yang seimbang drpd segi jasmaninya.

Minggu ni mula dah latihan permainan yang akan dipertandingkan di peringkat zon nanti.

Antara permainan yg ada sama je macam tahun2 yang lepas.

Kat kwsn sini bola sepak, hoki, bola jaring, bola tampar dan bola baling antara sukan yang dijalankan selain olahraga.

Koi tengok bebudak le.....semangatnya mengalahkan pemain Malaysia keknyer nyepok bola sesetengah tu ada yang tak kena langsung walopun semangat nak cuba nasib.

Hingga bulan 4 nih, itulah musimnya.......dan nak tak nak, kome2 cikgu2 merangkap jurulatih yang sokmo letih ni terpaksalah turun jugak.

Tapi yang seronoknya, masa inilah nak tunjuk skill lama kat bebudok yang main bola tu betapa cikgu dier bukan setakat mahir dalam melatih, tapi terrer jugak menggelecek bola.

Kalo disingkap sejarah sebelum ni, sekolah kome hebat jugak dalam permainan ni.....tahun lepas je hoki lelaki johan, hoki perempuan tempat ketiga, bola sepak tempat ketiga, bola jaring naib johan, bola tampar naib johan dan bola baling takde tempat......

Disebabkan reputasi yang kelihatan hebat tahun lepas, jadinyer tahun nih mesti lebih baik dr tahun dulu....sebab itu le kome2 nih dah mula risau menegokkan bakat bebudok tu tak ramei yang berkebolehan main dgn baik....

Nak pulak tahun ni, jersi dan bola dapat yang baru.....jadinya terpakse le meningkatkan prestasi ke tahap paling tinggi.






Wassalam...


Monday, February 7, 2011

Macam-macam pesen...

Salam....

Apabila koi melepak kat sesuatu tempat dan topik bualan masa dan ketika itu pasei kemajuan kampung, pasti banyok suara-suara sumbang mengutuk serta mengata akan halnyer pemimpin teratas masyarakat di sini.

Antara isu yang diutarakan ialah pasei tak buat keje. pasei lembu berkeliaran tanpa tindakan, pasei ladang, pasei lampu jalan yg tak menyala2, pasei pekedai tambah kedai hingga ke birai jalan dan banyok juge le isu2 sensitif dan terlampau yang tak selesai2.

Sebagai orang luar yang cari makan kat sini, koi tak boleh le nak kutuk lebih2 sebab yang duduk kat atas tu rasenyer memang banyok keje hingga tak terdaye menyelesaikan masalah kampung walhal itulah tugas utamanyer.

Tapi yg realitinyer, sejak kebelakangan ni, memang di sini jauh lebih mundur berbanding dgn Felda sekeliling yang kalo dilihat banyok juge le perubahan yg berlaku dari mase ke semasa.

Kalo kat sini, popalih......................kadang2 koi naik heran jugak akan pentadbiran yang seolah2 macam tak buat keje langsung.

Tak tahu le kot keje yang dibuat tu orang tak nampak. Keknyer apa yang orang kampung harapkan ialah hasilnyer. Tak kire le gone gaya ke kejenyer, tapi hasil akhirnyer mesti nampok jelas dan nyata.

Kite tengok pasei lembu pun cukup le. Tiap2 malam berkeliaran, ibarat macam kongsi kampung pulak jadinyer.

Lampu jalan..........pun satu hal. lampunyer ade keknyer tak menyala. Kalo yang kat umah orang tu takpa tak nyala sebab individu yang bayar. Ini yg kat lokasi2 tertentu spt kt kwsn masjid, sekolah, klinik dan tempat2 awam pun gitu jugak.

Se lagi, jalan tar di bebeberapa kawasan yang pecah akibat paip pecah. langsung tak dibela. Sesetengah tempat tu dah sampai bertahun2. Gitu jugak le keadaannya. Tak payah pegi jauh, kat mula2 masuk kampungpun dah nempuh jalan yang rosak.

Itu yang nyata lagi terang benderangnya. Yang masalah dalaman, yang kome2 nih tak tahu.....lagi le banyok gamoknyer.

Tapi sebagai cikgu yang dah macam orang kampung sini, koi kerap jugak dengor keluhan beberapa orang tak kira peneroka mahupun generasi menceritakan hal bagaimana pemimpin utama di sini spt takde. Dan kadang2 ada di antaranye yang melemparkan gelaran yang kita sendiripun tak sedap didengor...

Tapi nak buat camna........ibarat kate dek sorang rodong tu..........

"Kalo dah tak mampu memimpin, baik serahkan kepada orang lain aje drpd asyik kena kutuk dek orang je......tak pasei2 org lain dapat dosa sebab mengate...."

Itu le antara topik hangat yang seronok kalo dibicarakan waktu2 berkumpul beramai2..........

Sekian..........

Sunday, February 6, 2011

Cuaca panas keknyer sejuk...

Salam.....

Sari dua ni cuaca molek sangat....panas sampai ke petang dan sebeloh malamnyer pulok angin bertiup kencang hinggakan kalo berdiri sebeloh kaki...mboh tumbang saannyer..

Cume dengan cuaca begini, walopon panas keknyer badan masih terasa sejuk. Tak tahu kalo sistem badan kite nih mengalami perubahan jugak tapi yang nyatanya rate2 ramei mengatekan begitulah...panas tapi sejuk.

Kalo tak caye, ace kuar waktu malam hari. Kalo setakat pakai tshirt nipis, naik motor pulak tu....mboh mengeletor kesejukan......sampei ke tulang menikam sejuknyer.

Se lagi....ace tido tak berbaju spt kebiasaan kaum adam kat umah. kalo takde selimut....mboh mengekot buat angka lapan sebab sejuk. kipas angin pulok tokleh pasang nombor 5 sebab takut takmboh tidur.

Mengikut ramalan cuaca yang koi tengok kat telepon koi.......esok dan lusa masih lagi cuaca panas berangin. Keknyer start hari rabu hingga jumaat..........simbol pada ramalan tu menunjukkan ribut petir.

Tak tahulah pulok kalo ramalan tu hanya ramalan aje....tapi begitulah apa yang tertera kat perisisan ramalan cuaca pada skrin telepon nokia E5 tu.

Bagi penoreh getoh......cuaca tak hujan ni peluang terbaik menambah duit sebelum masuk musim luruh. Dan bagi yg ada sawit, ujan ke panas ke, tak kisah lalu....janji buah sawit ade yg masak dan sedia untuk dijual.

Tapi yang pastinyer rate2 manusia memang berkehendakkan cuaca panas dan sekali sekala ujan sebab banyok perkara akan tergendala jika musim ujan berterusan.....

Wassalam.....

Saturday, February 5, 2011

Alhamdulillah....Rezeki pagi sabtu...

Salam....

Rabu baru nih, menghala ke Sungai Bera....punya le banyok pasang jaring, hampuras.....takde hasil.

Pagi Jumaat semalam, ke sungai kat projek koi sane tu dengan harapan jaring 4 inci mengena sekurang2nya baung sekilo lebih...

Bile petang pegi tengok......takde jugak hasilnya.

Pagi tadi, pegi lagi tengok dengan harapan berbunga2...

Alhamdulillah.......ada le sikit rezeki untuk merasa sekurang2nya baung dan sebarau. Tak le ralat sangat bile dengor orang lain sampai 10 kilo sekali tengok.

Timbang punya timbang....dapat le lebih kurang 18 kg hasil tangkapan dan dibahagikan pulak dgn 6 bahagian.....

boleh le buat perkasam sikit.....

Air sungai dah mula surut....itu le yg koi harapkan sebab banyok anak sawit koi bahagian sebelah paya dah tengelam disebabkan air sungai melimpah...

Jalan tokleh lalu...jadinya pakat usung je le fiber tu...

Jaring yg banyok berjasa...

popalih..........sampai berpikul yak.....

sesi agihan pun bermula.....

Tu dia baung.................masak asam tempoyak...........bapok le besnyer...

Ikan lembat pun banyok mengena...........


Sebarau dan haruan, antara ikan yg besar terkena jaring......

Tapi, rasenyer..........masing2 tadi masih belum berpuas hati walaupun dan bawak balik 2.5 kg ikan ....

Dan...................sasaran seterusnya..................tunggu pakatan ramai dulu...camna


Sekian.........