Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, September 5, 2011

Mengapa le dengki sgt ....

Salam...

Hasad dan dengki juga adalah satu penyakit jiwa yang boleh menimbulkan perasaan sedih dan dukacita, keluh kesah dan kelelahan yang tidak putus, perasaan marah dalam hati tidak berkesudahan, malah menjadi penyakit yang boleh merosak atau membahayakan tubuh, melemahkan kekuatan, menyakitkan badan serta mengendurkan muka.

Dan, hasad dengki inilah yang dikenal pasti sebagai punca orang Melayu tertinggal dalam bermacam-macam sektor ekonomi berbanding bangsa asing.

Selain itu, hasad atau dengki juga adalah rasa tidak senang melihat kesenangan orang lain, terutama saudara seagamanya yang berbahagia mendapat nikmat Allah dan sekali gus mengharapkan supaya orang itu kehilangan nikmatnya. Oleh kerana didorong perasaan dengki, pendengki berusaha supaya orang yang hidup senang menjadi susah, orang kaya menjadi papa, orang mulia menjadi hina dan seumpamanya.


Petikan di atas antara huraian yang berkaitan dgn sifat dengki mendengki yg telah sebati dgn hidup sesetengah manusia di bumi Allah SWT ini. Tak kira di bandar mahupun di kampung sekalipun.

Rentetan daripada kejadian yg menimpa diri koi dan beberape org rodong yang senasib, beranggapan memang ade orang yang dengki kat kome lantaran usaha kome yang Allah SWT berikan sedikit rezeki hasil drpd penat lelah selama ini.

Namun kecewa sngt bile di depan kita bukan baik lagi perangainyer, manis tutur kata, . Keknyer di belakang, diuar-uarkan peristiwa yang melangkau ke hadapan seolah2 dialah yang berkuasa menentukan apa yang bakal terjadi.

Kalo di tengok ke rupanyerpun dah nampak riak2 tak ikhlasnyer berkawan dengan kita. Menunggu kesempatan untuk menjatuhkan kita dan berusaha agar apa yang kita kecapi hancur berkecai kerana prinsipnyer " kalo dier tak dapat, bior semua tak dapat".


Padahal, apalah nak didengkikan. Bumi tuhan nih bapok le luasnyer. Yang dah ade kawasan orang lain punyer, cari le kawasan lain. Tak payoh le nak kacau hak orang lain.
Tak ke sifat dengki namanyer tu....

Nasib baik le kome ni nih jenis penyabor, tak nak gaduh2...Kalo diikutkan hati, mboh bertumbok jadinyer bile berborak dgn kita takde ayat lain yang keluor kecuali ayat maut yang menyakitkan hati kite.....

Sabor....sabor....

Semoga Allah memberikan hidayah buat insan yang suka mendengki tu agar berubah...Dan harap2 kesabaran kome selama ini Allah SWT mengurniakan kebahagian agar kome dapat terus mengusahakan apa yang telah kome usahakan selama ini.

Wassalam....

4 comments:

zulkbo said...

salam..
koi pun sedih dengan resam orang melayu kita nih..dan koi setuju sangat dengan entry aok ni..
apalah nak dengki sesama islam, rezeki Allah di mana-mana melainkan kita berusaha

cemomoi said...

orang yang dengki ni termasuk sakit jiwa sebab dalam jiwanya asik terbako je, kalo tak bule kawal mau gila terus...

abu muaz said...

sifat dengki menjadikan seseorang itu nampak tua hilang awet muda

ZZ Agro said...

Dengki mmg tak boleh dipisahkan dari Org Melayu... Koi sekarang sedang usahakan Cendawan Tiram Kelabu. Kepada rodong-rodong yang berminat utk sertai Skim Ladang Kontrak bolehlah hubungi koi yak...

Echam - 013-3563047 @ zzagro@gmail.com